there is ISLAM in Malaysia but no MUSLIM...

Friday, December 9, 2011

lokasi: kedai fotostat
masa kejadian: 2 hari lepas...

aku: berapa ni aunty??58 helai semua sekali...
aunty: RM5.20

sambil membelek wallet mencari not RM5, sebelah aku ada seorang foreigner perempuan.

foreigner: how much?
aunty: 30 cents only.
foreigner: oh, i'm sorry. have no change.

sambil mengeluarkan not RM50.

"mak aih...30 sen je pun..agak-agak lah keluarkan 50 hengget," getus aku dalam hati sambil menghulurkan RM5.20 kpd aunty tu. usai membayar, aku gerak terus ke kereta sebab dah terlambat. 15 minit dah lambat pergi lab hari ni. selamba sudah~

semasa driving ke fakulti;

"kenapa aku tak tolong je foreigner tu tadi. aku ada je 30 sen tu. bukan ke dalam ISLAM digalakkan bantu-membantu sesama umat walaupun berbeza rumpunan bangsa." getus hati aku. teringat aku satu quotes yang dikeluarkan sorang lecturer aku time dalam kelas beberapa hari yang lepas:

"there is ISLAM in Malaysia but no MUSLIM"

merujuk kepada ramainya penduduk ISLAM di negara kita tetapi penghayatan terhadap budaya ISLAM serta ajarannya itu terlalu minima. ada betulnya juga apa yang disampaikan tu. lihat sahaja contoh aku tu. seeloknya kita membantu orang yang memerlukan. bukan pentingkan diri sendiri.

bila difikirkan kembali, banyak je contoh yang boleh di'relate'kan dengan penghayatan budaya ISLAM yang kurang diamalkan dalam masyarakat kita. sebagai contoh, bersalam-salaman selepas solat. kalau lepas Jumaat tu, masing-masing salam member-member sendiri je. bukan ke kat dalam masjid tu semuanya satu umat. tak salah rasanya kalau kita bersalaman dengan at least beberapa orang di sekeliling kita walaupun kita tak mengenali mereka.

so, sama-samalah kita perbaiki diri ke arah yang lebih diredhai. wallahualam~

0 orang sedang menCONTENG dinding: