Hari ni selak-selak paper, nampak artikel menarik. Front page punya cerita. Pasal budak umur 16 tahun meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 7 sebuah apartment kerajaan di Desa Pandan. Yang menariknya, ianya disebabkan oleh cubaan arwah untuk keluar berjumpa dengan kekasih. Cara yang agak old school, noob tetapi eksrim. Mungkin banyak terpengaruh dengan cerita di layar elektronik mahupun layar perak. Nak tahu lebih lanjut, moh layan baca kat dalam sini.
Tu baru the 1st part of the story. Yang lebih menarik perhatian, sikap dan attitude si kekasih. Nak dijadikan cerita, si kekasih telah menempelak keluarga arwah atas sebab halangan dari mereka untuk berjumpa dengan si kekasih hati sehingga perkara ini berlaku.
"Aku hidup sekarang sampai mati aku takkan maafkan korang berdua ****. Kalau korang bagi dia keluar aku rasa dia masih ada lagi."
Tu antara ayat yang dikeluarkan oleh si kekasih. Logiknya lah, pada aku, mungkin sebab terlalu sayang (puiihh), tanpa pemikiran yang waras, kata-kata tu keluar. Nak kata arwah tu bini dia, tiada ikatan yang sah. Umur pun baru belasan tahun. Dan dia sebenarnya hanya orang luar yang tiada sebarang pertalian darah dengan keluarga arwah. Maksudnya di sini, si kekasih tiada sebarang hak untuk mempertikai tindakan parents/keluarga arwah untuk menghalang arwah daripada berjumpa dengan si kekasih. Itu sudah menjadi satu tanggungjawab parents untuk menjaga batas-batas pergaulan si anak.
Bukankah di sekolah, dalam subjek Agama Islam, bab akhlak ada menerangkan tanggungawab ibu bapa adalah untuk menjaga dan mendidik anak-anak dari sebarang perkara yang dirasakan perlu sebagai seorang anak untuk patuh. Lebih-lebih lagi, arwah merupakan seorang gadis, segala dosa dalam setiap perlakuan masih ditanggung oleh si wali iaitu bapa. Oleh hal yang demikian, atas kapasiti sebagai parents, tindakan menghalang tersebut adalah wajar dan si kekasih langsung tiada hak untuk mempertikaikan tindakan tersebut. Jadi, apa relevannya tindakan si kekasih tadi? Nonsense.
Waima apa pun yang telah berlaku, ianya adalah atas tindakan dan keputusan si mangsa itu sendiri yang bertindak di luar kawalan kewarasan akal fikirannya sendiri. Let by gone be by gone. Sebagai mereka yang berfikiran rasional dan waras, kejadian ini haruslah dijadikan iktibar terutama kepada para remaja hari ini. Kaji semula kapasiti kita sebagai seorang anak, apa tanggungjawab kita sebagai seorang anak, apa kapasiti seorang parents, apa tanggungjawab mereka. Muhasabah diri. Jangan cepat nak memberontak bila kehendak dihalang. Dalam usia yang sebegitu muda, mungkin bak kata orang lama, darah muda, cepat panas, pantang kehendak terhalang, cepat je nak melenting, cepat je nak menunjuk perasaan segala.
So, sempena hari Jumaat penghulu segala hari ditambah pula dengan kemunculan Hari A'asyura (10 Muharam) yang jatuh pada hari yang mulia ini, moh laa kita muhasabah diri terutama para remaja di luar sana. Jangan dok ingat nak enjoy, berhibur sana sini sampai lupa asal usul. Jangan melawan cakap mak bapak selagi ia tidak bertentangan dengan nilai akhlak kita sebagai seorang manusia muslim/muslimin. Sebab setiap apa jua tindakan dari parents, ianya pasti bersebab. Think out of the box. Bukan bertindak ikut sedap hati. Let's CHANGE!!
notakaki: Al-Fatihah untuk arwah~
notakaki: Al-Fatihah untuk arwah~
0 orang sedang menCONTENG dinding:
Post a Comment