wajar atau tidak? (PART 1)

Friday, April 29, 2011

kembali menulis. kali ney berkaitan dengan kewajaran pengeluaran kompaun ke atas peniaga yang menjual makanan ringan di luar kawasan sekolah. wajar atau tidak?


aku rase bende ney perlu dipertimbangkan semula. bukan kate aku nak sokong penjualan makanan ringan yang langsung tak memberi khasiat kepada warga negara amnya dan golongan pelajar khususnya. tetapi beberapa persoalan timbul dalam otak karat aku ney, hanya berpandukan kepada beberapa fakta yang perlu dikaji dengan lebih teliti.

antaranya:

peniaga kedai di kawasan perumahan
golongan ini juga seharusnya dipantau sekiranya kerajaan serius untuk memberhentikan penjualan makanan ringan di kalangan pelajar. mungkin di luar pagar sekolah berjaya dipantau, tetapi di kawasan rumah pula bagaimana? adakah dengan gagal mendapatkan stok di luar pagar sekolah seperti biasa, mereka tidak berkeinginan untuk mendapatkan stok di kedai-kedai berhampiran dengan rumah mereka? jika peniaga yang diklasifikasikan sebagai penjaja ini, yang berniaga di luar pagar sekolah dikompaun, adakah ianya kelihatan adil untuk mereka sedangkan para peniaga lain di luar sana menjual benda yang sama sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan atau amaran seperti yang diterima mereka? perkara ini perlu dikaji dengan lebih teliti.

mata pencarian
pernah terfikir, para penjaja ini berniaga untuk mencari sesuap nasi untuk anak bini di rumah? jangan tidak percaya, sesetengah daripada golongan mereka memperolehi wang untuk menampung kos pembelajaran anak-anak mereka hingga ke menara gading dengan menjadikan menjaja makanan ringan sebagai mata pencarian seharian mereka. jika khidmat mereka dihentikan, bagaimana denga mata pencarian mereka? apa langkah yang dilakukan pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memantau para penjaja ini untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang ditampung oleh para penjaja ini?


sikap ibu bapa
peranan yang dimainkan oleh ibu bapa pula bagaimana? ada sesetengah ibu bapa yang prihatin dengan segala makanan yang diambil oleh anak-anak mereka. mungkin langkah mengkompaun para penjaja ini mendapat sambutan dari kalangan golongan ini. tetapi bagaimana pula dengan golongan ibu bapa yang seperti tidak kisah tentang pemakanan anak-anak mereka? ada segelintir ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka makan makanan ringan tanpa sebarang pemantauan. mungkin perkataan 'segelintir' itu yang membuatkan perkara ini dipandang enteng. peranan ibu bapa di rumah adalah sangat penting dalam membentuk kesihatan anak-anak yang mapan. 

fast food
ini juga perlu diambilkira dalam menilai langkah yang lebih proaktif dan efektif dalam menangani masalah kesihatan yang dihadapi golongan pelajar kita dewasa ini. mungkin perkara ini dilihat sebagai tidak relevan kerana ia bukan budaya kita di timur. tetapi dalam tidak sedar, perkara ini telah menjadi 'trend' yang semakin popular di kalangan pelajar sekolah sebaik sahaja keluar dari pagar sekolah. majoritinya dihadapai oleh para pelajar di kawasan bandar terutamanya kawasan metropolitan yang pesat membangun seperti Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan berhampiran. ia juga satu budaya yang tidak sihat. kenapa tidak dikompaun juga?


point-point di atas merupakan antara perkara pokok yang perlu diperhatikan oleh pihak berwajib dalam menangani masalah kesihatan terutamanya obesiti dalam kalangan pelajar. berdasarkan itu, langkah yang lebih efektif dapat dilaksanakan tanpa memudaratkan/merugikan mana-mana pihak. mungkin para pembaca ada pendapat yang lagi bernas untuk dikongsi bersama. moga kita dapat bersama-sama merenung sikap kita dalam menangani permasalahan ini. 

iklan jabatan kesihatan =P

p/s: macam agak serius tapi tu lah ape yang aku dok pikir bile bace pasal kes ney =)

2 orang sedang menCONTENG dinding:

s.i.p.a.t.e.n said...

ohoiii
teringat pulak makcik keta kuning jual kopok tepi pagar sekolah
sodapp :D :D

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

uish...kenangan uh...hahah...ntah ad lagi ntah tak mkcik uh =P