haha. bukan aku baghal sangat tak tau ape itu putus asa. aku tau. aku melayu. jadi aku paham sangat ape tu 'putus asa'.
taknak sembang banyak. tajuk tu nak gambarkan situasi semalam. sape yang tengok Kelantan lawan Terengganu semalam? kalau korang kaki bola, kompem tengok. even liga kite tak setanding liga kat luar sane tu.
buat kipas Terengganu, tahniah. buat kipas Kelantan, cube lagi tahun akan datang. silap yang semalam dijadikan pengajaran. bak kata kumpulan Sepah, barang yang lepas jangan dikenang. huhuu~ sambil tu nak tegur jugak pasal condition padang kat Stadium Nasional. pada aku, ianya di tahap yang memalukan. taraf stadium yang diangkat menjadi Stadium Nasional seharusnya mempunyai kondisi yang lebih baek. tapi ape yang aku dok perhati semalam, padang tu tak rata. bola flow pun tak smooth. yang kaki gentel *gelecek* bola pun tak dapat nak pamer skill. rugi doe. mungkin perlu diambil perhatian dari sudut maintenance.
berbalik kepada game semalam, aku nak puji lah team Terengganu. dorang tak kenal erti putus asa. bukan la dorang baghal sangat tak tahu ape itu putus asa. tapi dorang mempamerkan kesungguhan yang jitu selagi belum tiupan wisel penamat. tu tande positif sukan bola sepak kat negara kita ney. sukan-sukan lain pun diharap ambil iktibar. selagi belum habis, selagi tu masih ada peluang. tak kira lah sebenarnya korang tu atlet ke, student ke. jangan pernah berputus asa dengan keadaan semasa*result dah keluar, sedang membajet cool* yang korang hadapi.
kalau korang leka macam Kelantan semalam, memang nahas. akibat terleka, beberapa saat terakhir pihak lawan dapat gol. macam tu jugak lah kehidupan, sekali kite terleka, buruk akibatnya.
so, korang ada akal, korang ada otak. korang pikir lah sendiri. chow.
0 orang sedang menCONTENG dinding:
Post a Comment