tiada lagi monopoli

Sunday, June 12, 2011

monopoli...sape yang tak tahu permainan tu. permainan berkaitan dengan jual beli hartanah. satu permainan yang menguji minda. tapi kenapa tajuk kali ney tiada lagi monopoli? haha. bukan monopoli tu yang aku nak cite. ni pasal kenyataan media berkaitan dengan cadangan kerajaan mahu melupuskan monopoli sesebuah stesen TV *senang cite ASTRO lah* terhadap lesen penyiaran sukan.

cadangan yang aku rase baek dan bernas untuk dilaksanakan. bile aku bace pasal ney, aku baru perasan. rungutan dari sesetengah pihak. sekarang hak penyiaran laporan Sukan Malaysia pun telah diambil oleh ASTRO.  

lagipun kat luar tu ramai yang tak melanggan ASTRO. tak semua berkemampuan. ni lagi nak naekkan rate lagi pulak. silap-silap ramai yang terminate akaun. tak tahan rasa ditipu barangkali. malas nak cite panjang, rujuk lah kat sini.

so, kalau dihapuskan monopoli tersebut, golongan yang tadi tu tak de lah kempunan nak layan sukan-sukan menarik kat seantero dunia ney. contoh paling menarik adalah bola sepak, liga-liga kat eropah yang most of the guys kat luar sane tu tergila-gila sangat tu. siap maen kutuk-kutuk antara team segala bagai *aku pun tak terkecuali*. 

lagi satu, pasney takde lah orang lepak-lepak warung nak tengok team kegemaran mereka bermaen. tengok dengan keluarga lagi baek aku rase. mengeratkan hubungan kekeluargaan. lagipun baek tuk para isteri, takde lah suami dok makan luar tiap malam minggu. tak gitu? hehe.


so, harapnya bende dapat lah dilaksanakan dengan langkah-langkah yang proaktif tanpa merugikan mana-mana pihak sekalian alam. untung biar sama untung. kita kan satu bangsa, satu negara. nak kata 1Malaysia, nanti kate aku promote kerajaan lak. tak sior teman. huhuu. challoo~



sumber dari Kosmo.

0 orang sedang menCONTENG dinding: