HARAM kau si tokek

Tuesday, July 12, 2011

bukan aku marahkan si cicak tokek ney. tapi ianya telah difatwakan sebagai benda yang haram untuk dimakan
kepada umat Islam. Majlis Fatwa Kebangsaan telah meluluskan fatwa berkenaan pada sidang yang telah berlangsung pada 16-18 Jun 2011 yang lepas.


1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun.
Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.
Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.
2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam.
Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.

tu apa yang telah dipersetujui. berita yang aku cedok dari sini.

0 orang sedang menCONTENG dinding: