bad rempit!! |
lumrah kehidupan yang aku sering tempuhi. kalau di kolej, malam minggu merupekan malam yang paling aku 'nantikan'. ye lah, asal malam minggu je wengg sana, wengg sini. ati gua panas der. motor pulak kat rumah. kalau la gua bawak, dah gua start kasik kejar itu motor ajak berembat setiang due.
tu lah penangan kalau bilik dok mengadap highway dan jalan-jalan yang berhampiran dengan kota metropolitan negara kita. mula-mula dulu memang rasa tension. tapi lama-lama dah lali. telinga pun dah boleh detect kalau wengg macam ni bunyik motor jenis ape. bak kata pepatung, sekilas bunyi motor di telinga, sudah tau motor apa yang dibawak.
rasa nak meletop!! |
dan sekarang, aku dok kat rumah, konon lah nak rasa aman harmoni tanpa gangguan dari dunia permotoran durjane ney, tapi apakan daya, anak-anak jiran aku pulak jenis kaki berembat. lahabau sungguh. malam-malam minggu ketenteraman penduduk dicemari dengan laungan galak ekzos-ekzos besi yang berkumandang bagaikan satu irama yang mampu membangkitkan api kemarahan manusie sejagat.
dan semasa entri ini ditulis, mereka baru sahaja lepas berembat, ada lah dalam 4 bijik motor yang baru melalui ruang jalan bertar depan rumah aku ni. nak dikejar karang mendapat sumpahan laknat dari para penduduk seperti yang baru aku lemparkan sebentar tadi. tak nak aku masuk muka depan paper esok dengan tajuk "mat rempit mati bercerai badan dari kaki akibat digilis dengan tayar lori trelar". nak masuk paper pun biarlah berita yang hot dan sensasi. baru glamer macam retis. hahaha.
p/s: rempit membahayakan kesihatan.
3 orang sedang menCONTENG dinding:
hahahhaa. jgn ngamuk woo. sakit jantung + darah tinggi pun bleh dapek ha.haha
ok la tu...tekanan darah den pn xberape nak tinggi...sekali sekale kasik up sikit tara hal kot...ngeh3~
mmg xde hal. lau sekali tu naek tak ingat dunia, pastu jalan trus, ha tak ke haru? ahahha~
Post a Comment