rasuah dan bola sepak

Saturday, June 4, 2011

apa dah jadi dengan industri bola sepak antarabangsa sekarang ney? rasuah sana. rasuah sini. sampaikan badan induk bola sepak dunia terheret sama. liga di Malaysia pun tak terkecuali. satu pasukan yang dahulunya kuat, tapi sebab duit, semua lebur. hancur berderai. sebut pasal duit, berduyun kerumun macam semut. sampai tak kisah tu duit haram ka duit halal.


semua angkara kaki judi bola sepak yang inginkan keuntungan. kalau dahulu dah ramai yang kene banned dari bermain bola sepak terus. seumur hidup tak ley bermain secara professional dalam liga tempatan tanpa mengira level. disebabkan mereka jugalah, sukan bola sepak tempatan mengalami kemerosotan mendadak termasuk turun rangking dalam FIFA.

sampai satu tahap di mana segelintir pemain yang digantung pada era berkenaan menagih simpati untuk kembali berkhidmat dalam pembangunan sukan bola sepak tempatan. namun hasrat tersebut berkubur apabila ketegasan FAM menolak permintaan mereka akibat dari kesalahan lampau yang mereka lakukan.

tapi generasi muda kita hari ini tak pernah nak menjadikan ia sebagai satu iktibar. sukan bola sepak negera baru sahaja mengalami revolusi. tetapi mentaliti mentah para pemain yang mengambil kira untung luar menjatuhkan kembali imej sukan bola sepak tempatan. memalukan. 


kepada yang terlibat, bawak-bawak lah insaf. fikirkan masa depan. jangan nak fikir untung. duit dah lah haram. takkan nak jadikan darah daging tok dijadikan bekal ke akhirat kelak. darah hasil duit haram yang mengalir tu akan turun ke generasi akan datang. berubahlah.


0 orang sedang menCONTENG dinding: