:: n o t a k e p o h :: Supportive lah sikit

7 orang sedang menCONTENG dinding

Monday, January 21, 2013


Kalau dilihat kepada bilangan artis yang sudah menyahut seruan ke arah menjadi lebih Muslimah, bilangannya semakin bertambah. Tak kisahlah dia bertudung sebab fesyen, trend atau ikhlas, yang penting perubahan positif seperti itu harus dipuji. Terbaharu, Datuk Siti Nurhaliza yang baru-baru ini tampil dengan imej berhijab. Alhamdulillah. Semoga lebih ramai artis kita yang kembali menjadi Muslimah sejati.

Tetapi, dalam kita melihat percambahan berkenaan, terdapat segelintir pihak yang masih kurang peka akan sensitiviti mereka yang berhijab ni. Pada yang ikhlas, mereka berhijab sebab menyahut seruan yang Maha Mencipta untuk menutup aurat. Mereka sedar, haram bagi mereka mendedahkan aurat mereka walau sedikit kepada khalayak ramai. Namun sikap sesetengah pihak yang tak peka berkenaan isu ini sedikit mengecewakan.

Seharusnya, semua pihak mengambil kira hal ini. Maksudnya di sini, mungkin ada dalam koleksi mereka, rakaman dalam bentuk video mahupun gambar yang dirakam semasa mereka masih belum berhijab. Bila mereka sudah berhijab, seharusnya video mahupun gambar yang pernah dirakam tu tak perlulah ditayang semula demi menjaga sensitiviti mereka terhadap aurat yang sedang mereka jaga sekarang ini. Namun, sebaliknya yang berlaku.


Semua pihak seharusnya lebih peka dan memberi sokongan terhadap usaha mereka untuk berubah. Mereka giat berusaha untuk merubah diri menjadi umat seperti yang diseru, tetapi ada pihak yang tak beri support terhadap usaha mereka demi mengaut keuntungan. Tak adil bukan? So, kalau boleh, kepada pihak-pihak yang berkenaan, tolong lah mereka-mereka ini dalam usaha mereka merubah diri mereka dengan tidak menayang semula video mahupun gambar lama mereka untuk tatapan umum.

:: n o t a k a r u t:: Teliti Puncanya

0 orang sedang menCONTENG dinding

Berdepan dengan pelbagai masalah, kita perlu bijak untuk menanganinya. Dalam menangani permasalahan yang dihadapi, perlu ada ketenangan, penelitian, keterbukaan dan ketelusan. Jangan sesekali bertindak mengikut emosi. Tindakan mengikut emosi hanyalah ‘penambah rasa’ kepada masalah yang dihadapi dan akan menjadikannya lebih kompleks untuk ditangani.

Hari ni, berita berkenaan seorang guru yang didakwa merotan dan menyogok pelajar sebuah sekolah agar menyembunyikan perkara berkenaan mengundang pelbagai spekulasi berkenaan kerjaya seorang guru. Dalam perkara sebegini, pelbagai pihak akan tampil mempertahankan si pelajar dan mensensasikan perlakuan guru terbabit yang secara terang-terangan bercanggah dengan etika seorang guru. Hal ini akan mengundang rasa kurang percaya yang menebal di kalangan ibu bapa pelajar terutamanya mereka yang mudah terpengaruh dengan cerita-cerita luar secara terus tanpa melalui proses penelitian kepada sumber berkenaan.

Kita harus sedar, cabaran kerjaya seorang guru hari ini amat tinggi. Perilaku dan akhlak remaja hari ini merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh seorang guru. Mereka bukan lagi seperti dulu, diberikan tanggungjawab oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka dengan ilmu dan sahsiah diri untuk masa depan mereka. Dewasa ini, cabaran mereka kian meningkat. Ibu bapa sekarang tidak punya mentaliti yang dianggap lapuk oleh sesetengah ibu bapa zaman ini. Mereka menghantar anak-anak ke sekolah untuk dididik tapi guru tidak boleh menyentuh anak mereka. Kalau disentuh mahupun dicuit sedikit, bersiap sedialah untuk menerima surat dari peguam mahupun diambil tindakan oleh pihak sekolah. Walaupun bukan semua ibu bapa sedemikian rupa, tetapi tindakan sesetengah pihak yang bertindak mengikut emosi ditambah dengan tindakan sesetengah pihak yang mensensasikan perbuatan tersebut seperti menangguk di air yang keruh untuk berlagak hero, sebenarnya mencalar kredibiliti golongan ibu bapa yang tidak mempunyai mentaliti sebegitu.

Dalam meneliti etika seorang guru, kita perlu dewasa dalam meletakkan diri kita menilai kerjaya mereka dan menilai diri kita sebagai ibu bapa. Apakah tujuan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah semata-mata mendapatkan ilmu dunia untuk masa depan mereka sahaja? Tidakkah mereka mahu anak-anak mereka menjadi orang yang berilmu dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi dengan pelbagai kemahiran insaniah yang mampu menjadikan diri mereka berharga di mata masyarakat?

Kalau kita lihat situasi hari ini, boleh kita lihat betapa anak-anak remaja sekarang kurang mempunyai adab terutama terhadap golongan yang lebih dewasa dan tua dari mereka. Ada sesetengah dari mereka meletakkan kedudukan orang yang lebih tua itu sama taraf dengan rakan sebaya sehingga boleh dibawa bergurau kasar sepertimana mereka bergurau dengan rakan yang sebaya dengan mereka. Di mana letaknya rasa hormat mereka? Pernah satu ketika, saya duduk di sebuah kedai makan, sekumpulan remaja lengkap dengan pakaian seragam sekolah, duduk melepak di kedai tersebut. Keadaan riuh dengan gelak ketawa dan perbualan mereka tanpa menghiraukan keselesaan pelanggan lain di kedai berkenaan. Ketika mengambil pesanan, mereka memperkotak katikkan si ‘waiter’ sehingga merah padam muka ‘waiter’ berkenaan melayan karenah kumpulan remaja berkenaan yang tidak mempedulikan perasaan dan penat yang dialaminya akibat kesibukan di kedai berkenaan yang tidak putus dengan kehadiran pelanggan. Inilah realiti remaja kita hari ini. Mereka tidak lagi punya rasa hormat terhadap orang lain.


Berbalik kepada tindakan seorang guru dalam mendidik anak muridnya, adakah wajar kita mempersoal kredibiliti mereka sebagai seorang pendidik seiring dengan cabaran mereka menangani sahsiah remaja kita hari ini? Kalau anda mengatakan ‘ya’, anda perlu meletak diri anda di tempat guru berkenaan. Letakkan diri anda dalam situasi mereka mengajar. Letakkan diri anda dalam situasi mereka berdepan dengan sikap dan akhlak remaja kita yang semakin menipis. Adakah kita mampu menangani tekanan berkenaan? Atau adakah kita hanya sekadar melihat tanpa sebarang tindakan kerana setiap tindakan yang bakal diambil dibatasi dengan undang-undang yang mengehadkan segala tindakan yang bakal diambil?

Situasi seperti ini tidak hanya berlaku di peringkat sekolah malah ianya berlaku di peringkat pendidikan tinggi. Pernah seorang tutor mengadu masalah yang dihadapinya dalam berdepan dengan pelajar junior yang pada pandangannya mempunyai disiplin dan sahsiah diri yang rendah. Sikap mereka yang gagal meletakkan perasaan hormat terhadap tutor mahupun pensyarah yang mengajar mengundang perasaan kurang selesa di kalangan mereka untuk mengajar golongan pelajar terbabit.

Salah satu cerita yang disampaikan, seorang pensyarah mengadu bahawa dia telah berdepan dengan pelajar yang dengan beraninya mempersoal kredibilitinya sebagai seorang pensyarah. Pensyarah berkenaan menegur tindakan pelajar terbabit yang dilihat gagal menumpukan perhatian dalam kelas sehingga dia berasa terganggu untuk mengajar. Tetapi tindak balas pelajar berkenaan amat mengejutkannya. Pelajar berkenaan tanpa rasa hormat, menempelak pensyarah terbabit dengan ayat yang tidak pernah dijangkakannya sehingga menimbulkan rasa kurang senang di hati pensyarah terbabit. Malah tindakan pelajar lain yang seperti menyokong apa yang diperkatakan pelajar berkenaan mengundang persoalan tentang akhlak remaja hari ini dalam diri pensyarah berkenaan. Belum pernah dia berdepan situasi berkenaan dengan senior-senior yang lain. Tetapi kali ini, ianya cukup membuatkannya tertanya di mana silapnya sistem pendidikan kita hari ini yang gagal mendidik akhlak remaja kita hari ini.

Berdasarkan penjelasan di atas, adakah kita masih lagi berkata ‘wajar’ terhadap provokasi pihak tertentu terhadap kredibiliti seorang pendidik di negara kita? Memang benar setiap orang di negara ini diberikan hak kebebasan bersuara tetapi ianya memerlukan batas agar tidak melebih-lebih dan mampu menjaga sensitiviti pelbagai pihak. Demokrasi tak semestinya tiada batas. Sedangkan dalam Islam sendiri punya batas demi menjaga akhlak individu yang bergelar Muslim. Inikan hidup dalam bermasyarakat. Asasnya mudah, sesuatu maklumat ataupun berita yang diperolehi, jangan terus percaya bulat-bulat tanpa usul periksa. Teliti dan fahami mengapa dan bagaimana ianya berlaku disamping keterbukaan kita menilai tanpa dibayangi dan dipengaruhi oleh sesetengah pihak yang sibuk memprovokasi tanpa mempedulikan erti sebenar di sebalik demokrasi dan kebebasan hak bersuara. Bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, tetapi sikap keterbukaan ataupun ‘transparent’ dalam menerima dan menyampaikan sesuatu maklumat tu penting dalam era globalisasi hari ini yang mana pelbagai maklumat yang telah dimanipulasi sesetengah pihak dengan mudah diperolehi oleh masyarakat sehingga ianya mampu mengelirukan masyarakat umum.

:: n o t a j i w a :: jangan segan hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W

0 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, November 23, 2012


Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)
 

notakaki: diceduk dari Facebook. Bersempena hari A'asyura yang jatuh pada hari Jumaat ni, apalah salahnya kita berkongsi sedikit ilmu untuk dijadikan top up pahala yang mana patut. Selain berselawat ke atas junjungan kita itu, lebih elok kalau kita berjinak-jinak untuk menghidupkan segala sunnah baginda. Semoga kita memperoleh syafaat di akhirat kelak. Wallahua'lam~

::n o t a k a r u t:: ikut hati mati, ikut rasa binasa

0 orang sedang menCONTENG dinding
Hari ni selak-selak paper, nampak artikel menarik. Front page punya cerita. Pasal budak umur 16 tahun meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 7 sebuah apartment kerajaan di Desa Pandan. Yang menariknya, ianya disebabkan oleh cubaan arwah untuk keluar berjumpa dengan kekasih. Cara yang agak old school, noob tetapi eksrim. Mungkin banyak terpengaruh dengan cerita di layar elektronik mahupun layar perak. Nak tahu lebih lanjut, moh layan baca kat dalam sini

Tu baru the 1st part of the story. Yang lebih menarik perhatian, sikap dan attitude si kekasih. Nak dijadikan cerita, si kekasih telah menempelak keluarga arwah atas sebab halangan dari mereka untuk berjumpa dengan si kekasih hati sehingga perkara ini berlaku. 


 "Aku hidup sekarang sampai mati aku takkan maafkan korang berdua ****. Kalau korang bagi dia keluar aku rasa dia masih ada lagi."


Tu antara ayat yang dikeluarkan oleh si kekasih. Logiknya lah, pada aku, mungkin sebab terlalu sayang (puiihh), tanpa pemikiran yang waras, kata-kata tu keluar. Nak kata arwah tu bini dia, tiada ikatan yang sah. Umur pun baru belasan tahun. Dan dia sebenarnya hanya orang luar yang tiada sebarang pertalian darah dengan keluarga arwah. Maksudnya di sini, si kekasih tiada sebarang hak untuk mempertikai tindakan parents/keluarga arwah untuk menghalang arwah daripada berjumpa dengan si kekasih. Itu sudah menjadi satu tanggungjawab parents untuk menjaga batas-batas pergaulan si anak. 

Bukankah di sekolah, dalam subjek Agama Islam, bab akhlak ada menerangkan tanggungawab ibu bapa adalah untuk menjaga dan mendidik anak-anak dari sebarang perkara yang dirasakan perlu sebagai seorang anak untuk patuh. Lebih-lebih lagi, arwah merupakan seorang gadis, segala dosa dalam setiap perlakuan masih ditanggung oleh si wali iaitu bapa. Oleh hal yang demikian, atas kapasiti sebagai parents, tindakan menghalang tersebut adalah wajar dan si kekasih langsung tiada hak untuk mempertikaikan tindakan tersebut. Jadi, apa relevannya tindakan si kekasih tadi? Nonsense.

Waima apa pun yang telah berlaku, ianya adalah atas tindakan dan keputusan si mangsa itu sendiri yang bertindak di luar kawalan kewarasan akal fikirannya sendiri. Let by gone be by gone. Sebagai mereka yang berfikiran rasional dan waras, kejadian ini haruslah dijadikan iktibar terutama kepada para remaja hari ini. Kaji semula kapasiti kita sebagai seorang anak, apa tanggungjawab kita sebagai seorang anak, apa kapasiti seorang parents, apa tanggungjawab mereka. Muhasabah diri. Jangan cepat nak memberontak bila kehendak dihalang. Dalam usia yang sebegitu muda, mungkin bak kata orang lama, darah muda, cepat panas, pantang kehendak terhalang, cepat je nak melenting, cepat je nak menunjuk perasaan segala.


So, sempena hari Jumaat penghulu segala hari ditambah pula dengan kemunculan Hari A'asyura (10 Muharam) yang jatuh pada hari yang mulia ini, moh laa kita muhasabah diri terutama para remaja di luar sana. Jangan dok ingat nak enjoy, berhibur sana sini sampai lupa asal usul. Jangan melawan cakap mak bapak selagi ia tidak bertentangan dengan nilai akhlak kita sebagai seorang manusia muslim/muslimin. Sebab setiap apa jua tindakan dari parents, ianya pasti bersebab. Think out of the box. Bukan bertindak ikut sedap hati. Let's CHANGE!!

notakaki: Al-Fatihah untuk arwah~

::n o t a k a r u t :: tertekan sebab tak dapat skor 5A dalam UPSR?!

0 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, November 20, 2012


JOHOR BAHRU: Menyangka dia gagal memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila namanya tidak dipanggil guru, seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2), di sini, melarikan diri sebelum bersembunyi dalam dewan kira-kira satu kilometer dari sekolah itu, semalam.

Sampai camtu sekali penangan UPSR? 



“Saya sangka gagal memperoleh 5A. Ketika itu, saya cukup tertekan dan berasa seperti anak tidak berguna kerana menghampakan harapan ibu bapa."

Nampak permainan dia kat situ? Macam parents terlalu mengharap anak tu dapat skor paling tinggi. Adakah itu mentaliti parents hari ini?

“Tambahan pula rakan asyik bertanyakan mengapa saya tidak mendapat 5A seperti mereka. Saya sedih kerana sudah melakukan yang terbaik,” katanya.

Nah. Sikap menunjuk-nunjuk camni memang sesuatu yang biasa dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah. Boleh jadi gaduh gak lah kalau tak dapat skor straight A's. Mungkin pemikiran mereka belum sematang sepertimana usia mereka. Kau dapat straight A's, kau nak membongkak, jalan mendabik dada gaye kau lah paling jaguh dekat sekolah.

Kualiti students hari ini tak setaraf pencapaian yang digembar-gembur hebat melangit. Mana taknya, permainan pihak tertentu yang bermain dengan graf keputusan menjadikan keputusan nampak cantik, sedangkan hakikatnya, tak ramai yang mampu memenuhi apa yang dikatakan sebagai kualiti.

Ramai yang berlumba-lumba hendak skor straight A's dalam exam besar macam UPSR, PMR dan SPM. Tetapi ramai yang tak sedar, kejayaan mereka bukan atas kualiti, tetapi atas kuantiti semata. Kejayaan mereka bukan didorong oleh pemikiran mereka yang tejana dek silibus pengajaran di sekolah, tetapi tak lebih dari "siapa buat banyak latihan past year, mesti boleh skor". Mereka disuap dengan latih tubi soalan-soalan tahun-tahun sebelum ini yang mana kita boleh lihat soalan peperiksaan semasa hanya diceduk daripada soalan-soalan yang lepas. Adakah itu mampu menjana pemikiran para pelajar hari ini?

Aku berani jamin, dalam berapa ribu mereka yang skor dalam peperiksaan besar time sekolah dulu, mereka belum tentu mampu survive dalam suasana pendidikan alam universiti kelak. Itu kenyataannya hari ini. Aku sendiri sudah melihat, meneliti malah mengalami.

So, adik-adik yang frust menonggeng tak dapat skor tu bukan sebab mereka tak pandai, cuma rezeki mereka belum sampai. Zaman hari ini bukan lagi zaman mereka yang bergelar graduan universiti. Tengok je lah berapa ramai graduan yang masih menganggur? Kejayaan menggenggam segulung ijazah bukan lagi jaminan untuk memperoleh kejayaan di masa hadapan.

Ramai orang yang berjaya dalam dunia hari ini bukan datang dari mereka yang bergelar graduan sebaliknya mereka yang mampu membuka minda mereka keluar dari zon selesa untuk memperoleh kejayaan itu sendiri. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kata-kata pujangga orang-orang lama. Kata-kata nasihat yang selalu menembusi gegendang telinga tetapi gagal berhenti di hentian bernama akal kewarasan manusia.

Ada usaha, ada kejayaan. Tak ada usaha, kau boleh jalan. Akhir kata, nak berjaya perlukan usaha. Students perlu didedah dengan silibus yang lebih membuka minda mereka untuk berfikir, bukan hanya disuap dengan past years questions menimbun-nimbun. Kejayaan mereka perlu diukur dengan hakikat sebenar, bukan dengan permainan pihak tertentu yang sengaja mahu menjadikan keputusan itu kelihatan cantik dan cemerlang. Pendek kata, kejayaan mereka perlu diukur dari hasil usaha mereka untuk berfikir dan keluar dari keselesaan mereka supaya mereka boleh survive di masa hadapan mereka sendiri kelak. Baru lah boleh jalan mendabik sebab ilmu tu betul-betul penuh di dada.



notakaki: artikel dirembat dari keratan Harian Metro hari ini.

n o t a p h i q u e i p i n

1 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, November 2, 2012

memandangkan dah lama tak menulis dalam ini blog, for a few weeks aku try cari idea camne nak start the new chapter for this blog. so, this time, aku dapat idea untuk mewujudkan beberapa segmen untuk dijadikan modal berceloteh. antaranya:

i. n o t a k a r u t
   - mostly modal yang nak disampaikan lebih kepada isu-isu semasa dan segala macam perbuatan yang berlaku di sekeliling kita. tujuannya hanya untuk dijadikan iktibar bersama. lebih kepada segala apa yang terlintas di benak pemikiran untuk dikongsi bersama.

ii. n o t a k e p o h
    - yang ni lebih kepada perkara yang digemari kaum hawa. sebagai wakil dari kaum adam, bukan menjadi priority for me untuk bergosip dalam blog ni sebab misi utama yang ingin disampaikan lebih kepada mesej-mesej yang boleh digunapakai untuk kehidupan seharian. aku akan try untuk olah berita tersebut dari sudut pandang aku sendiri. 

iii. n o t a c a r u t
    - opss. don't judge a content by its title. nah, peribahasa baru. suka hati bikin. tapi hakikatnya, tu lah yang perlu korang buat. tajuk memang macam kotor. tapi lebih kepada ketidakpuasan hati yang ingin diluahkan dan dikongsi bersama. ni memang habit aku dari dulu. bila rasa tak puas hati datang menjengah, aku suka menconteng kertas dengan segala macam perasaan yang berkecamuk atas sehelai kertas. kemudian aku buang sebagai simbolik berakhirnya perasaan amarah tu. tapi dalam blog ni, lebih kepada rasa ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara yang berlaku di luar norma kehidupan seharian untuk diterjemah dalam dalam bentuk teguran. yupp, tiada carutan. itu yang pasti. hanya teguran.

iv. n o t a j i w a
   - sekali sekala berjiwang karat tak salah guwa rase. melayankan perasaan. bukan nak perasan. lebih menerapkan aspek-aspek perasaan dan kerohanian. mengenali diri melalui teguran. yupp, aku selalu merasakan sesuatu perlu ditegur kalau ia bertentangan dengan norma kehidupan. tapi tiada kekuatan untuk menegur. mungkin dengan cara ini aku boleh menegur, biar bukan dengan cara 'muka ke muka'. lagi pun, kalau ada nak diperbetulkan, its better for us untuk kongsi bersama. tak salah ye dak?

v. n o t a l a w a k
    - kalau tengok segmen-segmen lain macam serious, masuk segmen ni confirm tak serious. orang kata ketawa tu terapi kepada tekanan. yupp, for those yang masih belajar, stress tu dah jadi member baik. yang kerja pun apa kurangnya. so, this is the time when we should try to have some rest untuk otak kita. longgar-longgarkan sikit ketegangan di bahu, kerut di muka dengan senyuman. peace~

vi. n o t a i n f o
     - yang ni lebih menjurus kepada informasi-informasi terkini yang sempat aku rembat dari mana-mana sources yang aku yakini aku boleh percayai faktanya. kalau kerajinan tu lebih, aku try olah dari sudut pandang aku sendiri. kalau malas, salin dan tepek je lah. jangan risau, credit aku tak kan lupa. guwa ada prinsip punya orang. lagi pun, bukan ke sharing is caring. huhu~

so, seperti biasa, tiada paksaan mahupun ugutan untuk korang membaca blog ni. semua idea ni datang dari otak aku sendiri. kalau terasa bosan, cliche, karut dan sebagainya, tanpa ditahan, boleh lah menekan butang pangkah kat tab tu. ni sekadar cadangan penambahbaikan yang akan aku lakukan. perancangan memang rasanya dah ok, tapi perlaksanaan tu mungki memerlukan penelitian agar tiada pihak yang akan tersinggung di kemudian hari. akhir kata, selamat berjalan di blog. jemput singgah dan jangan segan silu untuk share kalau anda rasa ianya menarik. tak payah mintak izin bagai. halal dunia akhirat. salam~

seribu kemaafan di HARI LEBARAN

0 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, August 26, 2012


Adat kejadian manusia. Tak pernah lekang dari melakukan kesilapan. Tak terkecuali aku. Yupp, aku juga manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Kesilapan yang kadang aku sedari, tak kurang yang aku tak sedari. 

Aku akui darah muda yang mengalir dalam badan ini terasa terlalu hangat. Hangat untuk menyebabkan amarah selalu membentak. Gagal mengawal emosi; itu yang selalu terjadi. Berlaku tanpa dapat dikawal.

Bila amarah menguasai diri, mulut menjadi medium melepaskan amarah yang terbuku di hati. Benarlah kata orang, kalau ikut kata hati, mati. Yupp, aku akui kadang mulut ini terasa gatal untuk melepaskan apa yang terbuku di hati tanpa melalui fasa penapisan dari akal yang menjadi kunci kesempurnaan ciptaan-Nya yang bergelar manusia.

Mungkin ada perbuatan-perbuatan yang melampaui batasan yang telah aku lakukan di masa lampau. Perbuatan yang mampu menyakitkan hati sesiapa yang menghadapi dan merasai. Seperti yang aku katakan, aku juga manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.

Dari DIA yang menciptakan aku di muka bumi ini, kemaafan telah ku pohon di setiap doa hamba-Nya yang lemah ini. Sesungguhnya DIA maha pengampun lagi maha mengasihani. Dari mereka yang pernah aku sakiti, kemaafan ku pohon di atas kekhilafan diri yang tak sempurna ini. Sesungguhnya, mereka yang saling memaafkan itu tergolong dalam golongan mereka yang akan ke syurga seperti yang tetulis di dalam al-Quran surah al-Imran(kurang pasti ayat ke berapa).

Bersempena kehadiran lebaran Aidilfitri tahun ini, jari disusun tanda kemaafan dipinta dari semua rakan-rakan yang pernah mengenali diri ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

 

kehadiran insan bergelar ABANG

1 orang sedang menCONTENG dinding

Aidilfitri yang disambut tahun ini dirasakan sangat bermakna. Kehadiran seorang insan bergelar abang setelah lebih 18 tahun bergelar ‘abang’ dalam keluarga membuka satu lembaran baru dalam kehidupan kami sekeluarga. 

Terasa seperti kisah dongeng yang direka oleh manusia bergelar insan seni untuk dijadikan tatapan masyarakat di luar sana. Kisah yang sering dipaparkan di kaca televisyen sebagai satu kisah yang membawa seribu satu pengertian. Kisah anak yang dipertemukan dengan keluarga setelah sekian lama terpisah.

Di awalnya terasa dongeng, tetapi hati menerima dengan terbuka setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta yang Maha Mengetahui sebaik-baik kejadian.

Abang yang terpisah tanpa aku mengetahui kisah disebalik kejadian yang masih misteri hadir di kala lebaran menjelma. Biarlah apa yang berlaku di masa lampau, yang penting dia sudah kembali ke pangkuan keluarga kami. Rasa syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi di atas kurniaan yang tak terhingga di hari lebaran tahun ini. 

Pangkat ‘along’ yang dipegang selama lebih 18 tahun terlucut dengan kehadirannya. Dada terasa lapang. Entah kenapa, tetapi itu yang aku rasa. Mungkin kalau aku tiada, dia boleh mengganti diri ini menjaga kedua orang tua yang aku sayangi. Itu yang terlintas masa mula-mula mengetahui kehadirannya. Mati itu pasti, dan bukankah perkara yang paling dekat dengan manusia ialah mati. Begitulah ungkapan Imam al-Ghazali yang pernah aku baca dan dengar.

Yang pasti, kehadirannya sangat aku alu-alukan. Walau terasa janggal bila ada abang setelah lama menjadi ‘abang’, tapi aku rasa happy melihat ibu dan ayah gembira dengan kembalinya dia ke pangkuan keluarga. Gembira melihat mereka melayan keletah cucu sulung keluarga kami. Yupp, I have been an uncle. Kalau dulu family kami hanya berlima, kini sudah berlapan. Subhanallah.

abang, akak ipar and anak buah aku =)

syukur dengan apa yang kita dapat

1 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, March 13, 2012

adoii...tak sedap seh lauk neh

terkeluar ungkapan tersebut dari mulut seorang hamba Allah. makanan yang diperolehnya kurang memuaskan hati nya. lalu die berlalu meninggalkan makanan yang terhidang menuju ke sinki. dipulasnya tombol paip dan membiarkan air membasahi tangan tanpa memikirkan nikmat yang baru dibazirkan.

alhamdulillah, syukur dengan rezeki hari ini.

ungkapan yang seharusnya diungkapkan. biar rasa kurang enak, tapi tu lah rezeki kita hari ini. kita patut bersyukur sebab dapat merasai nikmat yang tak semua manusia kat dalam dunia ni nikmati.  kalau kita bersyukur, insya'Allah di masa lain kita akan dapat rezeki yang lebih baik.

p/s: syukurlah dengan nikmat yang kita perolehi. nescaya kita akan dapat menikmati kemanisannya kelak.

kamu si....... (PART 1: PENGOTOR)

0 orang sedang menCONTENG dinding

Saturday, March 10, 2012

BRADER A: bro, jom lepak kat taman sana tu. 
BRADER B: haa...macam cara gak lepak sana. boleh cuci mata. dua tiga hari neh rasa rabun-rabun ayam pulak mata aku neh.
BRADER A: haha..ngennggggg!! dah jom. 

                                 *   *   *   *   *   *   *

BRADER A: adoii...ni yang aku tak suka nak tengok neh. potong steam tol lah.
BRADER B: aphal plak neh bro? gua tengah sedap usya awek tu. adoiii~
BRADER A: ce ko tengok tu. dah makan tak reti nak buang dalam tong sampah. sekangkang ko je pun tong sampah dari seat tu.

pangg!!!

BRADER B: woiii...aphal kangkang aku pulak. tak cantik doh perangai.
BRADER A: haha...rilex lah bro. tapi memang gua tak puas hati betol lah perangai masyarakat kita neh. makan pandai tapau, pandai telan, pandai lah buang dalam tong sampah. ni tak. dah telan, sampah kasik tabur merata-rata. hilang mood aku nak cuci mata hari neh.
BRADER B: entah lah bro. kempen kebersihan berlambak, tapi kalau masing-masing letak otak kat celah keti kasik kepam sampai lebam, ni lah jadinye. kempen macam-macam pun tak guna kalau tak terbit erti  kesedaran dalam diri dorang. senang cerita gua cakap, rakyat kita neh memang PENGOTOR. tu kira naseb baik berak reti masuk jamban.
BRADER A: euwww...tak boleh bayang doh kalau dorang tabur sepah-sepah. dah lah, jom lah gerak tempat lain.

p/s: gua dah muak tengok perangai mereka-mereka yang suka buang sampah merata-rata neh. tolong lah ubah perangai tu beb. malu dek pelancong yang datang kat negara kita neh.

bersawang

0 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, March 9, 2012

uhuk...uhuk...uhuk

tebal sangat dah sawang dalam neh. dah lama tak bukak. since lappy buat hal, hubungan dengan dunia maya memang terbantut sebantut pohon bonsai. rindu nak menulis meluap-luap. banyak benda yang melonjak-lonjak dalam hati neh mintak dikeluarkan dan diisi dalam dunia maya neh.

sekarang, lappy sudah kembali normal. sudah boleh kembali menulis dan meluah bukuan idea yang terpendam. nanti bila-bila gua sambung menaip. sekarang bukan masanya. perlu kasik settle beberapa perkara berbangkit sebangkit kuih bangkit. 

adios!!

sejarah tercipta

5 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, December 11, 2011


lusa (13 Disember 2011) genap 5 tahun pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-13. lusa juga akan tercipta sebuah lagi sejarah di negara kita. baginda akan digantikan dengan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang akan menaiki takhta setelah pernah menjadi Yang Di-Pertuan Agong yang ke-5. 

berikut merupakan senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia sejak 1957 iaitu ketika kita menyambut kemerdekaan yang pertama hingga sekarang.

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG PERTAMA



Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
D.M.N., S.M.N.

Memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960

img_agung1_2


YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KEDUA

Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah 
D.M.N., D.K.(Brunei)


Memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960



img_agung2_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KETIGA

Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
D.M.N., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K.(Selangor), S.P.D.K.(Sabah), D.K. (Kelantan), D.P.(Sarawak), D.K.(Kedah), D.K.(Pahang), D.K.(Johor), D.K.(Negeri Sembilan), D.P.S.S.(Sarawak), D.K.(Perak),  D.K.(Terengganu), D.K.M.B.(Brunei), Knight Commander of St. Micfhael&St. George (K.C.M.G), Raja of the Order of Sikatuna, Philippines (Noblest Award of Chivalry), The Great Cross of the Royal Order of Cambodia, The Most Auspicious Order of the Royal Friendship of Thailand, Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), Cordone Hussein Ben Ali (Jordan), Collar of the Nile (United Arab Republic).

Memerintah dari 21 September 1960  hingga 20 September 1965

img_agung3_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KEEMPAT

Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.P.M.T.,D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.(Perak), D.K.(Pahang).

Memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970

img_agung4_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KELIMA

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.

Memerintah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975

img_agung5_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KEENAM

Al-Marhum Tengku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.M.N.,S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.S.K.,D.K.(Selangor), D.K.(Terengganu), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), D.K.(Pahang), D.K.(Perlis), D.P.(Sarawak).

Memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979

img_agung6_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KETUJUH

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`Ayatuddin Al-Mu`adzam Shah
D.K.P.,D.K.,D.K.M.,S.S.A.P.,S.I.M.P.,D.M.N.,D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B.,D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor).

Memerintah dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984

img_agung7_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KELAPAN

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
D.K.
Memerintah dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989

img_agung8_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KESEMBILAN

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,D.K(Kelantan), D.K.(Terangganu), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Pahang), S.S.M.,P.M.N.,P.S.M.,

Memerintah dari 26 April1989 hingga 25 April 1994

img_agung9_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KESEPULUH

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja`afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak)

Memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999

img_agung10_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KESEBELAS

Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A, D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.M. (Melaka), P.J.K.

Memerintah dari 26 April1999 hingga 21 November 2001

img_agung11_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KEDUABELAS

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T.

Memerintah dari 13 Disember 2001 hingga 12 Disember 2006

img_agung12_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KETIGABELAS

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur De La Legion D'Honneur (France).

Memerintah pada 13hb. Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.

img_agung13_2

YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KEempat BELAS

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.

Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2011

img_agung5_2

MENJUNJUNG KASIH TUANKU...DAULAT TUANKU

p/s: jadi rakyat Malaysia yang cintakan negara dengan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara tanpa mengenepikan pegangan agama masing-masing.