rokok tu haram?
betul ke?
apasal pulak ni...
aku mane boleh kalau tak pekena barang sekotak due bende alah tu
alah, haram je pun...minum arak tu pun haram, ramai je yang sebat setin due
apa ada hal?? hahaha*gelak jahat*
setakat rokok ni kau nak kata haram
ada aku kesah??
ramai yang aku tengok mempertikai fatwa rokok tu adalah HARAM. buat endah tak endah je. kalau difikir secara logik, bende tu dah memang memudaratkan. dan membazir. benda yang tak memberi faedah, buat apa nak dikejar?
tok sah nak sembang pasal nikmat asap kepul-kepul kau tu lah. nikmat tu cume sementare. bile kau dah terlantar kat dalam wad, badan bersambung dengan wayar dan tiub segala bagai akibat serangan jantung mahupun kesesakan nafas, itu pun kau masih nak kate nikmat?
ok, mungkin kau nak kate benda haram ni orang lagi suke buat. macam ayat kat atas tu, kite tau arak tu haram, tapi berape ramai melayu dok tonggak. orang tau berjudi tu haram, tapi kalau kite tengok kat kedai-kedai nombor ekor tu, berape ramai yang dok bantai beli? ye dak?
sekarang, kita tukar. tukar istilah haram tu jadi TAK HALAL. macam daging ba alif ba ya tu. ada sanggup kau makan? so, kalau kat rokok tu letak label non-halal, agak-agak berape ramai manusia yang beragama ISLAM yang sanggup menggadai maruah untuk membelinye? tapi kalau kau nak langgar gak aku tak tau nak kate ape lagi lah. lantak kau lah LABUUUU~
0 orang sedang menCONTENG dinding:
Post a Comment