brader, lu memang pandai mengular

Thursday, July 7, 2011

lepak kat warung pepagi bute. depan sikit ada satu taman. pagi orang buat jogging. petang sampai malam tempat muda mudi bercengkerama. orang bersenam, aku bersantap. lapar perut weyh pepagi bute camtu. mata tertumpu pada sekumpulan brader.

berpakaian sut biru gelap. ada yang hanya ber-Tshirt. mujur tak berbaju pagoda. menghirup secawan teh tarik. ada yang pekena kopi jantan. hari khamis kan. malam ney dah malam jumaat. mengumpul tenaga barangkali. lama aku perhati.

di satu sudut kedai, tak jauh dari aku, duduk sepasang tauke kedai. mereka sedang merungut. 
"tu duduk ramai-ramai, entah sampai bila. nanti maen blah suke hati dorang kate dah bayar"

aku tersenyum sendirian. mula menggerakkan sedikit kerusi ke belakang untuk beransur. menjeling sinis ke arah brader beruniform biru berkenaan. sambil dalam hati mendetik, "patut lah ramai yang hilang percaya pada korang. memang membusung lah perut korang yang makan benda haram".

p/s: mungkin hanya segelintir penjawat awam sedemikian. sebab bapak aku juga penjawat awam. tapi dia tidak berkelakuan sedemikian. gua respect sama lu lah bapak.

0 orang sedang menCONTENG dinding: