perginya Osama Bin Laden

Monday, May 2, 2011

hari ney kite digemparkan dengan pengakuan dari pihak White House mengenai kematian penjenayah antarabangsa paling dikehendaki iaitu Osama Bin Laden. betul ke die dah mati? atau sekadar spekulasi ingin memadamkan identiti beliau yang dikhabarkan oleh sesetengah ilmuwan dunia yang menyelidiki beliau sebagai salah seorang perisik White House? 


tiada mayat yang ditunjukkan ketika White House membentang kenyataan media berhubung isu ini. jika benar dia sudah mati, tunjukkan mayatnya. biar satu dunia lihat akan kebenarannya. tak payah nak gebang lah wahai penjenayah bertopengkan penyelamat dunia. mana-mana pemimpin yang mengambil alih tampuk pemerintahan mereka pasti akan melakukan perkara yang hampir serupa agendanya: memerangi umat Islam. menuduh Islam agama yang melahirkan penjenayah. sehingga agama suci ini dilabel dengan label yang hina oleh masyarakat dunia. maruah agama suci ini semakin tercalar dek kerakusan kuasa oleh pemimpin-pemimpin hina ini.

mungkin berita kematian Osama Bin Laden ini menjadi tajuk paling dinanti-nanti masyarakat dunia yang mahu melihat keadilan ditegakkan berikutan kejadian 9/11. berita yang bakal disambut gembira oleh masyarakat dunia. tetapi, harus diingat, pergi seorang, bakal muncul lebih ramai lagi Osama Bin Laden yang bakal dipergunakan oleh white house untuk agenda tersirat mereka iaitu untuk memporak perandakan masyarakat dunia. dan akhirnya merekalah hero yang bakal disanjung dunia. ~busiitt la weyh~

keamanan yang cuba ditegakkan hanyalah sekadar omongan kosong tidak bernoktah. nak kata berkoma pun tidak. sambungannya pasti lebih dahsyat selagi agama suci ini tidak lupus di muka bumi ini.

inilah antara fitnah dunia akhir zaman. petanda kita menuju pengakhiran zaman. petanda kiamat sudah dekat. petanda bahawa dajjal al-masih bakal muncul untuk berkuasa suatu hari nanti sebelum dunia yang fana ini lupus dek kekuasaan Yang Maha Esa.

2 orang sedang menCONTENG dinding:

Anonymous said...

btol2..huhu..fitnah makin menjadi2..Y___Y

pHiQUe iPiN said...

menakutkan ye di situ~