Showing posts with label wajar atau tidak?. Show all posts
Showing posts with label wajar atau tidak?. Show all posts

wajar atau tidak? (PART 4: kenapa nak SEKAT?)

0 orang sedang menCONTENG dinding

Thursday, June 9, 2011

demm. berita yang memberi impak negatif kepada kaki-kaki dan tangan-tangan download yang sangat-sangat tegar *aku bese-bese je...wee~*.


pihak Suruhanjay Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan arahan kepada semua penyelia internet di negara ini supaya menghentikan akses ke website-website download seperti dalam senarai di bawah:-


errr...nampak gaya macam media api tak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan. ok lah tu kot. aku bese download gune media api je. senang dan efisien pada aku. ni sat lagi tau-tau je keluar satu fan page, "katakan tidak kepada SKMM". hahaha.
persoalannya kat sini, kenapa perlu disekat kebebasan yang telah kami kecapi selama ini? 

p/s: kaki download sekalian alam, download lah selagi korang boleh sementara belum dikuatkuasakan. hohoho.

wajar atau tidak? (PART 3: dia naik lagi dah................)

0 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, June 7, 2011

memang carik nahas. bakal-bakal mendapat PUJIAN daripada orang ramai yang menggunakannya. mane yang dah tahu sila klik kotak pangkah kat ujung tab sambil search any relevant story yang korang minat. mane yang belum tahu, ni aku nak story. tak nak cite pasal nyamuk tu lagi. hati masih terguris. demm.


mengenai ASTRO. yezza. harga naek lagi. setiap pakej akan mengalami kenaikan harga di antara RM1 hingga RM 15 berkuatkuasa 11 Julai 2011. menarik? memang SUNGGUH menarik. ni aku ley bayang lah ape bapak aku membebel kat rumah tu bila dapat tahu pasal ney. jangan die terminate sudah. memang bosan lah hidup aku kat rumah nanti kalau bapak aku terminate.


alasan yang diberikan, nak buat penyelarasan harga. katanya, ianya sesuai dengan kualiti yang ingin diberikan kepada pelanggan. jangan biar masyarakat kat luar meletakkan harapan terhadap kualiti anda sekali lagi kerana mereka pernah kecewa. aku nak tengok sejauh mana kualiti yang diuar-uarkan sangat tu.

kesian masyarakat kat luar sana *termasuk aku* sebab sering teraniaya dengan strategi pemasaran orang-orang tertentu yang ingin mengaut keuntungan. harga barang dan caj perkhidmatan sentiasa bermain-main dengan nilai, tetapi gaji dan pendapatan isi rumah masih rendah. adakah mereka memandang perkara ini sebelum memikirkan keuntungan yang bakal mereka perolehi? adakah mereka menilai pendapatan golongan yang kurang berada di luar sana? wallahualam.

p/s: untung sape-sape yang langgan pakej keluarga coz takde kenaikan caj yang dikenakan. katanya lah. tak tau lak kalau ada caj tersembunyi. baek pergi cek bil nanti. huhuu~

wajar atau tidak? (PART 2)

8 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, May 3, 2011

dalam sejuk dek hujan yang basah melimpahi bumi, bilik pun nyaris-nyaris banjir kilat petang-petang ney, tetiba otak aku dok ligat berfikir tentang kewajaran 'sesuatu' ini. benda yang disukai ramai. teringat satu ceramah oleh sorang pendakwah bebas, pasal kewajaran hantaran kahwin tinggi nak mampuih la ney.


kalau kita tengok dewasa ney, memang jadi satu trend tok orang yang nak mendirikan rumahtangga, hantaran nak mahal-mahal, kalau dapat nombor nak cantek-cantek segale bagai. bukan lah kate aku nak merungut pasal ney. karang ade lak yang condemn ak kate pemalas lah, tak nak kumpul duit, ade saje nak di heboh pasal ney. tolong bace sampai habes dulu ye kawan-kawan? =)

kita melihat dari sudut adat. macam tak gah lak kan kalau suatu pekahwinan tu tak dibuat semeriah yang mungkin, hantaran semahal tidak, set persalinan sebanyak yang dapat, pelamin segah istana. iyelah, nama pun raja sehari. sehari tu je nak merasa jadi ala-ala raja, datang disambut paluan kompang, bunga manggar kiri kanan mengiringi perjalanan sang raja mengadap tuan puteri idaman hati. chewah. lepas tu, yang family pengantin sibuk melayan tetamu, ada yang ke hulu ke hilir dengan tuala sangkut kat leher, tangan dengan penuh gagah mengangkat lauk-pauk yang semakin berkurang dek kehadiran tetamu yang semakin ramai(sekarang semua dah pakai katering, ukhwah antara family tu dah tak rapat macam dulu). dapat bayang betapa meriah keadaan tu? ok, dipendekkan cerita, kalau duit kat poket tak berkepok. tak payah kalut lah datang rumah awek, cakap kat kat bapak die: "pakcik, saya nak kahwin ngan anak pakcik, pakcik setuju?" memang elok je dia pergi belakang rumah, asah belakang parang kasik tajam, pi hambat hang balik rumah sambil cakap: "pungkok hang, kerja tak semenggah, ada hati nak wat bini anak aku. mengapa kau menangis di sini, pergi kau menangis di sana tepi lubang kubur". agak-agak ada tak bapak yang garang macam tu sekarang ney?hohoh~

ok, tu dari sudut adat. kita tengok lak dari sudut agama. macam yang aku cakap tadi, sekarang trend orang naik pelamin, hantaran beribu-ribu lemon. tapi kalau dilihat dari pandangan mereka yang arif tentang hal agama ney, berbaloi ke bagi hantaran beribu-ribu, tapi si gadis tak pandai memasak, malas mengemas rumah, bangun lambat, diri tak terjaga, suruh buat itu ini merungut, muncung siap boleh buat sangkut baju, pakai baju dedah sana, dedah sini, aurat tak terjaga, ketawa terbahak-bahak mengalahkan lelaki bila kat tempat awam. korang rasa berbaloi spend beribu-ribu tok something like this? kalau rasa berbaloi, silakan. den takde kuase nak menghalang.

lagi satu, dalam rukun nikah tu sendiri, cuma ada 5 perkara wajib yang diangkat menjadi rukun. pertamanya adalah pengantin lelaki, diikuti rapat oleh pengantin perempuan, disusuli dengan wali, menyusul tak jauh dari itu ialah dua orang saksi yang menjadi saksi sahih kepada ijab dan kabul yang diangkat sebagai rukun yang terakhir. takde dalam rukun menyatakan hantaran perlu berpuluh ribu, walimatul urus perlu segah yang mampu. tiada bukan? jadi yang mana perlu diutamakan? adat atau adab dalam Islam? jawapan di hujung nafas anda. tiada talian hayat yang mampu membantu anda untuk merungkai persoalan ini.

untuk menjadikan artikel ini kelihatan lebih adil, nak jugak ditegur kepada si jejaka. nak kahwin bukan senang saudara. hang ingat dok ngadap imam time akad nikah, dua orang saksi kata 'sah', satu kerja yang mudah. pungkok hang lagi sekali. bergegarnya jabatan tangan antara imam dan si pengantin lelaki bersaksikan dua orang saksi yang adil tanda akad diterima, maka seketul batu yang tak berapa nak besar, tapi berat yang amat terus membebani bahu si lelaki. ya, batu yang dimaksudkan tak laen dan tak bukan ialah amanah dari si bapa gadis yang baru dinikahi.

kalau dulu maruah, didikan, dosa, makan pakai anak gadis itu ditanggung oleh si bapa, kini gugur satu sayap tanggungjawab yang dipikul selama anak gadisnya belum dinikahi untuk dipikul pula oleh si suami. satu tanggungjawab yang sangat berat yang harus dipikul. betapa beruntungnya jadi perempuan.

tetapi kalau si lelaki hidup terkontang-kanting, poket selalu kering, makan pakai anak bini tak terjaga, malas, solat tak jaga, mengaji malas; apa mau jadi brader? macam mana nak membimbing si isteri masuk ke syurga? ada pulak jenis yang tak kisah si isteri dok tayang body kat orang laen, tayang itu, tayang ini. mana pergi tanggungjawab seorang suami untuk menjadi imam kepada jalan isteri menuju ke syurga Ilahi?

jadi, ambil masa sejenak, renung diri kita. entri ney aku tulis bukan sekadar hiasan halwa mata, bukan nak berlagak dengan ilmu yang aku ada, tetapi sekadar peringatan kepada semua termasuk diri aku yang terlalu lemah di sisi-Nya, agar kita bersama-sama menuju ke suatu jalan yang pasti, iaitu syurga Firdausi. bukan kah saling ingat-mengingati itu satu lambang kekuatan ukhwah? sekian~

p/s: tapi kalau dah jodoh hang ngan orang yang seperti dinyatakan di atas, terima ja lah naa. ada hikmah di sebalik kejadian =)

wajar atau tidak? (PART 1)

2 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, April 29, 2011

kembali menulis. kali ney berkaitan dengan kewajaran pengeluaran kompaun ke atas peniaga yang menjual makanan ringan di luar kawasan sekolah. wajar atau tidak?


aku rase bende ney perlu dipertimbangkan semula. bukan kate aku nak sokong penjualan makanan ringan yang langsung tak memberi khasiat kepada warga negara amnya dan golongan pelajar khususnya. tetapi beberapa persoalan timbul dalam otak karat aku ney, hanya berpandukan kepada beberapa fakta yang perlu dikaji dengan lebih teliti.

antaranya:

peniaga kedai di kawasan perumahan
golongan ini juga seharusnya dipantau sekiranya kerajaan serius untuk memberhentikan penjualan makanan ringan di kalangan pelajar. mungkin di luar pagar sekolah berjaya dipantau, tetapi di kawasan rumah pula bagaimana? adakah dengan gagal mendapatkan stok di luar pagar sekolah seperti biasa, mereka tidak berkeinginan untuk mendapatkan stok di kedai-kedai berhampiran dengan rumah mereka? jika peniaga yang diklasifikasikan sebagai penjaja ini, yang berniaga di luar pagar sekolah dikompaun, adakah ianya kelihatan adil untuk mereka sedangkan para peniaga lain di luar sana menjual benda yang sama sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan atau amaran seperti yang diterima mereka? perkara ini perlu dikaji dengan lebih teliti.

mata pencarian
pernah terfikir, para penjaja ini berniaga untuk mencari sesuap nasi untuk anak bini di rumah? jangan tidak percaya, sesetengah daripada golongan mereka memperolehi wang untuk menampung kos pembelajaran anak-anak mereka hingga ke menara gading dengan menjadikan menjaja makanan ringan sebagai mata pencarian seharian mereka. jika khidmat mereka dihentikan, bagaimana denga mata pencarian mereka? apa langkah yang dilakukan pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memantau para penjaja ini untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang ditampung oleh para penjaja ini?


sikap ibu bapa
peranan yang dimainkan oleh ibu bapa pula bagaimana? ada sesetengah ibu bapa yang prihatin dengan segala makanan yang diambil oleh anak-anak mereka. mungkin langkah mengkompaun para penjaja ini mendapat sambutan dari kalangan golongan ini. tetapi bagaimana pula dengan golongan ibu bapa yang seperti tidak kisah tentang pemakanan anak-anak mereka? ada segelintir ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka makan makanan ringan tanpa sebarang pemantauan. mungkin perkataan 'segelintir' itu yang membuatkan perkara ini dipandang enteng. peranan ibu bapa di rumah adalah sangat penting dalam membentuk kesihatan anak-anak yang mapan. 

fast food
ini juga perlu diambilkira dalam menilai langkah yang lebih proaktif dan efektif dalam menangani masalah kesihatan yang dihadapi golongan pelajar kita dewasa ini. mungkin perkara ini dilihat sebagai tidak relevan kerana ia bukan budaya kita di timur. tetapi dalam tidak sedar, perkara ini telah menjadi 'trend' yang semakin popular di kalangan pelajar sekolah sebaik sahaja keluar dari pagar sekolah. majoritinya dihadapai oleh para pelajar di kawasan bandar terutamanya kawasan metropolitan yang pesat membangun seperti Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan berhampiran. ia juga satu budaya yang tidak sihat. kenapa tidak dikompaun juga?


point-point di atas merupakan antara perkara pokok yang perlu diperhatikan oleh pihak berwajib dalam menangani masalah kesihatan terutamanya obesiti dalam kalangan pelajar. berdasarkan itu, langkah yang lebih efektif dapat dilaksanakan tanpa memudaratkan/merugikan mana-mana pihak. mungkin para pembaca ada pendapat yang lagi bernas untuk dikongsi bersama. moga kita dapat bersama-sama merenung sikap kita dalam menangani permasalahan ini. 

iklan jabatan kesihatan =P

p/s: macam agak serius tapi tu lah ape yang aku dok pikir bile bace pasal kes ney =)