perkara kecil yang mampu mengurangkan pahala puasa kita

Monday, August 1, 2011

bulan Ramadhan ni seperti yang kite ketahui, merupekan bulan yang penuh barakah. bulan yang penuh dengan limpahan pahala. dan seperti yang kita ketahui, setan-setan yang cukup anti dengan anak-anak Adam ni telah dirantai bagi memudahkan kita melakukan ibadah dengan hati yang tenang tanpa gangguan dari mereka.


tapi iyelah, kita ni manusia. mane terlepas dari melakukan kekhilafan dalam hidup. bende-benda kat bawah ni sebenarnya ada antara kita yang terlepas pandang bila masuk bulan puasa yang mana jika dilakukan, maka berkuranglah pahala yang kita cuba kejar.

mengeluarkan kata-kata kesat
benda kalau dah jadi habit, susah nak dikawal. dan jika kita gagal mengawal, maka berkurang lah pahala puasa kita. rugi kan?

riak
maybe ramai yang tak sedar. tapi ayat-ayat seperti di bawah mampu mengurangkan pahala puasa kita.

"hari ni aku puasa, korang macam mana?"
"korang buka apa hari ni? aku pergi buffet kat hotel sekian-sekian je"
"baru selesai mengaji, korang dah?"

ni aku cedok dari laman muka buku tahun-tahun sudah. yang pernah aku terlihat dan aku ingat sampai sekarang. nasihat aku, kalau beramal, jangan riak. sebab akan menimbulkan rasa kurang senang dari orang laen. dan kalau korang buka sedap-sedap pun, jangan lah riak, sebab maybe kat luar sane ade je yang berbuka dengan roti dan air kosong sahaje dan apa perasaan mereka bila terbaca ayat-ayat tersebut? tak ke menimbulkan rasa iri hati. tak pasal pahala selambak yang korang kumpul seharian tinggal seciput je nanti.

membuka aurat
ni benda common. kalau kita dok jalan-jalan kat bazaar, kita boleh nampak macam-macam trend pakaian orang nak pergi bazaar. kalau yang lelaki, pakai short, tayang bulu kaki kat awek-awek time jalan-jalan kat bazaar. yang awek free hair, terus ber'free hair' di bulan puasa. cube lah try pakai tudung bila keluar. kot-kot sampai seru untuk terus pakai tudung lepas ni.

bermesra-mesraan di tempat awam
ni untuk couple-couple kat luar sane tu. ada jenis yang tak leh renggang satu cm pun. jenis nak berkepit sane sini. pergi carik makanan kat bazaar, berpimpinan tangan. sedangkan memegang tangan yang bukan muhrim tu kan hukumnya berdosa. dah rugi pahala satu hari.

melihat benda-benda haram
kat tv tu banyak bende-benda tak elok ditunjukkan time-time puasa ni. pelakon seksi-seksi, penyanyi menari tarian yang mampu menggoyang iman, macam-macam lagi lah. puasa bukan hanya menahan diri lapar, tapi keseluruhan deria perlu dijaga. mulut, mata, telinga...semua lah.

ni antara yang aku sempat fikirkan lah. sama-sama kita saling mengingatkan sesama umat. aku pun kadang-kadang terkhilaf jugak. manusia kan. so, sama-sama lah kita kurangkan yang mana perlu dikurangkan, tambahkan yang mana perlu ditambahkan. korang sanggup kejar sale sane sini, takkan taknak kejar sale pahala time-time bulan puase ni kan?

p/s: kalau ada yang nak tambah, letak kat komen ye. 

3 orang sedang menCONTENG dinding:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Mat Ise said...

tidur d siang hari pun sama kn?

Anonymous said...

Tidur di siang hari di kira ibadah semasa bulan Ramadhan, sbb, tnaga dprlukan di malam hari utk beribadah