::n o t a k a r u t :: tertekan sebab tak dapat skor 5A dalam UPSR?!

Tuesday, November 20, 2012


JOHOR BAHRU: Menyangka dia gagal memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila namanya tidak dipanggil guru, seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2), di sini, melarikan diri sebelum bersembunyi dalam dewan kira-kira satu kilometer dari sekolah itu, semalam.

Sampai camtu sekali penangan UPSR? 



“Saya sangka gagal memperoleh 5A. Ketika itu, saya cukup tertekan dan berasa seperti anak tidak berguna kerana menghampakan harapan ibu bapa."

Nampak permainan dia kat situ? Macam parents terlalu mengharap anak tu dapat skor paling tinggi. Adakah itu mentaliti parents hari ini?

“Tambahan pula rakan asyik bertanyakan mengapa saya tidak mendapat 5A seperti mereka. Saya sedih kerana sudah melakukan yang terbaik,” katanya.

Nah. Sikap menunjuk-nunjuk camni memang sesuatu yang biasa dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah. Boleh jadi gaduh gak lah kalau tak dapat skor straight A's. Mungkin pemikiran mereka belum sematang sepertimana usia mereka. Kau dapat straight A's, kau nak membongkak, jalan mendabik dada gaye kau lah paling jaguh dekat sekolah.

Kualiti students hari ini tak setaraf pencapaian yang digembar-gembur hebat melangit. Mana taknya, permainan pihak tertentu yang bermain dengan graf keputusan menjadikan keputusan nampak cantik, sedangkan hakikatnya, tak ramai yang mampu memenuhi apa yang dikatakan sebagai kualiti.

Ramai yang berlumba-lumba hendak skor straight A's dalam exam besar macam UPSR, PMR dan SPM. Tetapi ramai yang tak sedar, kejayaan mereka bukan atas kualiti, tetapi atas kuantiti semata. Kejayaan mereka bukan didorong oleh pemikiran mereka yang tejana dek silibus pengajaran di sekolah, tetapi tak lebih dari "siapa buat banyak latihan past year, mesti boleh skor". Mereka disuap dengan latih tubi soalan-soalan tahun-tahun sebelum ini yang mana kita boleh lihat soalan peperiksaan semasa hanya diceduk daripada soalan-soalan yang lepas. Adakah itu mampu menjana pemikiran para pelajar hari ini?

Aku berani jamin, dalam berapa ribu mereka yang skor dalam peperiksaan besar time sekolah dulu, mereka belum tentu mampu survive dalam suasana pendidikan alam universiti kelak. Itu kenyataannya hari ini. Aku sendiri sudah melihat, meneliti malah mengalami.

So, adik-adik yang frust menonggeng tak dapat skor tu bukan sebab mereka tak pandai, cuma rezeki mereka belum sampai. Zaman hari ini bukan lagi zaman mereka yang bergelar graduan universiti. Tengok je lah berapa ramai graduan yang masih menganggur? Kejayaan menggenggam segulung ijazah bukan lagi jaminan untuk memperoleh kejayaan di masa hadapan.

Ramai orang yang berjaya dalam dunia hari ini bukan datang dari mereka yang bergelar graduan sebaliknya mereka yang mampu membuka minda mereka keluar dari zon selesa untuk memperoleh kejayaan itu sendiri. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kata-kata pujangga orang-orang lama. Kata-kata nasihat yang selalu menembusi gegendang telinga tetapi gagal berhenti di hentian bernama akal kewarasan manusia.

Ada usaha, ada kejayaan. Tak ada usaha, kau boleh jalan. Akhir kata, nak berjaya perlukan usaha. Students perlu didedah dengan silibus yang lebih membuka minda mereka untuk berfikir, bukan hanya disuap dengan past years questions menimbun-nimbun. Kejayaan mereka perlu diukur dengan hakikat sebenar, bukan dengan permainan pihak tertentu yang sengaja mahu menjadikan keputusan itu kelihatan cantik dan cemerlang. Pendek kata, kejayaan mereka perlu diukur dari hasil usaha mereka untuk berfikir dan keluar dari keselesaan mereka supaya mereka boleh survive di masa hadapan mereka sendiri kelak. Baru lah boleh jalan mendabik sebab ilmu tu betul-betul penuh di dada.



notakaki: artikel dirembat dari keratan Harian Metro hari ini.

0 orang sedang menCONTENG dinding: