tipikal #3

Saturday, July 30, 2011

hari pertama puasa. entah macam mana, tiba-tiba menyedari diri sedang berdiri di tengah kesesakan manusia dalam bazar ramadhan. pening. manusia bersimpang-siur sambil mata melilau mencari juadah untuk dijadikan santapan di kala azan maghrib berkumandang beberapa jam sahaja lagi. aku tak terkecuali.

dalam tak sedar, pelbagai juadah telah berada di tangan. macam-macam ada. kuih dekat empat jenis, murtabak memang tak pernah missed, air katira dan air tahu tu satu kemestian, dan macam-macam juadah lagi. ni pun masih lagi ada juadah yang belum dibeli. arghh, tangan dah penuh. macam mana ni?

~salam Ramadhan~
situasi kat atas ni rasanya satu yang biasa berlaku. walaupun syaitan dah digari dan dikurung, Allah menurunkan dugaan dari segi kawalan nafsu terhadap umatnya. dan jika gagal dikawal, akan berlaku kejadian seperti di atas. dan ia akan mendorong kepada pembaziran dan kegagalan untuk melaksanakan ibadah lain disebabkan oleh perut memboroi setelah disumbat dengan makanan tanpa pengawalan. masalah lain pulak yang bakal menjelma lepas habis puasa nanti beb. bahaya.

p/s: tinggal sehari lagi. ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna~

*ilustrasi dicedok dari muka buku tuan tanah tekedaung ini blog.

2 orang sedang menCONTENG dinding:

hamzah ian said...

raye raye

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

ko tergolong dalam entri tipikal #1..haha