perlukan 'follow up'

3 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, August 12, 2011

nama-nama seperti Fahrul Razi Kamarudin, Mohd Nursalam Zainal Abidin, Reuben Tharapayan Kathiripillai dan Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha'ari agak asing di kalangan peminat bola sepak kebangsaan. patah lagi, nama-nama ni tak tersenarai dalam team elit sama ada skuad Harimau Malaya mahupun Harimau Muda. tetapi kelibat mereka di Karnival Sukan Universiti Dunia(Universiade) di Shenzen, China mampu membuka mata dan mampu menjadi antara bualan terbaru di kalangan peminat bola sepak tempatan.

kejayaan mereka menghalang asakan team juara bertahan, Ukraine semalam dilihat sesuatu yang sangat positif. mereka mampu menyerap asakan demi asakan team Ukraine dan mampu menghasilkan gerakan-gerakan menarik harus diberikan pujian. barisan pertahanan dan tengah berjaya dikemudi dengan baik walaupun sesekali dilihat longlai terutama semasa jaringan kedua dijaringkan. kredit perlu diberikan kepada pemain-pemain tengah yang mampu memberi bantuan terhadap setiap gerakan sama ada serangan mahupun bertahan dan ia adalah sesuatu yang positif.

dan pemain sayap lincah, Fahrul Razi Kamarudin dilihat mampu memberi saingan yang lebih kuat terhadap beberapa pemain ternama seperti Amirulhadi Zainal jika dia diserapkan dalam skuad elit kebangsaan. sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh Datuk K.Rajagobal dan Ong Kim Swee untuk memantapkan lagi barisan serangan skuad elit. dan beberapa nama di barisan pertahanan seperti kapten skuad UiTM, Amirizwan Taj Tajudin dan gandingannya, Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha'ari mampu mengubati kepincangan barisan pertahanan skuad elit. dan kelibat Mohd Nursalam Zainal Abidin dan ReubenTharapayan Kathiripillai juga perlu diberikan perhatian kerana gerakannya mampu mengkucar kacirkan barisan pertahanan pihak lawan.

walaupun diundi dalam kumpulan 'maut' yang dihuni juara bertahan Ukraine, Brazil dan Rusia, dengan persembahan mantap semalam, aku yakin skuad ni mampu pergi jauh. dan aku mengharapkan persembahan yang lebih konsisten terutama dari segi stamina yang dilihat menurun pada babak kedua perlawanan. yang pasti, 'follow up' perlu dilakukan bagi beberapa nama yang disenaraikan. aku meletakkan harapan supaya nama-nama tersebut mampu memperkuat barisan skuad elit kebangsaan di masa akan datang. and good luck guys!! wa caya sama lu!!

ikhlas atau menunjuk-nunjuk?

2 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, August 9, 2011

seorang makcik yang kelihatan uzur terbongkok-bongkok berjalan menuju ke pentas. di atas pentas menanti beberapa kenamaan yang sabar menanti. di tangan mereka beberapa bungkusan berupa 'sumbangan ikhlas' yang akan diberikan kepada makcik tersebut.


"senyum kat kamera makcik. masuk surat khabar esok ni"

snap...snap...snap

"adeh, berpinau mato den ney hah. laen kali jangan la pakai flash kot ye nak amek gambau pun. ekau ney betul lah."

esoknye, 

"orang kaye menghulurkan sumbangan ikhlas kepada penduduk kampung"

nah, masuk paper. satu malaya tau kau bagi sumbangan 'ikhlas'. itu yang kau kata ikhlas? atau sekadar menunjuk-nunjuk kekayaan kau semata-mata? 

kot ye nak beramal pun, tak perlu dicanang satu dunie. itu macam gaye kau, dah jadi riak. elok-elok niat tu dah berjaya menarik minat Raqib untuk mencatat pahala di bahu kanan, dengan pantas Atid menghalang untuk mencatit dosa kat bahu kiri kau. itu yang kau mau?

p/s: trend orang sekarang. PATUT diubah.

aku RESPECT mereka sebab...

0 orang sedang menCONTENG dinding
suatu hari;

member: apasal lah lagu korea ney tajuk dalam ENGLISH, tapi lirik bahasa KOREA. tak kelas langsung.
aku: biaq pi la depa. at least dorang bangga dengan bahasa ibunda diorang. tak macam orang kita, bahasa sendiri kucar-kacir, bahasa dan budaya orang kita sanjung dan kita junjung. 



gua bagi salute sikit...
aku bukan kipas susah mati or kipas takleh off lagu-lagu korea. segala lagu yang mampu menembusi gegendang telinga hingga menerobos ruang jiwa, aku layan. for me, tajuk cuma sebagai impak commercial. tu pasal aku RESPECT dorang sebab mereka bangga dengan budaya dan bahasa mereka untuk dikomersilkan sehingga menjadi produk memperkenal negara mereka. bukan macam kita yang hanya tau MENIRU.

p/s: tak payah nak agung sangat bahasa orang, kasik 'up' bahasa kita dulu baru 'up'kan bahasa dorang. itu macam baru gua RESPECT beb.