adakah kita begini?

Sunday, December 11, 2011

brader A: hei bro, semalam kau lepak mana?
brader B: aku layan concert kat Jalal Hills. gile best bro.
brader A: eh, bukan hujan ke malam semalam?
brader B: haha. memang lah hujan. tapi tu sume aku tak kesah bro. yang penting aku dapat tengok idol aku menyanyi live. lagipun ramai je semalam yang dok berdiri dalam hujan semata-mata nak tengok idol masing-masing menyanyi.
brader A: lu memang gile bro. esok lusa jangan nak ngada ponteng kerja plak. aku rembat kau nanti.

di tengah hari Jumaat;

brader A: hoi...asal tak bersiap lagi neh?
brader B: laaa...kau tak nampak hujan kat luar tu? malas lah aku nak pergi masjid hari ni. 

pang!!!!!

brader B: hoiii...aphal kau neh??carik pasal nampak??!!
brader A: tu makan die. kau pergi concert siap berhujan bagai, nak pergi ngadap TUHAN hujan setitik pun kau nak berkira? dah, pergi bersiap sebelum aku sebat kau dengan benda laen yang lebih pejal lagi padat.

brader B:  =_=" baeklah~

brader A: cepat sikit weyh!!!


p/s: idea datang bila dengar radio pagi neh. orang sanggup pergi berhujan berpanas semata-mata mahu melihat artis kesayangan beraksi tetapi bila beralih ke bab-bab berkaitan agama, masing-masing liat. ada saje alasan. mintak kita semua dijauhkan. amin~

0 orang sedang menCONTENG dinding: