aku rasa kagum

Tuesday, July 26, 2011

satu petang, deria melihat aku terpana dek sepasang warga emas. bukan kerana berkelakuan romantis di khalayak ramai. tetapi lebih kepada perasaan kasihan. si suami mengalami stroke separuh badan aku rase. bak kate si shuib(SEPAH), 2 stroke. perjalanannya sangat terbatas. hendak melangkah setapak pun susah. tetapi si isteri tabah melayan pergerakan si suami.

beberapa minggu aku perhatikan sedikit demi sedikit perubahan berlaku. proses pemulihan kelihatan mengagumkan hati aku. si isteri masih teguh melayan si suami.

hari ini, setelah beberapa bulan, mataku kembali terpana. pergerakannya sudah tidak seperti semasa pertama kali aku melihatnya. lebih laju dan normal. dan si isteri masih teguh berdiri di sisi suami. aku dapat rasa kekuatan yang dimiliki suami untuk kembali pulih adalah dari supportive actions by his beloved wife. si isteri memang tak pernah jemu melayan. mungkin kerana rasa cinta yang mendalam. dan aku kagum.

moral: jadilah sambadi yang supportive untuk orang yang kite sayangi, bukan hanya kepada kekasih, tetapi juga kepada ahli keluarge. moge itu menjadi pendorong kejayaan mereka kelak.

2 orang sedang menCONTENG dinding:

foey comey said...

ishh..knpe lar span nih shuweet sgt? hahahahaa

pHiQUe iPiN said...

sengal ko mkcik...haha