selamat hari ibu

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu diucapkan kepada para ibu di seluruh dunia. and to my mum, jari disusun tanda kemaafan dipinta andai tersilap laku, terkasar bahasa, terkurang itu dan ini serta karenah yang entah ape-ape. abang sayang ibu =)


mukadimah dituju khas untuk omak den. seterusnya mengenai isu sambutan hari ibu yang dilarang. sebagai umat Islam, sesetengah pihak memandang sambutan hari ibu ini adalah dilarang kerana beranggapan ianya tidak berlandaskan kepada syariat Islam. menyambut hari ibu bertujuan untuk menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan di atas pengorbanan yang telah dilakukan oleh para ibu di seluruh dunia tak kira yang telah lama menempuh dunia keibuan atau yang masih baru. 

atas sebab itulah muncul satu lagi pendapat yang menyatakan, untuk menyampaikan penghargaan terhadap ibu boleh dilakukan hari-hari. tidak perlu dikhususkan kepada satu hari yang mana ianya disambut diseluruh pelusuk tanah air. 

and for me, terpulang kepada individu itu sendiri. dalam Islam, niat memainkan peranan utama. tetapi harus ingat, niat tidak menghalalkan matlamat dan cara sesuatu tindakan. dalam kes ini, aku berpendapat, seseorang itu perlu menetapkan niat mereka menetapkan suatu tarikh yang khusus untuk mereka menghargai jasa dan pegorbanan ibu mereka. jika diliha dari sudut yang positif, sebenarnya banyak kebaikan yang boleh dicapai. antaranya pada hari tersebut, kita boleh melihat adik beradik bersatu dalam menyampaikan rasa terima kasih mereka. jika hari-hari biasa si ibu berpening kepala melayan karenah setiap anak mereka, apa kata luangkan sedikit masa untuk membuang ego masing-masing dan merencana satu event khas untuk si ibu. disamping dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak, dapat juga mengeratkan hubungan antara adik beradik terutama yang sukar untuk duduk bersama.

jika melihat kepada pendapat mengapa hari ibu perlu disambut setahun sekali dan tidak setiap hari, kita juga perlu melihat adat masyarakat kita yang meluahkan kemaafan setahun sekali iaitu ketika sambutan hari raya. kenapa tiada fatwa dikeluarkan berhubung perkara ini sedangkan kemaafan perlu dipinta setiap kali kesalahan dilakukan dan bukan dikumpul sampai setiap kali sambutan raya baru nak bermaaf-maafan? konsep yang sama bukan?

memang benar, setiap hari boleh disampaikan penghargaan terhadap si ibu. tetapi kesempatan dan ruang waktu yang terhad kepada setiap anak-anak untuk si ibu menjadi penghalang. oleh itu, satu hari yang khusus dirancang agar ianya menjadi satu masa yang si ibu mengetahui bahawa jasanya selama ini dihargai. anak-anak berkumpul mengucapkan sesuatu yang bermakna untuk si ibu, melakukan perkara bersama-sama seharian bersama si ibu, bukankah ianya kelihatan sungguh bermakna untuk mereka yang kurang kesempatan masa untuk melakukannya di hari-hari biasa? 

mungkin akan ada yang masih tertanya, dah tu kenapa hanya sehari sahaja? sepanjang pengorbanan yang dicurah sepanjang tahun, hanya sekali setahun kita menghargainya? bukankah itu tidak adil? benar, tapi itu terpulang kepada si individu. mungkin sesetengah daripada kita menyambutnya setiap bulan, dalam sebulan, mereka merancang satu hari untuk si ibu. tetapi yang setahun sekali ney hanya lah sambutan secara global. akhirnya, terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana untuk menyambutnya.

akhir kata, tetapkan niat dan matlamat. bersederhana dalam melaksanakan sesuatu tindakan. dalam kita dok bergumbira menyambut hari ibu, jangan pulak berlebih-lebihan, membazir sana sini. niat yang suci tak harus dicemari dengan perbuatan yang sia-sia. moga kita mendapat rahmat daripadanya. Insya'Allah.

10 orang sedang menCONTENG dinding:

::cRuelLera La diVa:: said...

infiniti like. hahah~

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

hahha..ekau ney wat den sogan =P

::JaR Of hEARt:: said...

nak like juge laa..hehehe..:P

::cRuelLera La diVa:: said...

apo lak nk sogan an? xgitu cik kema? hahah~

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

segan oo~ hahah

::cRuelLera La diVa:: said...

goli usus den dongar ha. ahhaha~

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

baek g checkup...kot bahaya rase geli kat usus uh...hahah

::JaR Of hEARt:: said...

hahahaha afiq segan??hehe putus fius ke ape??cube ko gak n kmbar nie g check dua2 kt hspital.lg laa ak takot hahaha

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

den pn tau rase segan la kema...adoiii =P

::JaR Of hEARt:: said...

hahaha adoi igt x tawu td..bru den nak ajar kt ekau laa..hehehe..:P