review MAHARAJA LAWAK minggu 12

0 orang sedang menCONTENG dinding

Saturday, June 18, 2011

review Maharaja Lawak kembali. kali ney dorang wat kat Johor Bahru. orang-orang Johor tengah bergelak sakan skunk ney. aku? memang tengah pecah perut. setakat yang dah lepas memang superb. geli aorta aku ney dibuatnye. urat kentut macam perlu diwelding lagi sekali. hahaha. 


cakap banyak tak gune, tembak tak kene, sumpit entah ke mana. so, enjoy the videos kat bawah ney.

PART 1
minggu ney macam minggu sudah. ada 2 part. ni hasil dari 1st session. layann~

SEPAH


NABIL


KUMPULAN R2


JOZAN


JAMBU



PART 2
kalau minggu lepas dorang dibagi barang untuk dijahanamkan. kali ney, ada 'barang' jugak untuk dijahanamkan. 'barang' apa? lepak chill dengan video-video kat bawah ney. layann~

SEPAH


NABIL


KUMPULAN R2


JOZAN


JAMBU


settle. semua dah layan? ok, skunk, masuk part penyingkiran. mari kita tengok sape yang kenaa~


dan lawak paling best pada aku, adalah lawak yang ini =)




p/s: aku rase kes Jambu tu macam tak patut. dorang nye graf dah menurun. lawak dah makin kureng. cume luck dorang dapat imuniti*padahal strategi ASTRO nak untung lebih*. pape pun, gud luck finale nanti. adioss~

PUTUS ASA? apa tu?

0 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, June 12, 2011

haha. bukan aku baghal sangat tak tau ape itu putus asa. aku tau. aku melayu. jadi aku paham sangat ape tu 'putus asa'. 

taknak sembang banyak. tajuk tu nak gambarkan situasi semalam. sape yang tengok Kelantan lawan Terengganu semalam? kalau korang kaki bola, kompem tengok. even liga kite tak setanding liga kat luar sane tu.

buat kipas Terengganu, tahniah. buat kipas Kelantan, cube lagi tahun akan datang. silap yang semalam dijadikan pengajaran. bak kata kumpulan Sepah, barang yang lepas jangan dikenang. huhuu~ sambil tu nak tegur jugak pasal condition padang kat Stadium Nasional. pada aku, ianya di tahap yang memalukan. taraf stadium yang diangkat menjadi Stadium Nasional seharusnya mempunyai kondisi yang lebih baek. tapi ape yang aku dok perhati semalam, padang tu tak rata. bola flow pun tak smooth. yang kaki gentel *gelecek* bola pun tak dapat nak pamer skill. rugi doe. mungkin perlu diambil perhatian dari sudut maintenance. 

berbalik kepada game semalam, aku nak puji lah team Terengganu. dorang tak kenal erti putus asa. bukan la dorang baghal sangat tak tahu ape itu putus asa. tapi dorang mempamerkan kesungguhan yang jitu selagi belum tiupan wisel penamat. tu tande positif sukan bola sepak kat negara kita ney. sukan-sukan lain pun diharap ambil iktibar. selagi belum habis, selagi tu masih ada peluang. tak kira lah sebenarnya korang tu atlet ke, student ke. jangan pernah berputus asa dengan keadaan semasa*result dah keluar, sedang membajet cool* yang korang hadapi. 


kalau korang leka macam Kelantan semalam, memang nahas. akibat terleka, beberapa saat terakhir pihak lawan dapat gol. macam tu jugak lah kehidupan, sekali kite terleka, buruk akibatnya.

so, korang ada akal, korang ada otak. korang pikir lah sendiri. chow.

tiada lagi monopoli

0 orang sedang menCONTENG dinding
monopoli...sape yang tak tahu permainan tu. permainan berkaitan dengan jual beli hartanah. satu permainan yang menguji minda. tapi kenapa tajuk kali ney tiada lagi monopoli? haha. bukan monopoli tu yang aku nak cite. ni pasal kenyataan media berkaitan dengan cadangan kerajaan mahu melupuskan monopoli sesebuah stesen TV *senang cite ASTRO lah* terhadap lesen penyiaran sukan.

cadangan yang aku rase baek dan bernas untuk dilaksanakan. bile aku bace pasal ney, aku baru perasan. rungutan dari sesetengah pihak. sekarang hak penyiaran laporan Sukan Malaysia pun telah diambil oleh ASTRO.  

lagipun kat luar tu ramai yang tak melanggan ASTRO. tak semua berkemampuan. ni lagi nak naekkan rate lagi pulak. silap-silap ramai yang terminate akaun. tak tahan rasa ditipu barangkali. malas nak cite panjang, rujuk lah kat sini.

so, kalau dihapuskan monopoli tersebut, golongan yang tadi tu tak de lah kempunan nak layan sukan-sukan menarik kat seantero dunia ney. contoh paling menarik adalah bola sepak, liga-liga kat eropah yang most of the guys kat luar sane tu tergila-gila sangat tu. siap maen kutuk-kutuk antara team segala bagai *aku pun tak terkecuali*. 

lagi satu, pasney takde lah orang lepak-lepak warung nak tengok team kegemaran mereka bermaen. tengok dengan keluarga lagi baek aku rase. mengeratkan hubungan kekeluargaan. lagipun baek tuk para isteri, takde lah suami dok makan luar tiap malam minggu. tak gitu? hehe.


so, harapnya bende dapat lah dilaksanakan dengan langkah-langkah yang proaktif tanpa merugikan mana-mana pihak sekalian alam. untung biar sama untung. kita kan satu bangsa, satu negara. nak kata 1Malaysia, nanti kate aku promote kerajaan lak. tak sior teman. huhuu. challoo~



sumber dari Kosmo.

review MAHARAJA LAWAK minggu 11

0 orang sedang menCONTENG dinding

Saturday, June 11, 2011


mase untuk bergelak sakan sambil berguling-guling. memang mantap kali ney. kalau minggu lepas bosan, kali ney korang layan lah sendiri. ni video-video yang aku ley share ngan korang. tapi sebelum tu, sila jauhkan sebarang barangan mudah pecah yang ada di sekeliling anda. hahaha. layan~

ROUND 1


Jambu



R2


Sepah


Nabil


Jozan


ROUND 2

ok. kali ney kejutan*kononnya* untuk penonton. dorang diberikan 2 barang. pastu, lantak dorang lah nak jadikan ape ngan barang-barang yang dorang dapat tu kat atas pentas. hasilnya? tengok sendiri. heheh.

Jambu


R2


Sepah


Nabil


Jozan


puas? gelak sakan? perut aku dah terbarai dah. ngan usus entah ke mana. dengan urat kentut sikit lagi nak putus. hahaha. even ade gak yang membosankan, tapi aku layan gak this week nye performance. overall kire menghiburkan lah. kalau macam ney la tiap-tiap minggu yang mendatang sampai kat finale, baru berbaloi-baloi orang nak undi dan tengok. keep it up geng. ok lah, nak pergi sambung usus-usus yang berterabur kat atas lantai ney, nak wiring balek aku nye urat kentut segala bagai, jangan lupa ringan-ringankan jari kat keyboard tu tok komen sikit pasal entri kali ney. heheh. adiosss~

p/s: aku rase minggu ney yang paling lawak adalah video ney.

untung nyawa dicabut di hari JUMAAT

0 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, June 10, 2011

tadi lepas solat Jumaat ada sesi solat jenazah. ada orang meninggal hari ney. dalam hati aku terdetik, seronoknye arwah, terlepas seksa kubur. mungkin banyak amalan yang arwah dah buat. sekurang-kurangnya satu azab dah lepas. sungguhpun ada dosa-dosa yang laen, tu antara dia dan yang Maha Kuasa. terus aku doakan agar rohnya ditempatkan dalam golongan yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya.


dalam perjalanan balek, otak aku ligat berfikir. banyak mana pahala dan dosa yang aku dah buat. adakah aku akan dapat nikmat yang arwah tu dapat? terasa macam terlalu jauh untuk dikecapi. subhanallah~

elok sangat lah PERANGAI macam tu

0 orang sedang menCONTENG dinding
tak tahu nak kate ape pasal dorang ney. nak diajar jadi baek, nak jugak jadi jahat. nak jugak buat bende-bende tak berfaedah tu. tak de kesedaran sivik langsung. tuhan bagi akal letak kat kepala tok berfikir. ni dah elok-elok akal tu kat situ, g adjust letak kat tapak kaki berkurap korang tu. mane tak makin baghal.


nak tahu pasal ape? lepak chill bace ini berita.


Penghuni PUSPEN Muar merusuh, bakar bangunan



MUAR: Sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, dekat sini, musnah dalam kebakaran ketika penghuninya merusuh malam tadi. 

Sembilan kereta dan sebuah motosikal turut dirosakkan dalam kejadian pada kira-kira 8 malam itu.


Timbalan Ketua Polis Ledang, DSP Mohd Salleh Abdul Razak, ketika dihubungi, tidak menolak kemungkinan ada pelatih pusat pemulihan tersebut mengambil kesempatan melarikan diri dalam kejadian tersebut.


Katanya, pihaknya sedang memeriksa bilangan pelatih bagi mengesan sekiranya ada antara pelatih yang telah melarikan diri. 

Mohd Salleh yang enggan memberikan butiran lanjut mengenai rusuhan itu, berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian tersebut. 

Katanya, kebakaran di pusat berkenaan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada kira-kira 10 malam tadi. - BERNAMA 


masalahnye skunk dorang ney masuk dalam sane untuk dipulihkan, tapi pasal bende alah tu dah rosakkan akal dorang ney, tu pasal lah wat bende tak berfaedah macam ney. nak lari bagai. skunk kalau tak silap ada 43 pelatih dari 377 orang yang berjaya larikan diri. lari lah ke mana pun. korang ingat idop korang selamat. sape-sape kat luar tu yang nampak dorang ney, cepat-cepat lah report kat polis. kot lah dorang ney kelepet korang nye barang kat rumah tu, baru korang tau. orang dah maen dadah ney bahaya. otak dah mereng. dah tak waras. so, beware tok orang Muar terutamanya.

*sumber dari Berita Harian.

wajar atau tidak? (PART 4: kenapa nak SEKAT?)

0 orang sedang menCONTENG dinding

Thursday, June 9, 2011

demm. berita yang memberi impak negatif kepada kaki-kaki dan tangan-tangan download yang sangat-sangat tegar *aku bese-bese je...wee~*.


pihak Suruhanjay Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan arahan kepada semua penyelia internet di negara ini supaya menghentikan akses ke website-website download seperti dalam senarai di bawah:-


errr...nampak gaya macam media api tak termasuk dalam senarai yang dikeluarkan. ok lah tu kot. aku bese download gune media api je. senang dan efisien pada aku. ni sat lagi tau-tau je keluar satu fan page, "katakan tidak kepada SKMM". hahaha.
persoalannya kat sini, kenapa perlu disekat kebebasan yang telah kami kecapi selama ini? 

p/s: kaki download sekalian alam, download lah selagi korang boleh sementara belum dikuatkuasakan. hohoho.

lepas sorang...muncul lagi sorang

0 orang sedang menCONTENG dinding

Wednesday, June 8, 2011

entah kenape, jadi macam satu trend. kejahilan dan kedangkalan akal fikiran yang telah dikurniakan dek kerana hasutan iblis dan syaitan yang telah ber'tag team' mahu menjahilkan keturunan Adam.


kalau yang lepas, kita digemparkan denga kisah budak 14 tahun tu mengaku dah hilang dara dan dia bangga dengan kedangkalannya tu. kali ney, muncul lagi sorang. kali ney aksi 'comolot' pulak. kes yang ney memang masuk kategori lucah lah bak kata sambadi yang tengah top skunk ney dek kontro-basi murahan yang telah diciptakannya suatu ketika dahulu. sebabnya, kali ney bukan aksi liuk lentok badan seorang perempuan berbaju nightdress, tetapi, aksi cium yang membabitkan seorang dara dengan seorang teruna*masih kah?..huhuu~*


aku nak letak gambar, tapi rasanya macam tak perlu. cukuplah aku bagi *link* ney untuk tatapan semua yang teringin nak melihat siapa gerangan si gadis yang membuat onar paling murahan untuk dipopularkan dalam kalangan blogger dan masyarakat. hew3~

semoga kau pun turut sama menjadi tajuk akhbar satu hari nanti. macam si 'puan 14 tahun' tu. dan semoge kau bahagie dengan tindakan kau tu. semoga rahmat diturunkan ke atas diri kau yang jahil tu. bukan aku nak mendabik dada, tetapi sejahil-jahil aku, jahil lagi kau wahai sipulan.

rindu zaman MATRIK

5 orang sedang menCONTENG dinding
yezza. bila dok tengok wall member-member matrik, tengok gambar-gambar zaman matrik dolu-dolu, gile rindu weyh!! kenakalan dan kejahatan yang telah dilakukan semasa kat sana memang menjadi kenangan terindah.


tapi yang menjadikan tak best bila ramai cikgu-cikgu yang best-best berpindah ke matrik laen. zaman matrik aku banyak buang masa petang kat padang. cuci-cuci mata sambil bermaen tenis dengan beberapa orang cikgu yang sekarang dah pindah. berperang mulut ngan dorang tu yang best. kutuk-kutuk, takde makan dalam punye. sume pakai maen hembus. hahaha~

ada gak cikgu yang tak ingat nama aku even sampai abes semester. maybe aku sangat-sangat humble *bermuka ketat* sampai cikgu nak tegur pun tak tau macam mana. hahaha. tapi at last, jumpe kat jabatan bertegur sapa jugak lah. asalnya anak buah kesayangannya selalu tak datang kelas. tetiba entah macam mana nama aku naek lak. sejak tu lah die mula boleh tegur aku ape sume. kalau tak...haremmmmm~ hahaha

bile dah jadi chief kat kelas tu, baru lah ramah sikit aku ney ngan cikgu-cikgu sekalian alam kat matrik tu. kalau tak, muka macam terlupa nak longgarkan skru-skru yang terlekat kat pipi ney untuk memberikan reaksi yang lebih positif seperti senyuman. hahaha~ sape yang kenal tu tau lah aku macam mana dulu.

so, geng-geng 53*gelaran untuk budak PDT sebab tu kod kat kad matrik kami...hehehe*, bila nak buat reunion?hew..hew..hew =P

badge geng 53

lagu keramat Kolej Matrikulasi Johor.

PERSADA GEMILANG 
 



Kami generasi harapan
Menjunjung citra mulia
Berdisplin Ketrampilan
Mercu tanda kejayaan 
  
Perkasakan jatidiri
Cemerlangkan akademik
Iltizam menuju jaya
Ikrarku padamu 
  
Kolej Matrikulasi Johor
Wahana ilmu berzaman
Majulah bangsa dan negara
Tuhan berkatilah 
  
Bersamalah dijayakan
Wawasan negara murni
Aspirasi kolej dihayati
Persada ilmu gemilang
 



wajar atau tidak? (PART 3: dia naik lagi dah................)

0 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, June 7, 2011

memang carik nahas. bakal-bakal mendapat PUJIAN daripada orang ramai yang menggunakannya. mane yang dah tahu sila klik kotak pangkah kat ujung tab sambil search any relevant story yang korang minat. mane yang belum tahu, ni aku nak story. tak nak cite pasal nyamuk tu lagi. hati masih terguris. demm.


mengenai ASTRO. yezza. harga naek lagi. setiap pakej akan mengalami kenaikan harga di antara RM1 hingga RM 15 berkuatkuasa 11 Julai 2011. menarik? memang SUNGGUH menarik. ni aku ley bayang lah ape bapak aku membebel kat rumah tu bila dapat tahu pasal ney. jangan die terminate sudah. memang bosan lah hidup aku kat rumah nanti kalau bapak aku terminate.


alasan yang diberikan, nak buat penyelarasan harga. katanya, ianya sesuai dengan kualiti yang ingin diberikan kepada pelanggan. jangan biar masyarakat kat luar meletakkan harapan terhadap kualiti anda sekali lagi kerana mereka pernah kecewa. aku nak tengok sejauh mana kualiti yang diuar-uarkan sangat tu.

kesian masyarakat kat luar sana *termasuk aku* sebab sering teraniaya dengan strategi pemasaran orang-orang tertentu yang ingin mengaut keuntungan. harga barang dan caj perkhidmatan sentiasa bermain-main dengan nilai, tetapi gaji dan pendapatan isi rumah masih rendah. adakah mereka memandang perkara ini sebelum memikirkan keuntungan yang bakal mereka perolehi? adakah mereka menilai pendapatan golongan yang kurang berada di luar sana? wallahualam.

p/s: untung sape-sape yang langgan pakej keluarga coz takde kenaikan caj yang dikenakan. katanya lah. tak tau lak kalau ada caj tersembunyi. baek pergi cek bil nanti. huhuu~

menderma darah di malam hari

0 orang sedang menCONTENG dinding

tension. dah macam pesta nyamuk-nyamuk ney berkeliaran dalam bilik. nak tido pun susah. baru-baru masuk bilik ney aritu takde lak nyamuk berkeliaran mencari mangsa. tup-tup, muncul secara berjemaah. haram jadah sungguh.

pagi-pagi buta dah berperang dengan nyamuk. terpukul sana, terpukul sini. bengkak sana, bengkak sini. satu badan gatal. ni esok kalau aku demam, memang kes naya laa~

ni sambil menaip entri, sambil berperang memukul nyamuk-nyamuk yang berkeliaran depan skrin laptop yang sedang menganjing. membuat lalu lintas tanpa rasa hormat kat depan skrin ney, gigit-gigit jari dan segala pembuluh darah yang terbonjol di segenap badan aku. lu bikin gua panassssss je pepagi buta ney. demm.

katakan TIDAK pada nyamuk!!
chow. nak sambung berperang dengan bala tentera nyamuk-nyamuk durjana. sungguh tak bertamadun semua nyamuk-nyamuk ney. haiyahhhh!!


p/s: bala..............bala............~

jangan makan TAUGEH

2 orang sedang menCONTENG dinding

Monday, June 6, 2011

ok. entri pasal kesihatan. siape aku nak cerita pasal kesihatan? entah. layankan sudah. baru terbaca. tapi rasanya bende ney belom sampai kat negara kita. tapi prevent is better than cure right?

sape tau pasal penularan bakteria E.Coli? ok. bakteria ney sedang menular pembiakannya di Eropah. Asia? mintak-mintak tak masuk. tapi kalau korang ada ceri beri berdarah (cirit-birit), better korang pergi cek kat hospital yang berhampiran. kot lah korang antara mangsa pertama kat Asia ney. 


punca yang sedang dikaji adalah melalui pengambilan TAUGEH. ye...taugeh sayur tu. bukan TAUKE dari kumpulan Jambu tu. huhuu~


kenyataan media telah dikeluarkan berkenaan penularan wabak ney. sekali lagi, lepak chill dengan petikan di bawah.

"...Menteri Pertanian Jerman, Lower Saxony, Gert Lindemann, berkata ujian awal menunjukkan tauge dan cambah jenis lain dari ladang di kawasan Uelzen, di antara bandaraya Hamburg and Hannover, mempunyai kaitan dengan jangkitan di lima negeri..."

bende ney dah membunuh 22 mangsa dan menyebabkan 2,200 mengalami symptom-symptom yang telah dinyatakan kat atas tu. so, beware lah yep.

hahaha..GAMBIR...GAMBIR

0 orang sedang menCONTENG dinding
mamat (GAMBIT) ney lagi? entah kenape aku nak buat entri pasal mamat ney untuk kedua kalinya. semak sebenarnya. tapi kenyataan die kat dalam press memang MENARIK untuk dijadikan story.

kePANDAIan beliau dalam menggambarkan sesuatu tu memang aku puji. baghal. lepak chill sambil bace petikan di bawah.

“Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium..."

perasan apa kePANDAIan mamat ney? lucah dalam kamus pemikiran dangkal die tu cuma bercium. wow. so clever lorh. 

aku rase mamat ney kaki ponteng sekolah lah dulu. mak bapak hantar pergi sekolah die cabut pergi cyber cafe layan bende-bende tak elok. tu pasal lah sempit semacam kamus pemikiran mamat ney. 


semoga berjaya lah bro dengan kedangkalan otak kau tu. kau memang MELAYU paling MAJU dalam negara ney. semua yang membidas kau tu semua ketinggalan zaman dan kuno pemikirannya. tapi kami bangga sebab adab kami terpelihara dan masih utuh. teruskan lah menghasilkan something yang macam tu. biar kes-kes buang bayi, sumbang mambang(eh..eh...mahram lah) dan yang sama waktu dengannya tu terus meningkat. baru lah negara ney bertambah maju dan boleh berdiri setanding dengan negara barat yang kau sanjung tu. 

p/s: boleh lah kau lepak chill dengan seorang kehormat ney yang nak jadikan negara kita ney hub hiburan. elok sangat lah tu. owpsss =)

isteriku PELACUR KELAS PERTAMA

3 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, June 5, 2011

hahaha. tajuk ney bukan bermaksud aku dah berkahwin atau mempunyai isteri seorang pelacur. demm. mintak junction. lagipun lama lagi aku nak masuk alam yang satu tu. hohoh.

cuma aku tertarik dengan satu artikel kat paper arus perdana yang satu ney. rasanya ramai yang dah baca. ramai jugak yang dah tahu. hopefully.

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

tu antara petikan yang terdapat dalam artikel berkenaan. kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan yang menggelarkan diri mereka sebagai Kelab Isteri Taat yang katanya mempunyai banyak ahli dari cawangan-cawangannya di seluruh dunia. dan one of the top members merupakan seorang muslim yang bertindak mengeluarkan kenyataan di atas.

persoalannya, kewajaran penggunaan 'pelacur kelas pertama' untuk menggambarkan seorang isteri yang superb tahapnya. kenapa PELACUR? kelihatan seperti merendahkan maruah seorang isteri. pelacur, maruahnya sangat rendah. tolong jangan cuba untuk menyamakan taraf seorang isteri di mata suami dengan seorang pelacur di mata masyarakat.

mungkin yang mengeluarkan kenyataan berkenaan kurang pengetahuan dalam bidang agama. junjungan kita (Nabi Muhammad S.A.W) tu pun tak pernah mengeluarkan hadis mengaitkan seorang isteri dengan pelacur. jadi, jangan nak keluarkan fatwa anda sendiri. rujuk kepada yang lebih arif sebelum mengeluarkan satu-satu kenyataan. jangan pakai hembus je.

isteri = pelacur kelas pertama = karut




dan kewajaran penubuhan persatuan tersebut pun aku tak dapat pastikan relevannya. maybe niat nye baek, untuk melahirkan seorang isteri yang top class, tapi perlukah ianya dijadikan dalam bentuk pertubuhan?wallahualam. 

mana-mana suami kat luar sana tu, anggap isteri tu satu tanggungjawab dan amanah. jangan jadikan mereka H.A (hamba abdi) anda. mereka juga punya perasaan dan kehendak. dan perlu diingat, si isteri merupakan lubuk pahala, penentu syurga neraka tempat anda di alam yang lagi satu kelak. baek jagaannya, syurgalah tempat anda, dan begitulah sebaliknya. 

p/s: kahwin biar ikot syariat, jangan ikot nafsu semata. pesanan buat diri sendiri juga. wallahualam.

rasuah dan bola sepak

0 orang sedang menCONTENG dinding

Saturday, June 4, 2011

apa dah jadi dengan industri bola sepak antarabangsa sekarang ney? rasuah sana. rasuah sini. sampaikan badan induk bola sepak dunia terheret sama. liga di Malaysia pun tak terkecuali. satu pasukan yang dahulunya kuat, tapi sebab duit, semua lebur. hancur berderai. sebut pasal duit, berduyun kerumun macam semut. sampai tak kisah tu duit haram ka duit halal.


semua angkara kaki judi bola sepak yang inginkan keuntungan. kalau dahulu dah ramai yang kene banned dari bermain bola sepak terus. seumur hidup tak ley bermain secara professional dalam liga tempatan tanpa mengira level. disebabkan mereka jugalah, sukan bola sepak tempatan mengalami kemerosotan mendadak termasuk turun rangking dalam FIFA.

sampai satu tahap di mana segelintir pemain yang digantung pada era berkenaan menagih simpati untuk kembali berkhidmat dalam pembangunan sukan bola sepak tempatan. namun hasrat tersebut berkubur apabila ketegasan FAM menolak permintaan mereka akibat dari kesalahan lampau yang mereka lakukan.

tapi generasi muda kita hari ini tak pernah nak menjadikan ia sebagai satu iktibar. sukan bola sepak negera baru sahaja mengalami revolusi. tetapi mentaliti mentah para pemain yang mengambil kira untung luar menjatuhkan kembali imej sukan bola sepak tempatan. memalukan. 


kepada yang terlibat, bawak-bawak lah insaf. fikirkan masa depan. jangan nak fikir untung. duit dah lah haram. takkan nak jadikan darah daging tok dijadikan bekal ke akhirat kelak. darah hasil duit haram yang mengalir tu akan turun ke generasi akan datang. berubahlah.


come on la GAMBIT

0 orang sedang menCONTENG dinding
haha. agak kelakar bila terbace pasal mamat ney yang mengelabah bila ditegur. mane readers yang tak kenal sape mamat ney, dia adalah seorang pelakon yang dah agak lame dalam industri tapi suam-suam kuku je name die ney. 

kali ney die diberikan mandat untuk menjadi producer untuk satu video klip ney. 


sepanjang video klip ney berlangsung, kalau korang tengok, yang perempuan tu cume pakai night dress je. luak iman yang tak seberapa ney kejap. katanya target pasaran lagu ney untuk pasaran antarabangsa. yezza. antarabangsa katanya. ce korang tgk video ney, ade kualiti antarabangsa ka kalau si penyanyi tu pun cam tak 'aa je nak miming. low class.

lagi satu, untuk pengetahuan sedare GAMBIT, kita ney dok kat Malaysia. budaya kita tak same dengan budaya yang hang dok kalut pertahankan tu. melalui ape yang aku tengok dari perangai ko ney, aku rase ko ney dalam golongan artis yang dok lemas dalam dunia barat, gila clubbing, minum arak segala. that's why otak tepu ko tu tak mampu berfikir dengan waras pasal kewajaran 'aksi terlampau' yang ko cube tonjolkan dalam klip video "antarabangsa" ko tu. tapi kalau orang cakap macam-macam kat ko pn kompem-kompem ko akan nafikan. artis, biasalah. semua dorang boleh buat. bila ditegur, ini yang kami dapat.


nak perang dengan blogger. pegeydah. kami juga punya hak untuk bersuara. "middle finger on your asshole f***ing sh*t".

p/s: jadi artis biar berotak dan beradab. baru orang respect siapa diri ko. 

*gambar dari sumber Oh! Media.

review MAHARAJA LAWAK minggu 10

0 orang sedang menCONTENG dinding
assalam dan selamat pagi untuk makhluk sekalian alam. ok. kali ney nak citer pasal konsert Maharaja Lawak minggu ney. minggu yang ke-10. ramai yang tahu dorang wat tour. jelajah Semenanjung Malaysia la orang kate. minggu ney buat kat Penang, minggu depan kat Kuantan, last sekali kat Johor Bahru. kononnye nak bagi penghargaan lah kat all supporters yang support event ney sepanjang ia berlangsung 10 minggu*padahal nak kebas duit orang je tokey Astro ney*. tiket laku habes. dasat sambutan kat Penang ney. katenye 2000 tiket abes terjual. kaye lah tokey Astro tok show malam tadi.

tapi aku rase rata-rata penonton yang tengok malam tadi agak kuciwe dengan persembahan yang diberikan. yang bertiket, sanggup beratur panjang nak bayar harga tiket, yang kat rumah dok bayar harga tambahan tok channel warna tu, tapi sajian yang mereka harapkan tak se'semenggah' yang diharapkan. yang untung sape yang layan kat youtube cam aku ney lah. tak rugi pape kecuali mase. hahah.

ok, nak review setiap peserta. kite mulakan dengan Jozan.


cerite pasal cik pond a.k.a mak nyah. karektor dah ade. patah riuk aku tengok. tapi content kureng. penyampaian tak memberangsangkan. nampak macam mengade-ngade pun ade. tapi pasal voters dorang ney ramai, so, tak de lah dorang rase rugi buat show ala kadar je. kompem-kompem masuk finale dah dorang ney. semalam pulak kate dok kat bottom 3. apa lagi, melambung lah vote tok group Mail Lambung ney minggu ney.

next is Nabil.


he's back to the root. perjalanan cerita yang tersusun. macam mase die dinobat jadi Raja Lawak suatu ketika dahulu. kupasan pasal kes culik tu sebenarnya berisi. tapi, cara penyampaian tu tak berapa nak memberi impak. orang dah tak berape nak gelak tengok show die. vote pun skunk dah kat bawah je. kesian aku tengok. berusaha buat lawak tapi orang tak nak gelak. ade lah sorang due yang camera zoom yang tercuit tok gelak. ape boleh buat, seorang raja yang dah tak dianggap. sabo je lah jang yo =)

seterusnya ialah Jambu.


minggu lepas aku rase show die paling berkesan. pecah perut aku gelak. tapi minggu ney dah macam ape dah. terjerit sane, terjerit sini. bingit dow. dah lah asyik ulang perkataan yang same. ni lagi satu calon yang dah kompem masuk final coz kipas-kipas yang berjaya dikumpul adalah sangat ramai. so, dorang pun macam sambil lewa je lah wat persembahan. lawak pun entah pape. for this week, bosan.

persembahan seterusnya adalah dari kumpulan R2.


group adik beradik yang baru diserap masuk kembali setelah disingkirkan. group ney yang lawak sorang je. si abang die tu. adik die jadi feeder je. kali ney memang kureng mengancam. tapi malam tadi si adik berjaya kill abang die. tu je lah yang positive. ni antara underdog yang bakal-bakal tersingkir before finale nanti. saba aje lah ye. huhuu~

and last sekali persembahan dari Sepah.


kali ney dorang mengupas pasal bidan. boleh la nak kate kelakar. tapi still isi kureng. tak fluent dorang nye persembahan. ni lagi satu group yang kije nak menjerit. pas tu lawak agak kasar. tapi tak yah nak bimbang lah. antara calon finale coz bilangan kipas yang dorang berjaya kumpul sepanjang musim dorang dinobat menjadi Raja Lawak dan sepanjang musim Maharaja Lawak ney berlangsung. cuma kalau boleh tu biarlah ada konsistensi. baru berbaloi orang nak vote.

tu lah review keseluruhan yang aku ley bagi. tiada penyingkiran yang berlaku. minggu ney overall memang agak hampeh. mengharap yang lebih baek bile kat Kuantan minggu depan ye geng ML sekalian. all the best tok korang. peace =)

SELAMAT PENGANTIN BARU

0 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, June 3, 2011

selamat bernikah kepada fasi ko-k volleyball aku yang baru sahaja selesai. alhamdulillah. selamat dah semua. die punye gelabah, bajet cool lah nak kate menikmati hari-hari terakhir sebagai seorang BUJANG? pegeydah. dalam hati riang gumbira pasal penantian berakhir. heheh. anyway, selamat pengantin baru. 11 jun ney kalau sompek den datang lah yo? =)


siap lagu lagi den bagi ney. semoge jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah. =)


p/s: bile lah agaknye turn aku nanti yep?heheh~ gatal dah mai dah.............dush~

cara pemanduan berhemah yang perlu diPRAKTIKkan

0 orang sedang menCONTENG dinding
assalam tok semua. sejahtera untuk yang bukan muslim. kasik sempoi ini malam. hari ney hati aku meronta-ronta, otak mendesak, dan segala saraf menumpu ke arah jari-jari untuk menaip mengenai sikap pemandu yang aku rase paling berhemah setakat ney yang aku pernah jumpe kat atas jalan raya seluruh Malaysia.


main redah

ni kategori paling berhemah. kenape? sebab kalau sampai kat simpang, tak de pandang kiri kanan, maen redah je. kalau depan aku, memang dapat maki dan hon sebagai amaran. berdasarkan pengalaman, mostly yang jatuh dalam kategori ney adalah PEREMPUAN. but not most of them, some of them only =)


kereta mahal lupa nak pasang signal

yang ney pun kategori paling berhemah. kereta nampak mahal tapi sayang lupe nak mintak pasang lampu signal time beli dulu. penyudahnye, sampai kat simpang, takde signal yang menyala sebagai tanda ingin masuk ke simpang yang dituju. dan akhirnya mendapat maki yang sangat padu. 

potong line
bab ney ramai yang suke buat. kalau potong double line tu standard la kan? hohoh. tapi kalau dah potong line kat tol, memang macam haram perangai. tolong bersabar boleh? orang lain penat menunggu giliran jugak. tapi tak de lah gelojoh sampai tergamak nak potong barisan. tak de sivik punye orang.

lembab tapi nak jugak duduk kat lane tengah
ni biase nye kite jumpe kat highway. memang aku jaki tol tengok orang macam ney. sumpah aku rase nak langgar je belakang kerete die bagi die sedar. kalau setakat nak bawak 70-80 ala-ala makan angin tu tak payah lah nak dok lane tengah. lane tengah tok kerete yang laju tahap gaban*dah lame tak dengar perkataan ney dari seseorang....huhuu~* nak perabeh minyak tu. sekolah memandu perlu amek langkah yang lebih efektif supaye golongan seperti ini tak menyusahkan orang laen bile dah memandu atas jalan raye kelak.

p/s: memandu biar pakai otak jangan pakai ikut sedap rase =)