elok sangat lah PERANGAI macam tu

Friday, June 10, 2011

tak tahu nak kate ape pasal dorang ney. nak diajar jadi baek, nak jugak jadi jahat. nak jugak buat bende-bende tak berfaedah tu. tak de kesedaran sivik langsung. tuhan bagi akal letak kat kepala tok berfikir. ni dah elok-elok akal tu kat situ, g adjust letak kat tapak kaki berkurap korang tu. mane tak makin baghal.


nak tahu pasal ape? lepak chill bace ini berita.


Penghuni PUSPEN Muar merusuh, bakar bangunan



MUAR: Sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, dekat sini, musnah dalam kebakaran ketika penghuninya merusuh malam tadi. 

Sembilan kereta dan sebuah motosikal turut dirosakkan dalam kejadian pada kira-kira 8 malam itu.


Timbalan Ketua Polis Ledang, DSP Mohd Salleh Abdul Razak, ketika dihubungi, tidak menolak kemungkinan ada pelatih pusat pemulihan tersebut mengambil kesempatan melarikan diri dalam kejadian tersebut.


Katanya, pihaknya sedang memeriksa bilangan pelatih bagi mengesan sekiranya ada antara pelatih yang telah melarikan diri. 

Mohd Salleh yang enggan memberikan butiran lanjut mengenai rusuhan itu, berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian tersebut. 

Katanya, kebakaran di pusat berkenaan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada kira-kira 10 malam tadi. - BERNAMA 


masalahnye skunk dorang ney masuk dalam sane untuk dipulihkan, tapi pasal bende alah tu dah rosakkan akal dorang ney, tu pasal lah wat bende tak berfaedah macam ney. nak lari bagai. skunk kalau tak silap ada 43 pelatih dari 377 orang yang berjaya larikan diri. lari lah ke mana pun. korang ingat idop korang selamat. sape-sape kat luar tu yang nampak dorang ney, cepat-cepat lah report kat polis. kot lah dorang ney kelepet korang nye barang kat rumah tu, baru korang tau. orang dah maen dadah ney bahaya. otak dah mereng. dah tak waras. so, beware tok orang Muar terutamanya.

*sumber dari Berita Harian.

0 orang sedang menCONTENG dinding: