aku tengok bola ka wayang tadi ek?

Thursday, July 28, 2011

hati memang kecewa. rate-rate ramai yang meluahkan perasaan kecewa. mereka yang dok bersorak kat stadium tadi aku rase mereka paling kecewa.

tapi yang aku puji, bulu-bulu rome aku berdiri tegak, nak sama tegak dengan mereka yang menyanyikan lagu NEGARAKU tadi dengan penuh bersemangat. susah oo mau tengok itu scenario. aku yang tengok kat umah dah meremang, kalau kat stadium entah macam mana perasaan gaknye.

aku puji semangat tak mengalah yang ditunjukkan player Malaysia dari awal sampai ke penghujung game. walaupun kelemahan masih ketara di bahagian pertahanan, tapi overall masih memuaskan hati dan player yang patut diberikan standing ovation adalah SUPER SAFEE dan player yang dirundung kontroversi, tak laen tak bukan, keeper emas negara, APEK

dan tak terkecuali;
kasik boo sama itu singa!!!

sebab lakonan mantap yang dipamerkan. dah rasa macam nak pergi berlari jap kat cinema berhampiran, mintak popcorn large dengan air pepsi satu balang, lepas tu boleh duduk goyang kaki sambil kunyah itu popcorn lagak ala tengok wayang citer itu LION KING. memang tabik kasik spring paling anjal lah tok dorang.

dan yang pasti, satu negara akan bersorak girang dengan kemenangan hasil jaringan player import dan mereka sangat berbangga dengan kejayaan itu. heh...what a LOSER. ketandusan local player. 

10 orang sedang menCONTENG dinding:

Mizah Adam said...

wehhh~ mmg aku pun SUKA SANGAT time nyanyi lagu Negaraku. bukan selalu dpt tgk rakyat Malaysia sama-sama bawah satu semangat nyanyi lagu keramat tu sama-sama. WOAHH!!

memang kitorg menyampah SANGAT1957 dengan team yg lagi satu tu! Gila byk drama diorg! Tak jantan langsung!

Apa2pun, tabik kepada wira-wira Malaysia!

::cRuelLera La diVa:: said...

hehe. player s'pore tu suh jewk g jmpe yusuf haslam. xpun david teoh. g audition. knfrm leh box office movie depa. haha~

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

#Mizah Adam haha...mmg sempoi...bile safee sali skor plg gempite aku rase...taley bla banner y ada tulis 'no foreigner'..haha

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

#::cRuelLera La diVa:: haha...itu macam bole untung juta2 meyh...kalah itu cilita kl gangster sbb cilita itu singa pondan masuk panggung...hahahah

::cRuelLera La diVa:: said...

mmg berguling guli la gua ketawe kat panggung. hahahah~

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

hahaha...control sikit...kat dalam panggung kene beradab sikit...da keluar tu nak berguling2 smpi umah pn xpe...hahah

::cRuelLera La diVa:: said...

hahahahhhhaa. mne bleh thn tgk itu species mengeletik cam ulat beluncas. eeuuwww~ hahaha ~!

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

beluncas kasik bakau je...ap susah..haha

::cRuelLera La diVa:: said...

ate pe tggu lagi kite bako jewk. ahahhaa~

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

lambat...da rentung da pn...hahaha