"saya sayang awak, hanya awak dalam hati saya"
terpampang perkataan berkenaan dalam sebuah blog seorang gadis. masih belasan tahun. masih bersekolah. hingus pun masih meleleh. dah reti bermain cintan cintun melantun-lantun.
saya harap awak kekal dengan saya sampai bila-bila
harapan palsu yang disandarkan kepada seorang lelaki yang belum cukup baligh memikirkan tanggungjawab sebagai seorang lelaki. tak ramai lelaki di luar sana yang setia. tak ramai lelaki di luar sana cukup faham erti tanggungjawab. apa yang mereka fikirkan tak lebih dari sekadar kecantikan luaran dan hawa nafsu.
awak, kenapa tinggalkan saya? kenapa buat saya macam ni? saya tak boleh hidup tanpa awak...
nafas umpama terhenti bila ditinggalkan si lelaki. setelah apa yang diberikan, ini lah balasan yang kau dapat. hapah pun tarak. dengan akal yang senteng, pisau menghiris alur vena pembuluh darah. tak kurang yang melabuhkan diri di ikatan tali yang terikat kemas di siling rumah. akhirnya, itu yang kau dapat.
moral: jangan jadikan putus cinta sebagai pengakhiran kehidupan. tetapi permulaan kepada dekatnya diri kita kepada sang PENCIPTA. kerana dia yang maha mengetahui ajal maut jodoh pertemuan kita.
0 orang sedang menCONTENG dinding:
Post a Comment