REALITI KEHIDUPAN: biar muka tak cantik, tapi...

Wednesday, July 6, 2011

Ni masalah remaja kita hari ini. Ramai yang pentingkan appearance luaran, dari segi zahir tetapi mengabaikan kepentingan menjaga adab yang gagal dititikberatkan dalam diri.

Sekolah tinggi-tinggi, masuk universiti segala bagai. Tapi tak ramai yang mempunyai akhlak yang tinggi setinggi pendidikan yang mereka perolehi. Tak kira jantina, baek lelaki mahupun perempuan, sama je 3x6 ngan 2x9.

Aritu lepak kat area sebuah bandar ney ngan adik aku. Saje cuci mate. Tu masalah gak tu. Hahaha. Jap lagi lalu 3 orang awek. Model-model belake. Dah macam momok mekap dorang. Tebal. Nak tergelak tapi aku tahan. Kang tak pasal-pasal makan penampar, paling koman pun kasut tumit tinggi saiz 5 lekat kat tepi perut ney.

Lepas dorang lalu depan aku, aku terpandang sesuatu. Ada tatu kat bahu dorang. Lambang yang sama. Macam mana aku nampak? Kuasa transparensi mate aku kot. Haha. Dah dorang dok pakai baju tali halus tu. Nama pun cuci mata. Dorang lak jenis suka ‘belanja’. Dedah benda yang tak patut didedah. Yang aku perasan tadi muka semua melayu. Demm. Apa itu neraka (WTH)? Cepat-cepat gelak yang terbit tadi berganti dengan perasaan kesal. Bangsa aku dah semakin rosak.

Aku perhati gerak geri dorang dari jaoh. Pergerakan mereka terhenti di satu kelompok manusia. Majoritinya brader-brader. Bertenggek atas motor kapcai buat modal pancing mana-mana awek yang sanggup menggadai maruah untuk membonceng belakang mereka. Tafsiran aku terus meneka, barangkali awek-awek tadi cikaro. Jangan nak sembang tak tahu apa itu cikaro.

Tak berapa lama lepas tu, awek-awek tadi lepas bersama kumpulan mat-mat motor. Dengan muka bangga brader-brader tadi membonceng si awek yang baru di’tackle’. Kuat si awek ney peluk brader tu aku tengok. Takut jatuh barangkali.

Tu lumrah yang kita semakin lali untuk perhati. Dah semakin ramai. Jabatan agama sampai dah malas nak buat rondaan. Hari ney tegur, esok lusa buat lagi. Tiada kesudahan selagi dalam diri takde perasaan ingin berubah. Salah siape? Penguatkuasa? Tok imam? Pak bilal? Para remaja? Mak bapak? Cikgu-cikgu kat sekolah? Renung-renungkan.

p/s: sapa-sapa yang rasa ada family, jaga family korang. Jaga adik korang. Jaga akak abang korang. Supaya mereka tak terjebak dalam lembah kerosakan. Wallahualam.

2 orang sedang menCONTENG dinding:

Fateen Faiqa said...

Hoh! Hahaha.. Ape kau takut dengan kasut tomit thenggii?? Hahahaha.. Tapak kasut tu pun sikit je nak banding kan dgn tapak selipar or kasut kau kan! Lagi penuh maa tapak! hahaha

pHiQUe iPiN said...

tapak tu even xbesa, tapi tajam...hahaha