Kalau dilihat kepada bilangan
artis yang sudah menyahut seruan ke arah menjadi lebih Muslimah, bilangannya
semakin bertambah. Tak kisahlah dia bertudung sebab fesyen, trend atau ikhlas,
yang penting perubahan positif seperti itu harus dipuji. Terbaharu, Datuk Siti
Nurhaliza yang baru-baru ini tampil dengan imej berhijab. Alhamdulillah. Semoga
lebih ramai artis kita yang kembali menjadi Muslimah sejati.
Tetapi, dalam
kita melihat percambahan berkenaan, terdapat segelintir pihak yang masih kurang
peka akan sensitiviti mereka yang berhijab ni. Pada yang ikhlas, mereka
berhijab sebab menyahut seruan yang Maha Mencipta untuk menutup aurat. Mereka
sedar, haram bagi mereka mendedahkan aurat mereka walau sedikit kepada khalayak
ramai. Namun sikap sesetengah pihak yang tak peka berkenaan isu ini sedikit
mengecewakan.
Seharusnya,
semua pihak mengambil kira hal ini. Maksudnya di sini, mungkin ada dalam
koleksi mereka, rakaman dalam bentuk video mahupun gambar yang dirakam semasa
mereka masih belum berhijab. Bila mereka sudah berhijab, seharusnya video
mahupun gambar yang pernah dirakam tu tak perlulah ditayang semula demi menjaga
sensitiviti mereka terhadap aurat yang sedang mereka jaga sekarang ini. Namun,
sebaliknya yang berlaku.
Semua pihak seharusnya
lebih peka dan memberi sokongan terhadap usaha mereka untuk berubah. Mereka
giat berusaha untuk merubah diri menjadi umat seperti yang diseru, tetapi ada
pihak yang tak beri support terhadap usaha mereka demi mengaut keuntungan. Tak
adil bukan? So, kalau boleh, kepada pihak-pihak yang berkenaan, tolong lah
mereka-mereka ini dalam usaha mereka merubah diri mereka dengan tidak menayang
semula video mahupun gambar lama mereka untuk tatapan umum.
