terima kasih

Friday, July 29, 2011

seperti sesuatu yang sukar untuk diluahkan
sesuatu yang sangat berat untuk diungkapkan
nilainya terlalu mahal
sehingga sukar untuk diterjemah dalam bentuk kata-kata
terima kasih


susah kan nak cakap bende ni? setelah sebulan berkecimpung dalam arena ke'waiter'an, boleh dikira berapa ramai sahaja yang mampu mengarahkan saraf-saraf di bibir untuk bergerak meluahkan perkataan berkenaan. sesuatu yang terbukti memang jarang untuk digunakan.

sesuatu yang simple tapi cukup sukar untuk disebut bagi menunjukkan penghargaan. biarlah. mungkin bila diungkapkan bakal memberi penyakit barah kepada mulut mereka. aku tak pernah kisah. cuma sedikit rasa terkilan dengan sikap seperti ini.

p/s: aku dah tamat tempoh perkhidmatan bersempena ramadhan. sapa ada keje kosong, tolong contact. haha.

0 orang sedang menCONTENG dinding: