perlukan 'follow up'

Friday, August 12, 2011

nama-nama seperti Fahrul Razi Kamarudin, Mohd Nursalam Zainal Abidin, Reuben Tharapayan Kathiripillai dan Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha'ari agak asing di kalangan peminat bola sepak kebangsaan. patah lagi, nama-nama ni tak tersenarai dalam team elit sama ada skuad Harimau Malaya mahupun Harimau Muda. tetapi kelibat mereka di Karnival Sukan Universiti Dunia(Universiade) di Shenzen, China mampu membuka mata dan mampu menjadi antara bualan terbaru di kalangan peminat bola sepak tempatan.

kejayaan mereka menghalang asakan team juara bertahan, Ukraine semalam dilihat sesuatu yang sangat positif. mereka mampu menyerap asakan demi asakan team Ukraine dan mampu menghasilkan gerakan-gerakan menarik harus diberikan pujian. barisan pertahanan dan tengah berjaya dikemudi dengan baik walaupun sesekali dilihat longlai terutama semasa jaringan kedua dijaringkan. kredit perlu diberikan kepada pemain-pemain tengah yang mampu memberi bantuan terhadap setiap gerakan sama ada serangan mahupun bertahan dan ia adalah sesuatu yang positif.

dan pemain sayap lincah, Fahrul Razi Kamarudin dilihat mampu memberi saingan yang lebih kuat terhadap beberapa pemain ternama seperti Amirulhadi Zainal jika dia diserapkan dalam skuad elit kebangsaan. sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh Datuk K.Rajagobal dan Ong Kim Swee untuk memantapkan lagi barisan serangan skuad elit. dan beberapa nama di barisan pertahanan seperti kapten skuad UiTM, Amirizwan Taj Tajudin dan gandingannya, Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha'ari mampu mengubati kepincangan barisan pertahanan skuad elit. dan kelibat Mohd Nursalam Zainal Abidin dan ReubenTharapayan Kathiripillai juga perlu diberikan perhatian kerana gerakannya mampu mengkucar kacirkan barisan pertahanan pihak lawan.

walaupun diundi dalam kumpulan 'maut' yang dihuni juara bertahan Ukraine, Brazil dan Rusia, dengan persembahan mantap semalam, aku yakin skuad ni mampu pergi jauh. dan aku mengharapkan persembahan yang lebih konsisten terutama dari segi stamina yang dilihat menurun pada babak kedua perlawanan. yang pasti, 'follow up' perlu dilakukan bagi beberapa nama yang disenaraikan. aku meletakkan harapan supaya nama-nama tersebut mampu memperkuat barisan skuad elit kebangsaan di masa akan datang. and good luck guys!! wa caya sama lu!!

3 orang sedang menCONTENG dinding:

Mizah Adam said...

this is a big change in our local football scene. and its a posititve one!

well, i'm certain that life is like a wheel, but i hope at this rate, we would stay at this moment (and maybe better) for a bit longer.

:) Auuum!

pHiQUe iPiN said...

bila hg dok kolej ak?? aumm bagai..haha

yup, biaq kekal lame momentum skang ney..dari segi kualiti dan sokongan...baru ley up sampai langit ke 7...haha

Mizah Adam said...

sejak.. err.. tu la ko, aku dah lama menetap situ, ko taktau.. haha~ :p