apa ada pada dunia mereka?

Saturday, April 30, 2011

jari-jemari tetibe rase gatal nak menaip. otak tibe-tibe berserabut dengan beberape idea untuk menulis. kisah itu dan kisah ini. tetapi filter harus digunepakai. kalau tak, entri kali ney mahu panjang berjela-jela sampai orang muak nak membace. setuju? good. hahah.

sebagai mukadimah, aku nak tanye kat sini berape ramai di antara kalian yang berminat untuk belajar bahasa selain dari bahasa ibunda korang? sile angkat tangan. kaki jangan nak mengade angkat. makan penyepak jap lagi karang. ok, dah-dah, turun, turun. masam weyh. hahah.


sekarang ney tengah musim demam. demam korea. aku bukan nak condemn hangpa yang dok minat kat depa ney bagai nak rak. siap berlumba-lumba melayan cerita-cerita depa, especially bagi kaum hawa. untuk pengetahuan, den pun melayan gak kadang-kadang. tapi idok le fanatik cam setengah orang tu. pada yang terasa, den mintak maaf la yo. hambek, kejap utara, kejap nogori. layann~ 1Malaysia. ~dang~

memang tak dapat dinafikan mereka membawa arus baru dalam industri hiburan dunia. mereka berjaya membawa pengaruh yang sangat kuat kepada beberapa negara di dunia. bagi kaum hawa, ramai lah yang cair ngan ke'handsome'an jejaka-jejaka mereka. yang kaum adam lak, taknak mengalah. suke tengok kecomelan awek-awek dorang pulak. den lah tu. kui..kui..kui~

ok, cukup karutan dan carutan di atas. kita beralih ke point utame. tapi sebelum tu, nak tunjuk something kat korang. mintak sediakan plastik pada mereka yang mudah loya terutamanya ibu-ibu mengandung. pada mereka yang ada penyakit kronik macam sakit jantung ka, mintak sediakan ubat siap-siap. kot la tiba-tiba kena serangan jantung lak. dah sedia? ok, saksikan.

kumpulan 24:7
kumpulan Gula-gula

amacam? comel dan kacak-kacak tak? untuk yang belum tahu, ni adalah kumpulan tempatan yang bakal menembusi dunia hiburan tanah air. sekali pandang ada macam band dari korea kan? link ni dan link yang ini  tok korang tengok gambar-gambar selanjutnya. tak terdaya aku nak upload kat sini. ade yang terlalu...err....jijik untuk diupload. sorry to say. 

korang nampak pengaruh yang telah dibawa mereka? sampaikan ada anak tempatan yang sanggup mengabdikan diri dalam fesyen dan gaya mereka untuk muncul di kaca tv. ooooooeemmmmgggiiii. geli aku nak tengok.

tu dari segi hiburan. dari segi bahasa? ramai antara fanatik korean ney yang sanggup ke kelas bahasa untuk belajar bahasa korea kan? mana yang dah sedikit fasih, dan-dan tu la nak berlagak tulis kat wall facebook masing-masing ayat-ayat dalam bahasa korea. bukan gua nak condemn ke pe. dari sudut positif, aku lihat perkara ney bagus tok mereka menambah penguasaan bahasa mereka. iye lah, realiti alam pekerjaan sekarang memerlukan tenaga mahir yang boleh bertutur dalam lebih dari satu bahasa. 

tapi yang tak bestnya, korang dok sibuk belajar bahasa dorang, bahasa kita apa jadi? berape ramai kat sini yang dapat A1 o A+(ikot format baru) masa SPM untuk subjek Bahasa Melayu sila angkat tangan? satu, dua, tiga...oooo, ley tahan gak lah ramainya. konon. korang bahasa sendiri pun payah nak skor, nak belajar bahasa orang pulak. aku bukan nak dengki coz tak reti dan tak paham. tapi dalam korang dok sibuk belajar bahasa dorang, korang perlu gak mantapkan penguasaan bahasa resmi negara kite ney. sama gak kesnya dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang sibuk dilaungkan oleh kerajaan. memang bende ney bagus. tapi penguasaan Bahasa Melayu juga harus seiring. baru orang respect. 

lagi satu den nak kobar kat ekau, kat luar sane tu, ramai anak jati Malaysia yang tak selesa bertutur dalam bahasa resmi kite ney. konon la kolot coz Bahasa Melayu ney tak segah penggunaan Bahasa Inggeris. pergi lah mamp pada yang berpendapat sedemikian. tolong sedau diri anda tu mempunyai IC negara Malaysia. 

ok, aku rase dah cukup panjang entri kali ney.so, akhir kalam, carik identiti diri sendiri, jangan biarkan diri dijajah oleh pengaruh dari luar yang bakal merosakkan maruah kite sebagai rakyat negara berdaulat. renungkan dan selamat beramal =)

*kepada si cinta hati, jangan terase..keh2~

*p/s gambar dicedok dari http://beautifulnara.com/

2 orang sedang menCONTENG dinding:

nur hidayah abd rashid said...

muka rempit tapi bajet comel. geli! yewww. yang pompuan plak dah tak da seluaq gamaknya. kata melayu. haish. burok beno rupeny.

pHiQUe iPiN said...

marah bena gamak eyh kome ney dayah...rilex2...huhuu~