cara pemanduan berhemah yang perlu diPRAKTIKkan

Friday, June 3, 2011

assalam tok semua. sejahtera untuk yang bukan muslim. kasik sempoi ini malam. hari ney hati aku meronta-ronta, otak mendesak, dan segala saraf menumpu ke arah jari-jari untuk menaip mengenai sikap pemandu yang aku rase paling berhemah setakat ney yang aku pernah jumpe kat atas jalan raya seluruh Malaysia.


main redah

ni kategori paling berhemah. kenape? sebab kalau sampai kat simpang, tak de pandang kiri kanan, maen redah je. kalau depan aku, memang dapat maki dan hon sebagai amaran. berdasarkan pengalaman, mostly yang jatuh dalam kategori ney adalah PEREMPUAN. but not most of them, some of them only =)


kereta mahal lupa nak pasang signal

yang ney pun kategori paling berhemah. kereta nampak mahal tapi sayang lupe nak mintak pasang lampu signal time beli dulu. penyudahnye, sampai kat simpang, takde signal yang menyala sebagai tanda ingin masuk ke simpang yang dituju. dan akhirnya mendapat maki yang sangat padu. 

potong line
bab ney ramai yang suke buat. kalau potong double line tu standard la kan? hohoh. tapi kalau dah potong line kat tol, memang macam haram perangai. tolong bersabar boleh? orang lain penat menunggu giliran jugak. tapi tak de lah gelojoh sampai tergamak nak potong barisan. tak de sivik punye orang.

lembab tapi nak jugak duduk kat lane tengah
ni biase nye kite jumpe kat highway. memang aku jaki tol tengok orang macam ney. sumpah aku rase nak langgar je belakang kerete die bagi die sedar. kalau setakat nak bawak 70-80 ala-ala makan angin tu tak payah lah nak dok lane tengah. lane tengah tok kerete yang laju tahap gaban*dah lame tak dengar perkataan ney dari seseorang....huhuu~* nak perabeh minyak tu. sekolah memandu perlu amek langkah yang lebih efektif supaye golongan seperti ini tak menyusahkan orang laen bile dah memandu atas jalan raye kelak.

p/s: memandu biar pakai otak jangan pakai ikut sedap rase =)

0 orang sedang menCONTENG dinding: