hukum sains atau hukumNYA?

0 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, May 27, 2011

baru selesai menonton cerite MASTIKA mencari LOGIKA kot tajuk die. citer pasal dunie metafizik. more or less macam tu la. baru hari ney layan. macam best. 

citer pasal bomoh hujan. orang yang berkebolehan mengalihkan awan hujan. ni bukan bomoh pakai ayat-ayat mantera jampi serapah segale yang syirik lagi kufur tu, tapi gune ayat al-Quran. cliche? agak skeptikal pada mulanye untuk menonton. tapi bile dah tengok, dan berfikir dengan logik akal, sebenarnya hanya doa yang dipohon oleh si bomoh.

selebihnya bergantung kepada kuasa Yang Maha Berkuasa. dalam kenyataan bomoh terbabit pun ada menyatakan, dia hanya menyampaik doa yang dihajatkan, selebihnya bergantung atas keredhaanNYA. sebenarnya kita yang biasa ney pun boleh lakukan selagi kita percaya dan yakin dengan kekuasaanNYA. dan tindakan kita tu tak lari atau bercanggah dengan hukum yang dinyatakan dalam al-Quran. 

bomoh tu siap cakap, ada sesetengah kes, die dah buat amalan die, kemudian hujan tetap turun. sebabnye kemungkinan orang yang meminta tolong tu tak yakin dengan kuasa Yang Maha Esa. kebenaran disebalik kejadian, wallahualam. selagi kita percaya dengan kuasaNYA, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

at the end of the show, ade sorang professor mengeluarkang kenyataan yang agak memeranjatkan sebagai seorang muslim. kepercayaannya terhadap hukum sains terlalu mendalam. sehinggakan hujan yang turun berdasarkan proses dalam hukum sains. memang benar ape yang kite dah belajar time zaman sekolah dulu, hujan merupakan salah satu proses kitaran air. tapi harus diingat, segalanya adalah berlandaskan kuasaNYA. cara die menyampaikan fakta seperti die tak percaya dengan kuasaNYA dan megagungkan hukum sains yang telah dikuasainya.

so, pada aku, back to the root. rukun Islam, rukun Iman dan hukum-hukumNYA. selagi tak bercanggah dengan hukumNya sudah la. akhir kata, pikirlah sendiri. =)

kenapa?

0 orang sedang menCONTENG dinding

Monday, May 9, 2011

menonton perlawanan bola secara berjemaah menjadi rutin setiap hujung minggu. lepak di kedai-kedai mapley sambil pekena barang secawan dua teh tarik, humak aih, mantap. seronok. membahan member-member yang tak sehaluan. bertikam lidah kate team tu bagus, team ney bagus. gaya macam dapat pape sumbangan sponsor dari team yang disupport. tapi tu lah pengerat ukhwah antara rakan sebaya.

bila dilihat, asal time bola je kompem bersusun manusia-manusia sekalian alam pergi menonton. kadang-kadang tu terfikir, kenapa tak berlaku ketika azan berkumandang? kenapa asal azan mendayu-dayu seperti melambai untuk kita berjemaah, ramai yang buat tak endah. bila ada event-event macam konsert ka, karnival ka, berduyun-duyun manusia yang datang. sanggup bersesak segala.

dah pergi kat tempat-tempat macam tu, siap post kat twitter: sedang berada di tapak karnival ehehem. kenapa bila masuk waktu solat tak post: sedang berlumba mencari keredhaan-Nya. skeptikal bukan?

tapi tu lah manusia, berlumba mencari keseronokan dunia tetapi malas mengejar dunia hakiki. majlis-majlis ilmu terbiar tanpa pengunjung. tak semegah event-event yang penuh keseronokan duniawi yang sementara. kenapa? entahlah. gagal berfikir dengan waras. sebab diri sendiri terkadang terlalu berat untuk menerima pelawaan majlis-majlis ilmu.

barangkali perlu menetapkan satu azam yang baru untuk sem depan? kita cuba tengok macam mana. kalau berjaya, alhamdulillah, kalau gagal, nauzubillah. (^,^)v

* hanya renungan. khilaf diri yang terlalu berat untuk diubah. hurmm~

selamat hari ibu

10 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu diucapkan kepada para ibu di seluruh dunia. and to my mum, jari disusun tanda kemaafan dipinta andai tersilap laku, terkasar bahasa, terkurang itu dan ini serta karenah yang entah ape-ape. abang sayang ibu =)


mukadimah dituju khas untuk omak den. seterusnya mengenai isu sambutan hari ibu yang dilarang. sebagai umat Islam, sesetengah pihak memandang sambutan hari ibu ini adalah dilarang kerana beranggapan ianya tidak berlandaskan kepada syariat Islam. menyambut hari ibu bertujuan untuk menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan di atas pengorbanan yang telah dilakukan oleh para ibu di seluruh dunia tak kira yang telah lama menempuh dunia keibuan atau yang masih baru. 

atas sebab itulah muncul satu lagi pendapat yang menyatakan, untuk menyampaikan penghargaan terhadap ibu boleh dilakukan hari-hari. tidak perlu dikhususkan kepada satu hari yang mana ianya disambut diseluruh pelusuk tanah air. 

and for me, terpulang kepada individu itu sendiri. dalam Islam, niat memainkan peranan utama. tetapi harus ingat, niat tidak menghalalkan matlamat dan cara sesuatu tindakan. dalam kes ini, aku berpendapat, seseorang itu perlu menetapkan niat mereka menetapkan suatu tarikh yang khusus untuk mereka menghargai jasa dan pegorbanan ibu mereka. jika diliha dari sudut yang positif, sebenarnya banyak kebaikan yang boleh dicapai. antaranya pada hari tersebut, kita boleh melihat adik beradik bersatu dalam menyampaikan rasa terima kasih mereka. jika hari-hari biasa si ibu berpening kepala melayan karenah setiap anak mereka, apa kata luangkan sedikit masa untuk membuang ego masing-masing dan merencana satu event khas untuk si ibu. disamping dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak, dapat juga mengeratkan hubungan antara adik beradik terutama yang sukar untuk duduk bersama.

jika melihat kepada pendapat mengapa hari ibu perlu disambut setahun sekali dan tidak setiap hari, kita juga perlu melihat adat masyarakat kita yang meluahkan kemaafan setahun sekali iaitu ketika sambutan hari raya. kenapa tiada fatwa dikeluarkan berhubung perkara ini sedangkan kemaafan perlu dipinta setiap kali kesalahan dilakukan dan bukan dikumpul sampai setiap kali sambutan raya baru nak bermaaf-maafan? konsep yang sama bukan?

memang benar, setiap hari boleh disampaikan penghargaan terhadap si ibu. tetapi kesempatan dan ruang waktu yang terhad kepada setiap anak-anak untuk si ibu menjadi penghalang. oleh itu, satu hari yang khusus dirancang agar ianya menjadi satu masa yang si ibu mengetahui bahawa jasanya selama ini dihargai. anak-anak berkumpul mengucapkan sesuatu yang bermakna untuk si ibu, melakukan perkara bersama-sama seharian bersama si ibu, bukankah ianya kelihatan sungguh bermakna untuk mereka yang kurang kesempatan masa untuk melakukannya di hari-hari biasa? 

mungkin akan ada yang masih tertanya, dah tu kenapa hanya sehari sahaja? sepanjang pengorbanan yang dicurah sepanjang tahun, hanya sekali setahun kita menghargainya? bukankah itu tidak adil? benar, tapi itu terpulang kepada si individu. mungkin sesetengah daripada kita menyambutnya setiap bulan, dalam sebulan, mereka merancang satu hari untuk si ibu. tetapi yang setahun sekali ney hanya lah sambutan secara global. akhirnya, terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana untuk menyambutnya.

akhir kata, tetapkan niat dan matlamat. bersederhana dalam melaksanakan sesuatu tindakan. dalam kita dok bergumbira menyambut hari ibu, jangan pulak berlebih-lebihan, membazir sana sini. niat yang suci tak harus dicemari dengan perbuatan yang sia-sia. moga kita mendapat rahmat daripadanya. Insya'Allah.