:: n o t a j i w a :: jangan segan hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W

0 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, November 23, 2012


Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)
 

notakaki: diceduk dari Facebook. Bersempena hari A'asyura yang jatuh pada hari Jumaat ni, apalah salahnya kita berkongsi sedikit ilmu untuk dijadikan top up pahala yang mana patut. Selain berselawat ke atas junjungan kita itu, lebih elok kalau kita berjinak-jinak untuk menghidupkan segala sunnah baginda. Semoga kita memperoleh syafaat di akhirat kelak. Wallahua'lam~

::n o t a k a r u t:: ikut hati mati, ikut rasa binasa

0 orang sedang menCONTENG dinding
Hari ni selak-selak paper, nampak artikel menarik. Front page punya cerita. Pasal budak umur 16 tahun meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 7 sebuah apartment kerajaan di Desa Pandan. Yang menariknya, ianya disebabkan oleh cubaan arwah untuk keluar berjumpa dengan kekasih. Cara yang agak old school, noob tetapi eksrim. Mungkin banyak terpengaruh dengan cerita di layar elektronik mahupun layar perak. Nak tahu lebih lanjut, moh layan baca kat dalam sini

Tu baru the 1st part of the story. Yang lebih menarik perhatian, sikap dan attitude si kekasih. Nak dijadikan cerita, si kekasih telah menempelak keluarga arwah atas sebab halangan dari mereka untuk berjumpa dengan si kekasih hati sehingga perkara ini berlaku. 


 "Aku hidup sekarang sampai mati aku takkan maafkan korang berdua ****. Kalau korang bagi dia keluar aku rasa dia masih ada lagi."


Tu antara ayat yang dikeluarkan oleh si kekasih. Logiknya lah, pada aku, mungkin sebab terlalu sayang (puiihh), tanpa pemikiran yang waras, kata-kata tu keluar. Nak kata arwah tu bini dia, tiada ikatan yang sah. Umur pun baru belasan tahun. Dan dia sebenarnya hanya orang luar yang tiada sebarang pertalian darah dengan keluarga arwah. Maksudnya di sini, si kekasih tiada sebarang hak untuk mempertikai tindakan parents/keluarga arwah untuk menghalang arwah daripada berjumpa dengan si kekasih. Itu sudah menjadi satu tanggungjawab parents untuk menjaga batas-batas pergaulan si anak. 

Bukankah di sekolah, dalam subjek Agama Islam, bab akhlak ada menerangkan tanggungawab ibu bapa adalah untuk menjaga dan mendidik anak-anak dari sebarang perkara yang dirasakan perlu sebagai seorang anak untuk patuh. Lebih-lebih lagi, arwah merupakan seorang gadis, segala dosa dalam setiap perlakuan masih ditanggung oleh si wali iaitu bapa. Oleh hal yang demikian, atas kapasiti sebagai parents, tindakan menghalang tersebut adalah wajar dan si kekasih langsung tiada hak untuk mempertikaikan tindakan tersebut. Jadi, apa relevannya tindakan si kekasih tadi? Nonsense.

Waima apa pun yang telah berlaku, ianya adalah atas tindakan dan keputusan si mangsa itu sendiri yang bertindak di luar kawalan kewarasan akal fikirannya sendiri. Let by gone be by gone. Sebagai mereka yang berfikiran rasional dan waras, kejadian ini haruslah dijadikan iktibar terutama kepada para remaja hari ini. Kaji semula kapasiti kita sebagai seorang anak, apa tanggungjawab kita sebagai seorang anak, apa kapasiti seorang parents, apa tanggungjawab mereka. Muhasabah diri. Jangan cepat nak memberontak bila kehendak dihalang. Dalam usia yang sebegitu muda, mungkin bak kata orang lama, darah muda, cepat panas, pantang kehendak terhalang, cepat je nak melenting, cepat je nak menunjuk perasaan segala.


So, sempena hari Jumaat penghulu segala hari ditambah pula dengan kemunculan Hari A'asyura (10 Muharam) yang jatuh pada hari yang mulia ini, moh laa kita muhasabah diri terutama para remaja di luar sana. Jangan dok ingat nak enjoy, berhibur sana sini sampai lupa asal usul. Jangan melawan cakap mak bapak selagi ia tidak bertentangan dengan nilai akhlak kita sebagai seorang manusia muslim/muslimin. Sebab setiap apa jua tindakan dari parents, ianya pasti bersebab. Think out of the box. Bukan bertindak ikut sedap hati. Let's CHANGE!!

notakaki: Al-Fatihah untuk arwah~

::n o t a k a r u t :: tertekan sebab tak dapat skor 5A dalam UPSR?!

0 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, November 20, 2012


JOHOR BAHRU: Menyangka dia gagal memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila namanya tidak dipanggil guru, seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2), di sini, melarikan diri sebelum bersembunyi dalam dewan kira-kira satu kilometer dari sekolah itu, semalam.

Sampai camtu sekali penangan UPSR? 



“Saya sangka gagal memperoleh 5A. Ketika itu, saya cukup tertekan dan berasa seperti anak tidak berguna kerana menghampakan harapan ibu bapa."

Nampak permainan dia kat situ? Macam parents terlalu mengharap anak tu dapat skor paling tinggi. Adakah itu mentaliti parents hari ini?

“Tambahan pula rakan asyik bertanyakan mengapa saya tidak mendapat 5A seperti mereka. Saya sedih kerana sudah melakukan yang terbaik,” katanya.

Nah. Sikap menunjuk-nunjuk camni memang sesuatu yang biasa dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah. Boleh jadi gaduh gak lah kalau tak dapat skor straight A's. Mungkin pemikiran mereka belum sematang sepertimana usia mereka. Kau dapat straight A's, kau nak membongkak, jalan mendabik dada gaye kau lah paling jaguh dekat sekolah.

Kualiti students hari ini tak setaraf pencapaian yang digembar-gembur hebat melangit. Mana taknya, permainan pihak tertentu yang bermain dengan graf keputusan menjadikan keputusan nampak cantik, sedangkan hakikatnya, tak ramai yang mampu memenuhi apa yang dikatakan sebagai kualiti.

Ramai yang berlumba-lumba hendak skor straight A's dalam exam besar macam UPSR, PMR dan SPM. Tetapi ramai yang tak sedar, kejayaan mereka bukan atas kualiti, tetapi atas kuantiti semata. Kejayaan mereka bukan didorong oleh pemikiran mereka yang tejana dek silibus pengajaran di sekolah, tetapi tak lebih dari "siapa buat banyak latihan past year, mesti boleh skor". Mereka disuap dengan latih tubi soalan-soalan tahun-tahun sebelum ini yang mana kita boleh lihat soalan peperiksaan semasa hanya diceduk daripada soalan-soalan yang lepas. Adakah itu mampu menjana pemikiran para pelajar hari ini?

Aku berani jamin, dalam berapa ribu mereka yang skor dalam peperiksaan besar time sekolah dulu, mereka belum tentu mampu survive dalam suasana pendidikan alam universiti kelak. Itu kenyataannya hari ini. Aku sendiri sudah melihat, meneliti malah mengalami.

So, adik-adik yang frust menonggeng tak dapat skor tu bukan sebab mereka tak pandai, cuma rezeki mereka belum sampai. Zaman hari ini bukan lagi zaman mereka yang bergelar graduan universiti. Tengok je lah berapa ramai graduan yang masih menganggur? Kejayaan menggenggam segulung ijazah bukan lagi jaminan untuk memperoleh kejayaan di masa hadapan.

Ramai orang yang berjaya dalam dunia hari ini bukan datang dari mereka yang bergelar graduan sebaliknya mereka yang mampu membuka minda mereka keluar dari zon selesa untuk memperoleh kejayaan itu sendiri. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kata-kata pujangga orang-orang lama. Kata-kata nasihat yang selalu menembusi gegendang telinga tetapi gagal berhenti di hentian bernama akal kewarasan manusia.

Ada usaha, ada kejayaan. Tak ada usaha, kau boleh jalan. Akhir kata, nak berjaya perlukan usaha. Students perlu didedah dengan silibus yang lebih membuka minda mereka untuk berfikir, bukan hanya disuap dengan past years questions menimbun-nimbun. Kejayaan mereka perlu diukur dengan hakikat sebenar, bukan dengan permainan pihak tertentu yang sengaja mahu menjadikan keputusan itu kelihatan cantik dan cemerlang. Pendek kata, kejayaan mereka perlu diukur dari hasil usaha mereka untuk berfikir dan keluar dari keselesaan mereka supaya mereka boleh survive di masa hadapan mereka sendiri kelak. Baru lah boleh jalan mendabik sebab ilmu tu betul-betul penuh di dada.



notakaki: artikel dirembat dari keratan Harian Metro hari ini.

n o t a p h i q u e i p i n

1 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, November 2, 2012

memandangkan dah lama tak menulis dalam ini blog, for a few weeks aku try cari idea camne nak start the new chapter for this blog. so, this time, aku dapat idea untuk mewujudkan beberapa segmen untuk dijadikan modal berceloteh. antaranya:

i. n o t a k a r u t
   - mostly modal yang nak disampaikan lebih kepada isu-isu semasa dan segala macam perbuatan yang berlaku di sekeliling kita. tujuannya hanya untuk dijadikan iktibar bersama. lebih kepada segala apa yang terlintas di benak pemikiran untuk dikongsi bersama.

ii. n o t a k e p o h
    - yang ni lebih kepada perkara yang digemari kaum hawa. sebagai wakil dari kaum adam, bukan menjadi priority for me untuk bergosip dalam blog ni sebab misi utama yang ingin disampaikan lebih kepada mesej-mesej yang boleh digunapakai untuk kehidupan seharian. aku akan try untuk olah berita tersebut dari sudut pandang aku sendiri. 

iii. n o t a c a r u t
    - opss. don't judge a content by its title. nah, peribahasa baru. suka hati bikin. tapi hakikatnya, tu lah yang perlu korang buat. tajuk memang macam kotor. tapi lebih kepada ketidakpuasan hati yang ingin diluahkan dan dikongsi bersama. ni memang habit aku dari dulu. bila rasa tak puas hati datang menjengah, aku suka menconteng kertas dengan segala macam perasaan yang berkecamuk atas sehelai kertas. kemudian aku buang sebagai simbolik berakhirnya perasaan amarah tu. tapi dalam blog ni, lebih kepada rasa ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara yang berlaku di luar norma kehidupan seharian untuk diterjemah dalam dalam bentuk teguran. yupp, tiada carutan. itu yang pasti. hanya teguran.

iv. n o t a j i w a
   - sekali sekala berjiwang karat tak salah guwa rase. melayankan perasaan. bukan nak perasan. lebih menerapkan aspek-aspek perasaan dan kerohanian. mengenali diri melalui teguran. yupp, aku selalu merasakan sesuatu perlu ditegur kalau ia bertentangan dengan norma kehidupan. tapi tiada kekuatan untuk menegur. mungkin dengan cara ini aku boleh menegur, biar bukan dengan cara 'muka ke muka'. lagi pun, kalau ada nak diperbetulkan, its better for us untuk kongsi bersama. tak salah ye dak?

v. n o t a l a w a k
    - kalau tengok segmen-segmen lain macam serious, masuk segmen ni confirm tak serious. orang kata ketawa tu terapi kepada tekanan. yupp, for those yang masih belajar, stress tu dah jadi member baik. yang kerja pun apa kurangnya. so, this is the time when we should try to have some rest untuk otak kita. longgar-longgarkan sikit ketegangan di bahu, kerut di muka dengan senyuman. peace~

vi. n o t a i n f o
     - yang ni lebih menjurus kepada informasi-informasi terkini yang sempat aku rembat dari mana-mana sources yang aku yakini aku boleh percayai faktanya. kalau kerajinan tu lebih, aku try olah dari sudut pandang aku sendiri. kalau malas, salin dan tepek je lah. jangan risau, credit aku tak kan lupa. guwa ada prinsip punya orang. lagi pun, bukan ke sharing is caring. huhu~

so, seperti biasa, tiada paksaan mahupun ugutan untuk korang membaca blog ni. semua idea ni datang dari otak aku sendiri. kalau terasa bosan, cliche, karut dan sebagainya, tanpa ditahan, boleh lah menekan butang pangkah kat tab tu. ni sekadar cadangan penambahbaikan yang akan aku lakukan. perancangan memang rasanya dah ok, tapi perlaksanaan tu mungki memerlukan penelitian agar tiada pihak yang akan tersinggung di kemudian hari. akhir kata, selamat berjalan di blog. jemput singgah dan jangan segan silu untuk share kalau anda rasa ianya menarik. tak payah mintak izin bagai. halal dunia akhirat. salam~