akhirnye mempunyai kesempatan untuk menulis. dah 2 minggu lebih kot tak jenguk blog. demm~ blog sendiri tak tertengok, blog orang laen ape tah lagi. nak blog walking pun takde mase. otak pun rase dah tepu nak keluarkan modal tok blog aku ney. semua gara-gara masum. berbaloi penat lelah training sebulan. hahaha~
since last entri, aku rase banyak bende berlaku kat dunie sekeliling. aku tengok dari jauh je. nak komen mase lak takde. lantak pi la depa. korang nak huru hara ke ape ke, lantak korang. mane yang pergi dok support mende-mende tak berfaedah tu, 1 word tok korang -> BANGANG.
cakap banyak pun tak guna. nanti balek-balek aku gak yang kene tembak. otak yang dah kene basuh dek hasutan ney malas aku nak layan. makin kite cakap, makin dorang nak memberontak mengatekan pendapat dan falSAMPAH dorang tu benar belaka. pergi lah jahanam tok golongan berkenaan.
bila kuasa mula menjadi kiblat, fitnah dan cacian jadi mainan. keamanan sejagat dipandang enteng. biar huru hara, asalkan matlamat yang serong berjaya dicapai. aku tak rase ape yang due-due side tu buat bakal membawa kebaikan. bila dah berkumpul beramai-ramai, dengan pelbagai ragam, dengan ketaksuban yang melampau, sifat ekstremis akan muncul even sekelumit bila matlamat yang mereka agungkan cuba dihalang.
dunia dah sampai kat penghujung. susah nak jumpa amar makruf nahi mungkar yang betul-betul boleh digunapakai untuk kehidupan seharian. kebanyakannya bermain dengan kata-kata penuh dusta yang cuba dilemparkan oleh akal-akal cetek yang cuba mempertahan falSAMPAH dorang.
aku bukan nak berpolitik. aku benci dunie politik sekarang. semua kejarkan kuasa. belum berkuasa, nampak macam baek. bila dah berkuasa, rupenye same je 3 kali 4 ngan 6 kali 2.
p/s: otak ada, tapi kalau akal takde serupe tak yah hidup jadi manusia.
0 orang sedang menCONTENG dinding:
Post a Comment