REALITI KEHIDUPAN: biar muka tak cantik, tapi...

2 orang sedang menCONTENG dinding

Wednesday, July 6, 2011

Ni masalah remaja kita hari ini. Ramai yang pentingkan appearance luaran, dari segi zahir tetapi mengabaikan kepentingan menjaga adab yang gagal dititikberatkan dalam diri.

Sekolah tinggi-tinggi, masuk universiti segala bagai. Tapi tak ramai yang mempunyai akhlak yang tinggi setinggi pendidikan yang mereka perolehi. Tak kira jantina, baek lelaki mahupun perempuan, sama je 3x6 ngan 2x9.

Aritu lepak kat area sebuah bandar ney ngan adik aku. Saje cuci mate. Tu masalah gak tu. Hahaha. Jap lagi lalu 3 orang awek. Model-model belake. Dah macam momok mekap dorang. Tebal. Nak tergelak tapi aku tahan. Kang tak pasal-pasal makan penampar, paling koman pun kasut tumit tinggi saiz 5 lekat kat tepi perut ney.

Lepas dorang lalu depan aku, aku terpandang sesuatu. Ada tatu kat bahu dorang. Lambang yang sama. Macam mana aku nampak? Kuasa transparensi mate aku kot. Haha. Dah dorang dok pakai baju tali halus tu. Nama pun cuci mata. Dorang lak jenis suka ‘belanja’. Dedah benda yang tak patut didedah. Yang aku perasan tadi muka semua melayu. Demm. Apa itu neraka (WTH)? Cepat-cepat gelak yang terbit tadi berganti dengan perasaan kesal. Bangsa aku dah semakin rosak.

Aku perhati gerak geri dorang dari jaoh. Pergerakan mereka terhenti di satu kelompok manusia. Majoritinya brader-brader. Bertenggek atas motor kapcai buat modal pancing mana-mana awek yang sanggup menggadai maruah untuk membonceng belakang mereka. Tafsiran aku terus meneka, barangkali awek-awek tadi cikaro. Jangan nak sembang tak tahu apa itu cikaro.

Tak berapa lama lepas tu, awek-awek tadi lepas bersama kumpulan mat-mat motor. Dengan muka bangga brader-brader tadi membonceng si awek yang baru di’tackle’. Kuat si awek ney peluk brader tu aku tengok. Takut jatuh barangkali.

Tu lumrah yang kita semakin lali untuk perhati. Dah semakin ramai. Jabatan agama sampai dah malas nak buat rondaan. Hari ney tegur, esok lusa buat lagi. Tiada kesudahan selagi dalam diri takde perasaan ingin berubah. Salah siape? Penguatkuasa? Tok imam? Pak bilal? Para remaja? Mak bapak? Cikgu-cikgu kat sekolah? Renung-renungkan.

p/s: sapa-sapa yang rasa ada family, jaga family korang. Jaga adik korang. Jaga akak abang korang. Supaya mereka tak terjebak dalam lembah kerosakan. Wallahualam.

sape kate binatang sayang anak?

0 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, July 5, 2011

si anak mendekati ibunya. merengek-rengek meminta dibelai. menagih kasih daripada si ibu. tetapi si ibu tak mengendahkan permintaan si anak. rengekan anak kecil itu dibalas sepi. tiada jawapan. ya tak, tidak pun tak. si anak mencuba lagi. memegang perut si ibu. kali ini si ibu memandang si anak. die bingkas bangun dan berlalu pergi. si anak terpinga-pinga dengan tindakan si ibu. perutnya lapar. ditahan untuk kali yang entah ke berapa.

lebey kurang macam ni la anak kucing kat uma aku tu =)
apa yang korang rasa bila baca starting entri kali ney? tu apa yang dapat aku tafsirkan dari si kecil comel yang merupakan seekor anak kucing. berumur lingkungan 3 minggu. jalan pun still tak stabil. kesian aku tengok. lahir bersama tiga yang lain, kesemuanya menemui ajal di mulut si kucing jantan, penderma benih yang disemai si ibu.

si comel ini berjaya diselamatkan dari menjadi santapan si jantan. si ibu pula seperti tidak menganggap si comel ini seperti anaknya. dibiar si anak merengek meminta susu di badan untuk mengisi kelaparan. dibiar si anak bermain seorang diri tanpa pengawasan. mana pergi kasih sayang yang sering manusia jadikan kayu ukur sikap penyayang mereka?

sekarang si comel sudah mempunyai teman bermain. aku lah yang rajin melayan. kami sekeluarga berusaha melayan si comel. memberi susu, menjadi teman bermain. manakala si ibu terus dengan halnya sendiri. menjalang di jalanan. buat reti, jage tak reti. hampeh. entah apa lah malang ko dapat mak macam tu. ish3~

p/s: so sape yang still percaya binatang pun sayang anak?

.:letih:.

0 orang sedang menCONTENG dinding

Saturday, July 2, 2011

akhirnye mempunyai kesempatan untuk menulis. dah 2 minggu lebih kot tak jenguk blog. demm~ blog sendiri tak tertengok, blog orang laen ape tah lagi. nak blog walking pun takde mase. otak pun rase dah tepu nak keluarkan modal tok blog aku ney. semua gara-gara masum. berbaloi penat lelah training sebulan. hahaha~

since last entri, aku rase banyak bende berlaku kat dunie sekeliling. aku tengok dari jauh je. nak komen mase lak takde. lantak pi la depa. korang nak huru hara ke ape ke, lantak korang. mane yang pergi dok support mende-mende tak berfaedah tu, 1 word tok korang -> BANGANG.


cakap banyak pun tak guna. nanti balek-balek aku gak yang kene tembak. otak yang dah kene basuh dek hasutan ney malas aku nak layan. makin kite cakap, makin dorang nak memberontak mengatekan pendapat dan falSAMPAH dorang tu benar belaka. pergi lah jahanam tok golongan berkenaan.

bila kuasa mula menjadi kiblat, fitnah dan cacian jadi mainan. keamanan sejagat dipandang enteng. biar huru hara, asalkan matlamat yang serong berjaya dicapai. aku tak rase ape yang due-due side tu buat bakal membawa kebaikan. bila dah berkumpul beramai-ramai, dengan pelbagai ragam, dengan ketaksuban yang melampau, sifat ekstremis akan muncul even sekelumit bila matlamat yang mereka agungkan cuba dihalang.

dunia dah sampai kat penghujung. susah nak jumpa amar makruf nahi mungkar yang betul-betul boleh digunapakai untuk kehidupan seharian. kebanyakannya bermain dengan kata-kata penuh dusta yang cuba dilemparkan oleh akal-akal cetek yang cuba mempertahan falSAMPAH dorang.

aku bukan nak berpolitik. aku benci dunie politik sekarang. semua kejarkan kuasa. belum berkuasa, nampak macam baek. bila dah berkuasa, rupenye same je 3 kali 4 ngan 6 kali 2. 


p/s: otak ada, tapi kalau akal takde serupe tak yah hidup jadi manusia.