kembali berjogging dalam dunie blog. setelah 2 hari tanpa menhapdet ini ruang. ditinggal kosong tidak bertuan. hilang idea? nope. bersepah idea. belum diperkemaskan lagi. otak masih serabut dengan peradaban manusia di dunia.
cuti 4 bulan warga universiti masih berbaki sebulan lebih. masih lame lagi perjalanan cuti ni. lumrah kejadian manusia, tak pernah berpuas hati dengan setiap yang berlaku di sekeliling. ada sahaja yang tak kena.
bila cuti, dirasakan terlalu lama. terasa ingin cepat untuk kembali ke alam mensesakkan kepala otak dengan pelbagai assignment yang bakal bersusun. tetapi bila dah mula menggerakkan jari jemari untuk menyiapkan segala bagai assignment, dirasakan terlalu lama untuk menemui cuti. lumrah kan?
dan semalam membuat aku semakin galak untuk kembali ke alam tersebut. mimpi member-member di kolej. member-member kelas. rindu mereka? mungkin. tapi cuti masih lame untuk ditempuh. haha. sabar dan rileks. tarik kalendar, pangkah setiap tarikh yang telah berlalu hari demi hari.
p/s: bila cuti nak abes ni wey~ haha
1 orang sedang menCONTENG dinding:
tau xpe. huargh!
Post a Comment