dilema anak SULUNG

Friday, July 15, 2011

pernah dengar nama 'sulung' untuk nama orang? pernah?? bagus. ni nak cerita pasal anak die lah ni. aku ada sorang member, nama bapak die 'sulung', bla..bla..bla...

takde keje aih nak sembang pasal tu. bukan ade pun. haha. tapi nak cerita dilema-dilema yang dihadapi oleh anak sulung. ye, abang long atau kak long. dan aku merupakan along kepada adik-adikku. bukan along ceti aa. tapi kadang-kadang jadi ceti gak. kate muka legend. ~dang~

belajar mengalah
benda asas menjadi anak sulung. betul tak? ayat biasa yang akan berkumandang di corong-corong lowongan telinga bila bergaduh adik-beradik;

"kau kan abang/kakak, kene lah mengalah ngan adik-adik tuuuuu"

dulu aku anti betul ayat ni. anti gile. asal gaduh ngan adik aku mesti keluar ayat keramat ni. mana boleh, aku kan abang. dorang kene dengar cakap aku. along-along kat luar sane setuju tak?? ngeh~

tahap kesabaran yang tinggi
yelah. kalau dah tiap kali gaduh kena mengalah. tak ke menguji kesabaran tu? hehe. aku pulak jenis yang baran. keje nak melenting. pantang terusik. tinggi terus suara. pastu, mendapat lah ayat keramat tu. hambekk.

role model
haha. yang ney memang tak boleh blah. mase kecik-kecik bila mak aku nasihat, ni yang aku cakap;

"aku jadi role model? memang jahanam la adik-adik aku nanti, tak jadi orang dorang nanti......"

cakap dalam hati je la. takkan nak bahasakan diri ngan mak, aku kau pulak. mentang-mentang darah yang mengalir dalam badan ni ada unsur-unsur jawa. haha. tapi sekarang aku dah kat universiti. aku selalu cabar adik aku untuk beat my record yang takde lah cemerlang mana tu. tapi macam takde impak. demm~

tanggungjawab besar
bersangkut paut dengan point di atas. ye lah. kalau pape jadi kat parents, sapa yang akan ambil alih tugas menjaga keluarga? tak ke anak-anak sulung ney. betul tak? lebih-lebih kalau kau tu lelaki. kau lah abang, kau lah ayah, kau lah leader. berat beb. 

jaga adik-beradik
juga ada sangkut paut dengan 2 point di atas. ni terutama kepada adik-adik perempuan dalam keluarga. kene pulak si adik ney kaki berontak. semua die nak menang. dah lah jadi abang/akak sulung ni kene mengalah. adik lak buat perangai. tinggi suara kang ada suara lagi tinggi yang bakal mendapat dari parents. pandai-pandai lah nak hidup. kene gak amek tau sapa die berkawan pe sume. terutama bila die dah mula merenyam. haha. lagi satu, kalau kat sekolah pulak, kene tengok-tengokkan adik-adik punye makan minum time rehat. kene make sure dulu adik dah makan baru boleh makan. pengalaman tu. sangat bertanggungjawab kan? ngeh~

jadi pendengar yang setia
skill yang jarang diperoleh dan diterokai. anak sulung kene jadi pendengar yang setia kepada family. ada setengah masalah, antara adik-beradik je yang tau. kalau boleh tak nak parents tau. kot lah parents tau, boleh mendapat penampar maut 10 jurus. contoh masalah, si adik dah mula bermain cinta, dengan anak jiran sebelah. parents lak tak suka dengan budak tu. haa. masalah kan? heheh. contoh je.

cari pasangan
haha. yang ni masalah. mana tak nya, tahap leadership tu tinggi melangit. dalam diri tu penuh dengan perasaan nak menang. bab-bab mengarah ni memang jaguh. takkan nak carik pasangan yang kuat mengarah jugak. api takkan nak dilawan dengan minyak. makin marak lah kan. kene carik pasangan yang macam air, boleh cool downkan kita bila tengah hangin. baru namanya serasi. 

cari tempat bermanja
hahaha. yang ni kelakar. ye lah. lumrah manusia. ingin dibelai, dimanja. jangan tak tau anak sulung ni ada masa die ingin dimanja gak. ingat tak jeles ke tengok adik-beradik lain boleh manje-manje ngan parents. anak sulung juga punya perasaan ok. haha.

p/s: kalau ada points lain, sila lah bagi kat komen. ngeh~

6 orang sedang menCONTENG dinding:

hazirah hasran said...

Along...mmg superb..diz is best bro..best bro..terbaekkk lah :) ahaha

pHiQUe iPiN said...

hahaa..untung la kmu jd adik2 kan??heheh

Kierul Amin said...

saya bongsu :))

pHiQUe iPiN said...

y bongsu sile dok diam2...hahaha

aisya umaira said...

point yang last 2, comment : lam ati ader taman.. pewwwiiittt~ hehehe

pHiQUe iPiN said...

haha...sy muke same legend ngan ati ye...xde manje2 ney =P