tadi lepas solat Jumaat ada sesi solat jenazah. ada orang meninggal hari ney. dalam hati aku terdetik, seronoknye arwah, terlepas seksa kubur. mungkin banyak amalan yang arwah dah buat. sekurang-kurangnya satu azab dah lepas. sungguhpun ada dosa-dosa yang laen, tu antara dia dan yang Maha Kuasa. terus aku doakan agar rohnya ditempatkan dalam golongan yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya.
dalam perjalanan balek, otak aku ligat berfikir. banyak mana pahala dan dosa yang aku dah buat. adakah aku akan dapat nikmat yang arwah tu dapat? terasa macam terlalu jauh untuk dikecapi. subhanallah~
0 orang sedang menCONTENG dinding:
Post a Comment