memang carik nahas. bakal-bakal mendapat PUJIAN daripada orang ramai yang menggunakannya. mane yang dah tahu sila klik kotak pangkah kat ujung tab sambil search any relevant story yang korang minat. mane yang belum tahu, ni aku nak story. tak nak cite pasal nyamuk tu lagi. hati masih terguris. demm.
mengenai ASTRO. yezza. harga naek lagi. setiap pakej akan mengalami kenaikan harga di antara RM1 hingga RM 15 berkuatkuasa 11 Julai 2011. menarik? memang SUNGGUH menarik. ni aku ley bayang lah ape bapak aku membebel kat rumah tu bila dapat tahu pasal ney. jangan die terminate sudah. memang bosan lah hidup aku kat rumah nanti kalau bapak aku terminate.
alasan yang diberikan, nak buat penyelarasan harga. katanya, ianya sesuai dengan kualiti yang ingin diberikan kepada pelanggan. jangan biar masyarakat kat luar meletakkan harapan terhadap kualiti anda sekali lagi kerana mereka pernah kecewa. aku nak tengok sejauh mana kualiti yang diuar-uarkan sangat tu.
kesian masyarakat kat luar sana *termasuk aku* sebab sering teraniaya dengan strategi pemasaran orang-orang tertentu yang ingin mengaut keuntungan. harga barang dan caj perkhidmatan sentiasa bermain-main dengan nilai, tetapi gaji dan pendapatan isi rumah masih rendah. adakah mereka memandang perkara ini sebelum memikirkan keuntungan yang bakal mereka perolehi? adakah mereka menilai pendapatan golongan yang kurang berada di luar sana? wallahualam.
p/s: untung sape-sape yang langgan pakej keluarga coz takde kenaikan caj yang dikenakan. katanya lah. tak tau lak kalau ada caj tersembunyi. baek pergi cek bil nanti. huhuu~
0 orang sedang menCONTENG dinding:
Post a Comment