dalam sejuk dek hujan yang basah melimpahi bumi, bilik pun nyaris-nyaris banjir kilat petang-petang ney, tetiba otak aku dok ligat berfikir tentang kewajaran 'sesuatu' ini. benda yang disukai ramai. teringat satu ceramah oleh sorang pendakwah bebas, pasal kewajaran hantaran kahwin tinggi nak mampuih la ney.
kalau kita tengok dewasa ney, memang jadi satu trend tok orang yang nak mendirikan rumahtangga, hantaran nak mahal-mahal, kalau dapat nombor nak cantek-cantek segale bagai. bukan lah kate aku nak merungut pasal ney. karang ade lak yang condemn ak kate pemalas lah, tak nak kumpul duit, ade saje nak di heboh pasal ney. tolong bace sampai habes dulu ye kawan-kawan? =)
kita melihat dari sudut adat. macam tak gah lak kan kalau suatu pekahwinan tu tak dibuat semeriah yang mungkin, hantaran semahal tidak, set persalinan sebanyak yang dapat, pelamin segah istana. iyelah, nama pun raja sehari. sehari tu je nak merasa jadi ala-ala raja, datang disambut paluan kompang, bunga manggar kiri kanan mengiringi perjalanan sang raja mengadap tuan puteri idaman hati. chewah. lepas tu, yang family pengantin sibuk melayan tetamu, ada yang ke hulu ke hilir dengan tuala sangkut kat leher, tangan dengan penuh gagah mengangkat lauk-pauk yang semakin berkurang dek kehadiran tetamu yang semakin ramai(sekarang semua dah pakai katering, ukhwah antara family tu dah tak rapat macam dulu). dapat bayang betapa meriah keadaan tu? ok, dipendekkan cerita, kalau duit kat poket tak berkepok. tak payah kalut lah datang rumah awek, cakap kat kat bapak die: "pakcik, saya nak kahwin ngan anak pakcik, pakcik setuju?" memang elok je dia pergi belakang rumah, asah belakang parang kasik tajam, pi hambat hang balik rumah sambil cakap: "pungkok hang, kerja tak semenggah, ada hati nak wat bini anak aku. mengapa kau menangis di sini, pergi kau menangis di sana tepi lubang kubur". agak-agak ada tak bapak yang garang macam tu sekarang ney?hohoh~
ok, tu dari sudut adat. kita tengok lak dari sudut agama. macam yang aku cakap tadi, sekarang trend orang naik pelamin, hantaran beribu-ribu lemon. tapi kalau dilihat dari pandangan mereka yang arif tentang hal agama ney, berbaloi ke bagi hantaran beribu-ribu, tapi si gadis tak pandai memasak, malas mengemas rumah, bangun lambat, diri tak terjaga, suruh buat itu ini merungut, muncung siap boleh buat sangkut baju, pakai baju dedah sana, dedah sini, aurat tak terjaga, ketawa terbahak-bahak mengalahkan lelaki bila kat tempat awam. korang rasa berbaloi spend beribu-ribu tok something like this? kalau rasa berbaloi, silakan. den takde kuase nak menghalang.
lagi satu, dalam rukun nikah tu sendiri, cuma ada 5 perkara wajib yang diangkat menjadi rukun. pertamanya adalah pengantin lelaki, diikuti rapat oleh pengantin perempuan, disusuli dengan wali, menyusul tak jauh dari itu ialah dua orang saksi yang menjadi saksi sahih kepada ijab dan kabul yang diangkat sebagai rukun yang terakhir. takde dalam rukun menyatakan hantaran perlu berpuluh ribu, walimatul urus perlu segah yang mampu. tiada bukan? jadi yang mana perlu diutamakan? adat atau adab dalam Islam? jawapan di hujung nafas anda. tiada talian hayat yang mampu membantu anda untuk merungkai persoalan ini.
untuk menjadikan artikel ini kelihatan lebih adil, nak jugak ditegur kepada si jejaka. nak kahwin bukan senang saudara. hang ingat dok ngadap imam time akad nikah, dua orang saksi kata 'sah', satu kerja yang mudah. pungkok hang lagi sekali. bergegarnya jabatan tangan antara imam dan si pengantin lelaki bersaksikan dua orang saksi yang adil tanda akad diterima, maka seketul batu yang tak berapa nak besar, tapi berat yang amat terus membebani bahu si lelaki. ya, batu yang dimaksudkan tak laen dan tak bukan ialah amanah dari si bapa gadis yang baru dinikahi.
kalau dulu maruah, didikan, dosa, makan pakai anak gadis itu ditanggung oleh si bapa, kini gugur satu sayap tanggungjawab yang dipikul selama anak gadisnya belum dinikahi untuk dipikul pula oleh si suami. satu tanggungjawab yang sangat berat yang harus dipikul. betapa beruntungnya jadi perempuan.
tetapi kalau si lelaki hidup terkontang-kanting, poket selalu kering, makan pakai anak bini tak terjaga, malas, solat tak jaga, mengaji malas; apa mau jadi brader? macam mana nak membimbing si isteri masuk ke syurga? ada pulak jenis yang tak kisah si isteri dok tayang body kat orang laen, tayang itu, tayang ini. mana pergi tanggungjawab seorang suami untuk menjadi imam kepada jalan isteri menuju ke syurga Ilahi?
jadi, ambil masa sejenak, renung diri kita. entri ney aku tulis bukan sekadar hiasan halwa mata, bukan nak berlagak dengan ilmu yang aku ada, tetapi sekadar peringatan kepada semua termasuk diri aku yang terlalu lemah di sisi-Nya, agar kita bersama-sama menuju ke suatu jalan yang pasti, iaitu syurga Firdausi. bukan kah saling ingat-mengingati itu satu lambang kekuatan ukhwah? sekian~
p/s: tapi kalau dah jodoh hang ngan orang yang seperti dinyatakan di atas, terima ja lah naa. ada hikmah di sebalik kejadian =)