apa patut kite buat?

0 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, July 31, 2011

tetibe aku teringat pasal ni. tadi before pergi surau, sempat gak lah tengok berita. petang tadi pun aku dah perasan berite ni. pasal adik beradik yang tengah bersabung nyawa sekarang ni akibat diragut tu. yang kakak nyaris terputus tangan, yang adik koma. kesian weyh. dah lah tinggal sehari lagi nak puase. terlepas peluang dorang nak menambah koleksi pahala.

peragut sekarang ni dah makin melampau. dah tak fikir nyawe orang laen. yang penting kesenangan diri sendiri. apa itu neraka(WTH)? yang aku perasan kes ni dah kembali menjadi wabak. before this dah senyap kejap. ni die mai balik. lately ade saje berite pasal kes ragut. takut bhai. kot lah terkena kat family aku. memang aku bunuh peragut tu kalau die berani usik family aku. takde cerite meleret nak mintak ampun bagai.

dan hukuman apa yang wajar mereka jalani? hukuman yang lebih berat perlu diambil. selagi takde hukuman yang betul-betul setimpal, memang jenayah ragut ney bakal meragut lebih banyak nyawe di jalanan kelak.

bebelan malam pertama RAMADHAN

0 orang sedang menCONTENG dinding
berfutsal dari pukul 10 sampai 12, mampu bertahan untuk due jam, tak de merungut. paling-paling kau buat muke tapir, mencebik konon penat berlari-lari kejar bola. mata tahan pulak tak mengantuk. siap boleh lepak kat warung pekena teh tarik segelas due sambil menyembang tak ingat dunie.


bile suroh pergi solat tarawih, masuk rakaat ke 6 dah merungut bile nak abes. dah rase penat. kene plak duduk dekat dengan dinding. time doa tu siap dah melepek kat dinding, angkat tangan nak aminkan doa pun larat tak larat. cukup 8 rakaat terus gerak balik rumah.

ni saje berseloroh lepas tengok post member aku kat laman muka buku. ade betul gak. aku pun tak terlepas. orang sekarang. bila ke arah keagamaan, cepat je nak mintak habes, bile bende berbentuk hiburan, kalau boleh tak nak habes. betul tak?

p/s: setan-setan dah kene kurung. pandai-pandai korang lah control nafsu korang tu yep. ngeh..ngeh..ngeh...

adakah kita puncanya?

3 orang sedang menCONTENG dinding
dan hari ini dalam paper METRO telah dijelaskan segala-galanya. segala tohmahan yang dilemparkan terhadap Khairul Fahmi Che Mat@APEK telah diperjelas satu persatu. dan die juge telah membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan dengan tunangnya, Elia.

dan di sini, bersempena dengan datangnya bulan Ramadhan al-Mubarak ni, aku mewakili dunie blogger meminta ampun dan maaf kepada Apek kalau kami ade terlanjur kate yang menyebabkan anda terase*walaupun aku tak pernah membuat tohmahan, tapi terlibat secara langsung dalam mensensasikan cerita tersebut...*.dan setelah beberapa blogger otai yang menempelak blogger-blogger yang sengaja mensensasikan berita mengenai krisis beliau, aku bersetuju dan aku mengakuinya sebagai salah seorang blogger baru. udoh-udoh lah tu geng, die juge manusia, tak lari dari melakukan kesilapan dan die juge punye privasi. jangan dilempar pelbagai lagi tohmahan. bagi ruang untuk die menyelesaikan apa yang patut.

pesta malam minggu

3 orang sedang menCONTENG dinding

Saturday, July 30, 2011

bad rempit!!
lumrah kehidupan yang aku sering tempuhi. kalau di kolej, malam minggu merupekan malam yang paling aku 'nantikan'. ye lah, asal malam minggu je wengg sana, wengg sini. ati gua panas der. motor pulak kat rumah. kalau la gua bawak, dah gua start kasik kejar itu motor ajak berembat setiang due.

tu lah penangan kalau bilik dok mengadap highway dan jalan-jalan yang berhampiran dengan kota metropolitan negara kita. mula-mula dulu memang rasa tension. tapi lama-lama dah lali. telinga pun dah boleh detect kalau wengg macam ni bunyik motor jenis ape. bak kata pepatung, sekilas bunyi motor di telinga, sudah tau motor apa yang dibawak.

rasa nak meletop!!
dan sekarang, aku dok kat rumah, konon lah nak rasa aman harmoni tanpa gangguan dari dunia permotoran durjane ney, tapi apakan daya, anak-anak jiran aku pulak jenis kaki berembat. lahabau sungguh. malam-malam minggu ketenteraman penduduk dicemari dengan laungan galak ekzos-ekzos besi yang berkumandang bagaikan satu irama yang mampu membangkitkan api kemarahan manusie sejagat. 

dan semasa entri ini ditulis, mereka baru sahaja lepas berembat, ada lah dalam 4 bijik motor yang baru melalui ruang jalan bertar depan rumah aku ni. nak dikejar karang mendapat sumpahan laknat dari para penduduk seperti yang baru aku lemparkan sebentar tadi. tak nak aku masuk muka depan paper esok dengan tajuk "mat rempit mati bercerai badan dari kaki akibat digilis dengan tayar lori trelar". nak masuk paper pun biarlah berita yang hot dan sensasi. baru glamer macam retis. hahaha.

p/s: rempit membahayakan kesihatan.

tipikal #3

2 orang sedang menCONTENG dinding
hari pertama puasa. entah macam mana, tiba-tiba menyedari diri sedang berdiri di tengah kesesakan manusia dalam bazar ramadhan. pening. manusia bersimpang-siur sambil mata melilau mencari juadah untuk dijadikan santapan di kala azan maghrib berkumandang beberapa jam sahaja lagi. aku tak terkecuali.

dalam tak sedar, pelbagai juadah telah berada di tangan. macam-macam ada. kuih dekat empat jenis, murtabak memang tak pernah missed, air katira dan air tahu tu satu kemestian, dan macam-macam juadah lagi. ni pun masih lagi ada juadah yang belum dibeli. arghh, tangan dah penuh. macam mana ni?

~salam Ramadhan~
situasi kat atas ni rasanya satu yang biasa berlaku. walaupun syaitan dah digari dan dikurung, Allah menurunkan dugaan dari segi kawalan nafsu terhadap umatnya. dan jika gagal dikawal, akan berlaku kejadian seperti di atas. dan ia akan mendorong kepada pembaziran dan kegagalan untuk melaksanakan ibadah lain disebabkan oleh perut memboroi setelah disumbat dengan makanan tanpa pengawalan. masalah lain pulak yang bakal menjelma lepas habis puasa nanti beb. bahaya.

p/s: tinggal sehari lagi. ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna~

*ilustrasi dicedok dari muka buku tuan tanah tekedaung ini blog.

al-Fatihah untuk Aleesya Farhana@Mohd Asyraf Hafiz Abd Aziz

0 orang sedang menCONTENG dinding
setelah bergelut dengan isu jantinanya, die yang dimasukkan ke wad ICU Hospital Sultanah Zahirah akibat masalah kemurungan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi tadi jam 4.50 pagi dan disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung. 


al-Fatihah untuk arwah. semoga kes ini menjadi iktibar di kalangan kita. die juga seorang manusia, tak lari dari melakukan kesilapan. jadikan die sebagai teladan yang berguna untuk golongan-golongan sepertinya. dan doakan die dapat ditempatkan dalam golongan mereka yang baik-baik di alam sana sudah la ye.

terima kasih

0 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, July 29, 2011

seperti sesuatu yang sukar untuk diluahkan
sesuatu yang sangat berat untuk diungkapkan
nilainya terlalu mahal
sehingga sukar untuk diterjemah dalam bentuk kata-kata
terima kasih


susah kan nak cakap bende ni? setelah sebulan berkecimpung dalam arena ke'waiter'an, boleh dikira berapa ramai sahaja yang mampu mengarahkan saraf-saraf di bibir untuk bergerak meluahkan perkataan berkenaan. sesuatu yang terbukti memang jarang untuk digunakan.

sesuatu yang simple tapi cukup sukar untuk disebut bagi menunjukkan penghargaan. biarlah. mungkin bila diungkapkan bakal memberi penyakit barah kepada mulut mereka. aku tak pernah kisah. cuma sedikit rasa terkilan dengan sikap seperti ini.

p/s: aku dah tamat tempoh perkhidmatan bersempena ramadhan. sapa ada keje kosong, tolong contact. haha.

tanggang kah die?

6 orang sedang menCONTENG dinding
kalau before this aku cerita pasal budak sekolah hari ini yang semakin berlemak bukan disebabkan oleh kadar pengambilan makanan berlemak tanpa pengawalan tetapi disebabkan oleh terlalu dimanjekan parents hingga gagal dididik dengan sempurna dari segi adab dan tatasusila. senafas aku bagi mukadimah. hambekk~

kali ni aku nak sembang pasal budak-budak kecik yang lahir dan bakal membesar sebagai tanggang alaf baru. ye, si tanggang yang menjadi bualan rakyat jelata akibat disumpah oleh ibunya sebagai akibat dari perbuatan derhaka yang dilakukannya. sapa tak tau itu cilita sila dengan pantas menukarkan taraf kerakyatan anda ke negara laen sebab itu cilita paling femes satu ketika dulu walaupun ianya hanyalah dongengan mak limah menakutkan anak-anaknye daripada menjadi derhaka kepada ibu bapa*aku pernah terbace pasal artikel gambar sebenar si tanggang. dengar cerita nye kisah benar...wallahualam*. style orang dulu mendidik anak. sekarang? jentik anak pun tak boleh. macam haram.

apa yang ingin disampaikan sebenarnya baru sahaja berlaku depan mata petang tadi. anak jiran aku, baru berumur lebih kurang 3 tahun setengah. kecik-kecik sudah bermulut longkang dan berperangai kurang sikit dari anak setan. nakal yang amat. nasib aku masih mampu menahan sabar selepas melihat kucing-kucing belaan dan pokok-pokok tanaman bonda terchenta dizalimi dek kenakalan itu budak.

tadi die sedang bermaen di luar rumah. rutin harian bila masuk waktu fajar semakin condong ke arah barat. kemudian datang omak die dari dalam menyuruh die masuk ke dalam rumah sebab telah berjaya melakukan selerakan yang teramat bersepah di luar rumah. mak mane tak marah bile rumah bersepah ye dok?

kemudian, dengan tanpa disertai perasaan yang bersalah disulami pula dengan muka selenga tahap mintak bahasa kaki, keluar perkataan "b**i" dari mulut itu budak. baru berusia 3 tahun sudah pandai mencarut? walawey. dasat. aku terpegun. betapa lancang mulut itu budak. dekat mak kau sendiri kau berkata-kata sedemikian rupe? apa sudah jadi?

tak cukup sekadar itu, setelah dimarah, si mak masuk ke dalam dan mengunci pintu. entah setan mana yang datang meniupkan angin kederhakaan tu, si anak menendang-nendang pintu sekuat semahunya sambil mulut masih terkumat kamit dengan perkataan cacian. hati ibu mana agaknya yang tak tersentuh dengan perbuatan si anak? lagi-lagi bila dia masih sekecil itu?

so, budak sekecil itu sudah berperangai sebegitu. salah siapa? adakah cara didikan nya salah? atau surrounding yang gagal membentuk sahsiah diri yang mantap sehingga boleh dilabel sebagai kurang ajar dan derhaka? hah, mintak pendapat sikit. huhuu~

aku tengok bola ka wayang tadi ek?

10 orang sedang menCONTENG dinding

Thursday, July 28, 2011

hati memang kecewa. rate-rate ramai yang meluahkan perasaan kecewa. mereka yang dok bersorak kat stadium tadi aku rase mereka paling kecewa.

tapi yang aku puji, bulu-bulu rome aku berdiri tegak, nak sama tegak dengan mereka yang menyanyikan lagu NEGARAKU tadi dengan penuh bersemangat. susah oo mau tengok itu scenario. aku yang tengok kat umah dah meremang, kalau kat stadium entah macam mana perasaan gaknye.

aku puji semangat tak mengalah yang ditunjukkan player Malaysia dari awal sampai ke penghujung game. walaupun kelemahan masih ketara di bahagian pertahanan, tapi overall masih memuaskan hati dan player yang patut diberikan standing ovation adalah SUPER SAFEE dan player yang dirundung kontroversi, tak laen tak bukan, keeper emas negara, APEK

dan tak terkecuali;
kasik boo sama itu singa!!!

sebab lakonan mantap yang dipamerkan. dah rasa macam nak pergi berlari jap kat cinema berhampiran, mintak popcorn large dengan air pepsi satu balang, lepas tu boleh duduk goyang kaki sambil kunyah itu popcorn lagak ala tengok wayang citer itu LION KING. memang tabik kasik spring paling anjal lah tok dorang.

dan yang pasti, satu negara akan bersorak girang dengan kemenangan hasil jaringan player import dan mereka sangat berbangga dengan kejayaan itu. heh...what a LOSER. ketandusan local player. 

tinggal beberapa jam...tak sabar~

6 orang sedang menCONTENG dinding
yezza. tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kite melihat skuad negara beraksi di stadium nasional. bagi yang dah dapat tiket, kasik aummm sampai penghujung perlawanan. bagi yang bakal menyaksikan perlawanan di samping segelas teh tarik bersama roti canai di kedai mamak sambil memandang skrin besaq, hangpa kasik gegaq itu warung. jangan sampai terbalik meja sudah lah. haha.

aku akan support dari skrin 32 inchi kat rumah ni bersama siaran langsung dibawakan khas oleh channel berbayar di Astro. heheh.

yang pasti, malam ni kite tengok sape raja rimbe yang sebenar. harimau atau singa. 

style syal rambut...keh2~
make sure skuad singa tu balek dengan style rambut macam ni. biaq padan dengan muka depa. dorang harap players yang di'lego' kerakyatannya. anak jati pulau singa dah ketandusan bakat. heheh. itu macam tak style lah der. cheh!!

come on skuad harimau. pamerkan taring sebenar korang. tunjukkan yang korang tak lemah. kami rakyat Malaysia sedia berdiri teguh di belakang 11 player yang bakal beraksi di atas padang. kalah menang kami tak kesah, yang penting berjuang habis-habisan dan penuh bermaruah. 


MALAYSIA!! AUMMMM!!


tipikal #2

7 orang sedang menCONTENG dinding
sorang brader menghulur sampel rempeyek yang dibuat isterinye. biase lah, dah nak raye. macam-macam sampel kuih raye dah keluar sebagai langkah promosi. kot lah ada yang nak tempah menjelang lebaran nanti. lumrah orang niage.


brader A: rase lah. ni aku bagi free. ni bini aku buat ni. 
brader B: ye ke? pandai bini ko buat ni ek? *sambil mengunyah sampel yang diberi*
brader A: boleh la. carik duit sikit untuk belanje raye nanti.
brader B: ek'eleh. sikit sangat la bro kacang die. tipis lak tu. nenek aku buat lagi sedap.
brader A: .......*bermonolog: ko dah habis dekat sepeket, baru kate tak sedap. aku seligi kang*

biase lah orang kite. bahasa kasarnya, melayu tipikal. tak pernah senang dengan usaha orang lain. ni lah masalah utame orang melayu. ada sahaja perasaan dengki menyelubungi diri. cube lah belajar support apa usaha orang laen buat. baru boleh same-same maju. tengok macam mana bangsa laen. contohi depa. support each other. sebab tu depa boleh naek, boleh maju. bukan susah pun. 

bukan haram...tak halal je

0 orang sedang menCONTENG dinding

Wednesday, July 27, 2011

rokok tu haram? 
betul ke?


apasal pulak ni...
aku mane boleh kalau tak pekena barang sekotak due bende alah tu
alah, haram je pun...minum arak tu pun haram, ramai je yang sebat setin due
apa ada hal?? hahaha*gelak jahat*
setakat rokok ni kau nak kata haram
ada aku kesah??


ramai yang aku tengok mempertikai fatwa rokok tu adalah HARAM. buat endah tak endah je. kalau difikir secara logik, bende tu dah memang memudaratkan. dan membazir. benda yang tak memberi faedah, buat apa nak dikejar?

tok sah nak sembang pasal nikmat asap kepul-kepul kau tu lah. nikmat tu cume sementare. bile kau dah terlantar kat dalam wad, badan bersambung dengan wayar dan tiub segala bagai akibat serangan jantung mahupun kesesakan nafas, itu pun kau masih nak kate nikmat?

ok, mungkin kau nak kate benda haram ni orang lagi suke buat. macam ayat kat atas tu, kite tau arak tu haram, tapi berape ramai melayu dok tonggak. orang tau berjudi tu haram, tapi kalau kite tengok kat kedai-kedai nombor ekor tu, berape ramai yang dok bantai beli? ye dak?

sekarang, kita tukar. tukar istilah haram tu jadi TAK HALAL. macam daging ba alif ba ya tu. ada sanggup kau makan? so, kalau kat rokok tu letak label non-halal, agak-agak berape ramai manusia yang beragama ISLAM yang sanggup menggadai maruah untuk membelinye? tapi kalau kau nak langgar gak aku tak tau nak kate ape lagi lah. lantak kau lah LABUUUU~

memang aku tak sangka

2 orang sedang menCONTENG dinding
nampaknya berita pasal kecurangan APEK ni makin hangat. tengah-tengah aku berjogging dalam blog ney, jumpe lak satu cerite. Elia, tunang si Apek ney meradang kat laman muke buku die pasal sikap Apek. nak tau pasal ape, nah...korang tengok sendiri.


what's on my mind just now is memang aku tak sangka. korang macam mana?

p/s: jangan sebab dah berjaya kite lupe dunie.

*gambar dicedok dari blog falihinjasmy.

kalau kita fikir...

0 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, July 26, 2011

aku nak kite buat macam ni...macam ni
korang kene ikut
aku nak semua follow
aku tak nak ada yang refuse to follow
aku dapat rasa cara ni paling betul
aku tak rasa ada cara laen yang lebih bernas
aku yakin kite akan berjaya


chopp!! tu orang yang berfikiran sempit. semua die je yang betul. apa orang laen cakap tamau terime. tak nak terime pendapat orang laen. lu serupa itu katak duduk bawah itu mangkuk tandas. kalau kita berfikiran sempit macam ni memang takkan berjaya.

nak jadi macam tu??

bukak pemikiran tu, jangan disempitkan. belajar terime pendapat orang. jadi manusie yang berfikiran terbuke, baru idop boleh maju. 

aku rasa kagum

2 orang sedang menCONTENG dinding
satu petang, deria melihat aku terpana dek sepasang warga emas. bukan kerana berkelakuan romantis di khalayak ramai. tetapi lebih kepada perasaan kasihan. si suami mengalami stroke separuh badan aku rase. bak kate si shuib(SEPAH), 2 stroke. perjalanannya sangat terbatas. hendak melangkah setapak pun susah. tetapi si isteri tabah melayan pergerakan si suami.

beberapa minggu aku perhatikan sedikit demi sedikit perubahan berlaku. proses pemulihan kelihatan mengagumkan hati aku. si isteri masih teguh melayan si suami.

hari ini, setelah beberapa bulan, mataku kembali terpana. pergerakannya sudah tidak seperti semasa pertama kali aku melihatnya. lebih laju dan normal. dan si isteri masih teguh berdiri di sisi suami. aku dapat rasa kekuatan yang dimiliki suami untuk kembali pulih adalah dari supportive actions by his beloved wife. si isteri memang tak pernah jemu melayan. mungkin kerana rasa cinta yang mendalam. dan aku kagum.

moral: jadilah sambadi yang supportive untuk orang yang kite sayangi, bukan hanya kepada kekasih, tetapi juga kepada ahli keluarge. moge itu menjadi pendorong kejayaan mereka kelak.

maaf

4 orang sedang menCONTENG dinding
apa yang kau buat
aku tak suke
aku benci kau sampai mati
hati aku terase sakit sangat dengan perbuatan kau
kau tak layak hadir dalam hidup aku lagi
kau boleh blah dari hidup aku
aku takkan maafkan kau!!


seteruk mana pun layanan kau terima
jangan lah sampai benci hingga mati
Nabi pun tau maafkan umat
orang yang sungguh mulia budi pekerti
kenapa kita tak mampu mengikut jejak langkah baginda bila sedang marah?
yang pasti syaitan melonjak gembire bila nafsu amarah berjaya ditiup dalam diri anak Adam
dan memecahbelahkan kerabat anak-anak Adam


itu yang kau mau?
jadi belajarlah memaafkan orang yang melakukan kesalahan terhadap kite


budak-budak pramatang

2 orang sedang menCONTENG dinding
style budak tak matang baru nak 'up'. 

style kan gua??
amek beberape keping gambar. pose macam-macam gaye. belek punye belek, tengok ada gambar tengah middle finger up. rasa menarik, kasik edit biar nampak lebih stylo. lepas tu kasik klik butang upload new picture kat laman sesawang muke buku. rasa tak puas hati lagi. nak rasa lagi gempak. alihkan arrow pergi kat "make profile picture", klik kat situ. then ketawe bangge. dalam hati berkata;

"heheh...baru style ini macam punye gambar"

aku yang melihat, lu serupa itu sampah duduk tepi tong itam bersama air licit. dikerumuni lalat dan langau. itu macam pun mau bangga? demm~

ada lagi satu style;

duduk sorang-sorang depan laptop, godeh-godeh photoshop edisi paling latest di abad ini. crop gambar sendiri, paste kat sebelah gambar awek. then tulis 'b love sayang' kat bawah pic, kasik besar sikit biar orang nampak, then klik bold. dah puas hati, upload kat laman sesawang muke buku. ulang step-step terakhir macam situasi kat atas. muke penuh bangga, hidung kembang kuncup. dalam hati;

"gua ada awek, gua sayang awek gua...lu orang ada?"

aku yang terpandang sekilas, tersenyum memerhati. tak payah nak tayang sangat lah cinta sayang kau kat awek kau tu. macam orang laen takde plak. haishh.

cinabeng betol lah~

masyarakat kita...

0 orang sedang menCONTENG dinding

Monday, July 25, 2011

bila kau berjaya kau disanjung
bila kau bahagie kau disayangi
bila kau gembira kau didekati
bila kau di puncak kejayaan kau digilai


tapi bila kau jatuh mereka lari
segala jasa dan kejayaan kau dulu dah takde nilai
hilang ditelan kegagalan
lenyap terus dari minda orang yang pernah menyanjung kau satu ketika dulu
mereka kini menyanjung yang sedang meniti kejayaan
inikah masyarakat kita?

APEK curang?

2 orang sedang menCONTENG dinding
haha. ni ape kes pulak ney? takkan dah glamour pandai nak buat hal pulak? haishh. jangan la macam tu Apek@Khairul Fahmi Che Mat. jangan melenting ye fanatik Apek. maybe ade gak yang bergumbire dengan berite ni. huhuu~


aku baru terbace dari site Abang Nara*sekali sekale layan gosip*, yang mengatekan brader macho kite ney kelihatan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, berpimpinan tangan dengan awek lain. apa dah jadi bro? takkan pertunangan korang ada masalah pulak?

tapi orang kate bile bertunang ni memang banyak dugaan yang perlu ditempuh. sejauh mane kebenaran cerite ney, wallahualam. hopefully citer ney hanye lah satu spekulasi. kami doakan hubungan korang terus berkekalan hingga akhir hayat korang la yep. aminn~

Khairul Fahmi n Eila

itu yang kau bangga?

3 orang sedang menCONTENG dinding
aku lepak dekat kedai makan lepas penat mengerah keringat. pekena nasi berlauk dengan teh ais sambil usya-usya line keliling kot-kot ade bahan-bahan baek untuk memercikkan darah dari hidung macam gambar kat bawah ney.

whoaaaa!!
duduk 3 orang yang aku rasa bersahabat*mane ade musuh duduk semeja ye dak?*. tetibe telinga tak berapa capang aku ni menangkap perbualan yang aku rasa mengembangkan anak tekak.

brader X: kau apasal ting tong semacam je tengah hari ni bhai?
brader Y: aah der. mane port ko lepak semalam?
brader Z: alah, semalam aku lepak kat satu pub ney. dapat awek baru bro. pekena stout setin due kat sane, pastu aku layan awek tu sampai pagi. ni pening telan stout semalam tak hilang lagi. *berdekah*
brader X: perghh. dapat barang ko pakai sorang. 
brader Y: ntah. bagi-bagi la member.
brader Z: haha. rileks la bro. malam kang korang ikot aku.

erkk!!!
aku pandang sekor-sekor manusia yang berkate-kate tu. nampak macam melayu*kalau cine/india dah kompem-kompem aku tak paham ape dorang sembang*, tapi aku dah tak rase dorang tu melayu. sembang tak nak kuat lak. orang keliling siap pandang-pandang meja dorang. yang terbit dalam hati aku;

"benda mungkar macam tu yang kau nak banggakan? rosak..rosak"

bila kau ada...

0 orang sedang menCONTENG dinding
aku susah bile kau ada
aku sedih bile kau ada
aku cemburu bile kau wujud
bile kau muncul, hati aku tak pernah tenang
bile kau menggile, aku yang terseksa


EGO, bile kau nak check out dari hati aku ney?


aku dah penat nak melayan kerenah kau
please, blah dari sini...

apa maruah yang kau ada?

0 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, July 24, 2011

belek punye belek paper ari ni, singgah kat ruangan gosip-gosip murahan kat dada akhbar. jumpe satu artikel. tengok tajuk,

"saya tak rela maruah diri saya terus dicabar"

lebih kurang macam tu lah tajuk die. belek lagi artikel tu, tengok gambar. hummak aih. goyang iman 2 saat. tu baju ke kain sarung lu buat kemban time mandi? tayang betis, tayang apa yang tak patut ditayang.


dalam hati terus terdetik;

"heh, kau tak nak maruah dicabar tapi kau dah jual maruah kau sendiri"

memang nak jadi artis hariney kene seksi bagai baru 'up'market ey? lu jual bakat ka lu jual body? habaq mai sat bagi clear. 

tipikal #1

0 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, July 22, 2011


situasi: seminggu sebelum menempuhi bulan RAMADHAN al-mubarak

brader A: beb, minggu depan dah nak puase la bai.
brader B: aah. ko baru perasan ke?
brader A: aah. tak sabar dok nak raye. nak pakai baju kaler ape ek taun ni?
brader B: haha. teruk tol perangai. puase pun belum dah pikir nak raya.


p/s: selamat menyambut ramadhan al-mubarak =)

.:entri tanpa tajuk:.

1 orang sedang menCONTENG dinding
kembali berjogging dalam dunie blog. setelah 2 hari tanpa menhapdet ini ruang. ditinggal kosong tidak bertuan. hilang idea? nope. bersepah idea. belum diperkemaskan lagi. otak masih serabut dengan peradaban manusia di dunia.

cuti 4 bulan warga universiti masih berbaki sebulan lebih. masih lame lagi perjalanan cuti ni. lumrah kejadian manusia, tak pernah berpuas hati dengan setiap yang berlaku di sekeliling. ada sahaja yang tak kena.

bila cuti, dirasakan terlalu lama. terasa ingin cepat untuk kembali ke alam mensesakkan kepala otak dengan pelbagai assignment yang bakal bersusun. tetapi bila dah mula menggerakkan jari jemari untuk menyiapkan segala bagai assignment, dirasakan terlalu lama untuk menemui cuti. lumrah kan?

dan semalam membuat aku semakin galak untuk kembali ke alam tersebut. mimpi member-member di kolej. member-member kelas. rindu mereka? mungkin. tapi cuti masih lame untuk ditempuh. haha. sabar dan rileks. tarik kalendar, pangkah setiap tarikh yang telah berlalu hari demi hari.

p/s: bila cuti nak abes ni wey~ haha


customer is always right

0 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, July 19, 2011

dalam satu kedai yang sesak dengan customer;

waiter:
boleh saye amek order? nak minum apa bang?
brader A: aaa...bagi saye chocolate shake 1
brader B: bagi saya ribena lah. 
brader A: eh, dik, nak tukar lah. chocolate shake tadi tukar epal susu lah. ada tak?
waiter: ada. so, epal susu satu, ribena satu ey?
brader B: aah.
brader A: eh, macam mahal lah. tukar lah. bagi bandung cincau sejuk.


setelah dekat 5 minit;
waiter: so, air suam due?*dengan muke setengah kelat*
brader A & B: aah.
waiter: makan?
brader A: ermmm...ko nak makan apa brader B?
brader B: alah. asal tanye aku. ko lah order dulu. aku nak survey ape yang best
brader A: pulak. apa yang best kat sini dik?
waiter: kuey tiaw kung fu, mee goreng mamak, nasik goreng daging merah, sate, bla..bla...bla
brader A: kuey tiaw kung fu tu macam mana dik?
waiter: berkuah. bla..bla..bla
brader B: tom yam pok tek tu aca'ane?
waiter: *dalam hati* banyak bunyik lak brader ney...*sambil buat muka berbulu*
             bla...bla..bla

setelah hampir semua menu ditanye, akhirnya
waiter: air suam due, mee goreng basah due? ada nak tukar pape lagi tak? penat dah saye diri kat sini tunggu order abang. * muke dah habis kelat*
brader A: apa ni dik. takkan marah kot?
waiter:... *terus berjalan menyerahkan order kat dapur*
brader B: macam ni layan customer? customer is always right kan?
brader A: ntah. pasni malas lah aku nak makan kat sini.

kalau korang kat tempat waiter tu, apa korang rasa? berbulu tak?*kalau korang makhluk berbulu tak diambil kire sebagai sedang berbulu* diorang juge punye perasaan. tak perlu nak banyak songeh. kene kalau time kedai tu tengah ramai orang, rancang siap-siap sementara waiter-waiter ney amek order orang laen. bukan dok berbual dengan member korang segala bagai. bile waiter tu sampai baru nak pikir makan ape. korang mudahkan kerje dorang, korang dapat lah layanan terbaek ala hotel 7 star even niag. korang buat taik, memang lah dapat taik. betul tak?

jangan nak mabuk sangat lah

0 orang sedang menCONTENG dinding

Monday, July 18, 2011

saranghaeyo

aishiteru

je t'aime

mahal kita

ik hou van je

wa ai ni

i love you

aku cinta padamu


semua tu membawa maksud yang sama. ungkapan yang dilafazkan bila tengah mabuk tak hengat. bukan mabuk todi, tapi mabuk chenta.

kerana chenta manusia hilang pertimbangan. kerana chenta manusia gagal menggunakan kewarasan akal. kerana chenta manusia sanggup bermusuh-musuhan. kerana chenta manusia sanggup berbunuh-bunuhan. kerana chenta manusia sanggup menggadai maruah.

sebelum mendapat chenta, lautan api sanggup direnangi. dah dapat chenta, jari kene api sikit dah terjerit-jerit macam satu badan melecur. apa itu neraka?


p/s: mode nak mengarut. haha.
p/s/s: ayam-bapa berjaya anak lapan. ending juvana yang kelakar. ngeh~

episod terakhir JUVANA

1 orang sedang menCONTENG dinding
malam ni seperti yang telah digembar gemburkan, merupakan episod terakhir bagi drama JUVANA. setelah pelbagai pendedahan didedahkan melalui plot drama ni, mereka dah sampai ke penghujung.


Daim

Botak


Ayam



apa yang akan terjadi kepada mereka yang dikurung oleh warden Raja dan sekutunya? adakah mereka berjaya melepaskan diri? bagaimana dengan permusuhan antara Daim dan Botak? kes Daim macam mana? cikgu Zakiah diculik, apa kesudahannya?

Warden Raja

Cikgu Zakiah

haha...nak tahu? layan je lah malam ney pada those yang turut melayan cite ney. gua tak sabar nak tengok kesudahan cite ney. hohoh.

gambar anak DAVID BECKHAM yang cute gile

2 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, July 17, 2011

hahah. ni babygirl pertama pasangan David and Victoria Beckham. gambar ney di snap time Victoria ngah tidorkan babygirl die. so cute meyh. adoii~


same chomel kan??hahah =)

kenapa kau nak jadi KACANG?

0 orang sedang menCONTENG dinding
apalah yang kau fikir?? kacang bukan best pun. tapi sambal kacang best. buat cicah dengan sate. perghhh. meleleh. heheh. bagi yang takut muka naek jerawat, kacang adalah makanan larangan. memang pantang 7 keturunan lah orang kate.

tapi yang peliknye semakin ramai yang jadi 'kacang'. macam gambar kat bawah ni;


tengok kedudukan kacang tu kat mana? dulu dalam kulit, diam je duduk. dah keluar, terus dilupakan kulit tu. macam tu la masyarakat kita hari ini. aku sedih.


korang pergi lah tengok kat dalam sini. berape ramai yang berstatus anak derhaka? teruk mana pun parents kau, dorang tetap keluarga kau. darah daging kau. yang kau pergi buang mereka and campak dorang kat tepi jalan, rumah-rumah orang tua dah kenapa? hmmm. kat luar sane berapa ramai anak-anak yang hilang mak bapak, tapi kau pergi buang parents kau. sedih. memalukan.

hari ney kau buat dorang, karma akan melanda diri kau. anak-anak kau akan buat mende yang sama kat kau. dan statistik tu akan terus-terusan meningkat dari tahun ke tahun kalau kite tak banteras. jadi, sayangilah parents korang. tanpa dorang, kau tak wujud kat dunia ney. betul tak??

semoga semuanya baik-baik belaka

0 orang sedang menCONTENG dinding
yupp. tarikh 17 Julai 1989, lebih kurang pukul 9 malam, seorang baby yang sangat chomel*tolong jangan jeles...hahaha* dilahirkan atas muka bumi ini melalui kaedah normal. so, pada masa entri ini ditulis, aku masih lagi 21 tahun. hahaha. setahun sebelum tu, pada tarikh yang sama, abang sedare aku lahir. so, kami berkongsi tarikh lahir yang sama. dan atas sebab itu jagaklah kami agak rapat. heheh. happy birthday bro. semoga jadi cikgu yang baek untuk anak-anak murid kau nanti. heheh.

tahun ney, sangat special. sebabnya, tarikh 17 Julai tu jatuh atas 15 Sya'aban. yepp. Nisfu Sya'aban. salah satu hari kemuliaan dalam kalendar Islam. dan aku beruntung dilahirkan sebagai seorang Muslim. I'm proud to be Muslim.

dan harapannya, tahun ni segalanya berjalan dengan lancar. perubahan demi perubahan akan cuba dilakukan. insya'Allah. so, have a blast geng and happy sunday to everybody yang sudi nak singgah ini blog.

SAFEE SALI memang terbaik dari ladang

0 orang sedang menCONTENG dinding

Saturday, July 16, 2011

memang style brader ney. aura die masuk time game tadi memang terbaek. tak sampai berapa minit die masuk terus dapat 2 gol. benteng liverpool sikit punye susah nak tangkis ketangkasan brader ney. memang berbaloi lah kau keluar dari liga tempatan untuk menuntut seberapa banyak ilmu dalam liga kat luar sana. 

orang kate die ney jelmaan arwah SuperMokh. yupp. aku rasa die layak diberi penghormatan sedemikian. die tangkas, lincah, tegap dan skillful. kalau die diberi ruang kat liga yang lebih tinggi untuk mempertajam skill die, aku rase die akan jadi legend baru kat negara kita. 

pasal game ariney, aku rasa ada improvement dalam skuad negara. cuma dari segi kawalan bola je yang kureng. kalau boleh dimantapkan lagi part tu, aku rasa mana-mana team yang lawan negara kita akan gerun dan goyang. bahagian defend kene lebih alert. elakkan silap mudah macam tadi. yang laen dah ok da. 

ni highlight game arini. even kalah, tapi aku tetap bangga dengan skuad negara kita hari ini. korang macam mana?

dugaan dan ketabahan tu kawan rapat

0 orang sedang menCONTENG dinding
adakah bila kita mendapat ujian daripada-Nya, kita akan jadi seperti ini?


atau ini??


menyesali diri kerana dugaan tu memang sesuatu yang ditegah. sebabnye, setiap dugaan tu diturunkan kepada kita supaya kita tak leka, kembali mengenali keagungan sang pencipta. dugaan hadir untuk menjadikan kita insan yang lebih kuat. jangan sekali-kali mudah untuk kita berputus asa dan rasa kecewa yang terlampau.

so, kita kena jadi ini


yupp. kita kena tabah. be strong. bukan lembik dan cepat mengalah. sebab tu tajuk entri ni dugaan dan ketabahan tu kawan rapat. best friend forever. jangan sesekali kita pisahkan. paham??