REALITI KEHIDUPAN: aku si pencacai jalanan

Thursday, May 5, 2011

ellop. petang yang indah. hari yang baek. menuju penghulu segala hari. hari yang dinanti-nanti. hari yang ditunggu-tunggu. menanti kebebasan. hari pembebasan dari cengkaman peperiksaan. sayup melihat semakin ramai yang sudah pulang sedangkan diri masih di sini. persetan semua tu. otak perlu ditumpu pada paper esok. 

cukup sekadar mukadimah. panjang berjela-jela kalau tak dibendung. lihat pada tajuk. nampak? bagus. boleh baca? bagus. tak perlu jari berpeluh menaip sekali lagi. segmen kali ney aku nak bawak korang menjelajah ke suatu pengalaman yang tak ramai dapat rasa. pengalaman yang tak semua orang faham. pengalaman yang tak semua orang pernah alami. hidup seorang manusia yang mencacai di jalanan. hidup yang penuh onak dan duri. dihimpit kesesakan kotaraya.

melihat kehidupan warga kota, kelihatannya masa bergerak dengan pantas. semua nak cepat. masa pergi dengan terlalu pantas. tak terkejar dek tubuh yang lemah. tak ramai yang berjaya harungi dengan jayanya. ada lagi yang masih dibuai keseronokan. kehidupan siang yang penuh dengan kesesakan sama ada di jalanan mahupun di pejabat. suasana malam pula dilimpahi dengan cahaya neon dengan anak-anak muda berpeleseran dengan kekasih hati berpimpinan tangan melepaskan rindu yang terpendam. rindu yang dipenuhi nafsu serakah. kelab-kelab malam bingit mendendangkan lagu-lagu yang rancak. ada yang sedang mencari sesuatu di sebalik lorong-lorong gelap. persetan. bukan tu point yang hendak dipaparkan.

disebalik kesesakan dan masa yang dikejar, tak ramai yang sedar kehadiran insan di jalanan. kehidupan mereka tak seperti manusia lain yang berkejar mencari kemewahan duniawi. entah apa yang dikejar di dunia ney. persetan. beberapa hari yang lepas aku melihat. aku merasa. aku mendalami dan cuba menyelami perasaan insan seperti mereka. kasihan melihat. tak terdaya hendak dibantu. terasa kesal. tapi masa telah berlalu. meninggalkan aku yang dihimpit pelbagai perasaan.


kisahnya di kedai makan. melihat sekujur tubuh yang sudah semakin uzur. terlalu tua untuk berkeadaan sedemikian. terlalu tua untuk mencacai di tepi jalan. sedangkan ramai di luar sana, sebaya dengannya sedang bermain-main dengan cucu dan cicit di rumah. hidupnya serba kekurangan. datang ke kedai makan sambil menelan air liur melihat pelbagai juadah yang tak mungkin dapat dijamah. perut terasa lapar. digagahkan kaki melangkah menikmati makanan melalui deria penglihatan. diseluk poket baju melayu yang semakin usang. berhabuk. tangan menjalar ke dalam beg yang digalas. hah. jumpa. dihulur sekeping kertas bernilai RM1 kepada akak di kaunter. meminta sedikit nasik berserta lauk. kasihan.

hanya berbekal RM1, dapat juga dijamah sesuap dua. nasib baik pemilik kedai berhati perut. memahami perasaan insan sepertinya. barangkali sudah biasa. dapat juga si tua rezeki hari ini. murah sungguh hati si pemilik kedai. moga rezekinya sentiasa dimurahkan. aku di meja hanya memerhati. dalam hati terdetik perasaan belas. tapi entah kenapa diri menjadi kaku melihat situasi yang berlaku. insan tadi berlalu entah ke mana. mungkin mencari rezeki yang entah di mana.

mataku terus melirik. mencari kalau-kalau ada lagi insan sepertinya. jauh di satu sudut, seorang insan yang yang hampir sama. tetapi jauh lebih tua. sudah bongkok tiga aku fikir. mencari sesuap nasi seperti insan tadi. tetapi tidak diendah. ke mana pergi belas si pemilik kedai? hidup di kota raya. yang kaya akan berkuasa. yang miskin akan terus dihina. itulah lumrah dunia. pahit. tapi harus ditelan.

si tua berjalan dengan penuh hampa. aku terkesima. hati terlalu perit. cuba membayang kalau-kalau aku di tempatnya. mencacai mencari sesuap nasik hanya untuk mengalas perut. anak-anak entah ke mana. makan pakai orang tua itu tidak diendah. jauh ku merenung. melihat masa depanku. adakah kemungkinan akan aku lakukan sedemikian kepada kedua orang tua ku? mintak dijauhkan. mintak disimpangkan. aku tidak mahu menjadi durhaka. aku tidak mahu menuju ke lembah hina penuh kepanasan. aku tidak mahu dibakar penuh hina di alam sana. ya Allah, jauhkan aku dari semua itu.

itulah realiti dunia hari ini. realiti yang tidak disedari. kenyataannya, tak ramai yang sanggup membantu. aku terkeliru. mengapa aku jadi kaku ketika itu. kekesalan melanda. teramat sangat. seperti dosa yang terlalu besar sedang menghimpit bahu kiriku. tempat dosa-dosaku dicatitkan si A'tid. hina sungguh diri ini dirasakan. melihat saudara seagamaku dihimpit kemiskinan tanpa dapat dibantu. yang berkuasa seperti memejam mata. kalau diberi peluang, mahu ku cungkil. kuasa dikejar, yang dibawah langsung tidak dipandang. 

harapan aku ketika ini hanya mahu melihat perubahan. perubahan ke atas diri, ke atas insan-insan tadi, serta mereka yang memegang tampuk pemerintahan. mahu melihat semua insan gembira menuju hari penentuan. gembira dengan rezeki yang dikongsi bersama. ya Allah, permudahkan lah jalan mereka. kau murahkanlah rezeki mereka. amin~



*ilustrasi dcedok dari Google

9 orang sedang menCONTENG dinding:

Nurul said...

kesiannnnnnnnnn...............!!!!!!!!!!!

pHiQUe iPiN said...

kan? sedih kot...smpi skunk rase bersalah~

::cRuelLera La diVa:: said...

hadoi. menusuk kalbu~

aisya umaira said...

rase kesal jgak sebab xbntu org2 camtu....

pHiQUe iPiN said...

kemba>> hahha...bermaen dgn perasaan pembace tu pnting =P

aisya>> kan?ermmm~

::cRuelLera La diVa:: said...

fiq: aja an den ha, hahaha. den tau psyco akma jewk. hahah~

pHiQUe iPiN said...

psycho kema xpe...hahha

::cRuelLera La diVa:: said...

hahahha. psyco akma smpai dier citer sume. hahahahahha~

pHiQUe iPiN said...

y tu kene bahan kat blog die tu...keh2~