REALITI KEHIDUPAN: sahabat sejati

Friday, May 6, 2011

hai lah mata. susah lak nak dipejam. terasa berat. tapi, tak ley ditutup rapat. ada saja yang membelenggu. fikiran jadi haru. pelbagai kisah yang bermain kejar-kejar dalam kepala otak yang dah tepu ney. penat. serabut.


kembali dalam segmen REALITI KEHIDUPAN. dah macam rancangan talibesen. perasan horse(hos). kuda betul. kali ney otak meminta tangan menaip akan kisah yang ini. ikuti cerita selanjutnya. *sorang tolong sepak tuan tanah ney...merapu kuat.

seorang sahabat mengadu. kisah yang entah bila sampai penghujungnya. penghujung yang kelihatan terlalu jaoh untuk dicapai. hatinya runsing bila otaknya cenderung memikirkan tentang perkara tersebut. nasihat dipinta agar hatinya kembali tenang. tetapi gagal. adakah aku yang gagal? entah. biarkan.

kisahnya mengenai seorang sahabat. dulunya seorang yang rapat. selalu kongsi suka dan duka. tetapi kini dia semakin menjauh. jauh di dalam dunia nya sendiri. dunia yang kelihatan indah pada dirinya tetapi tidak pada si sahabat. hidup dibuai keseronokan dunia. bila ditegur mula menarik muncung sedepa. tidak bertegur sapa. genit sungguh hatinya. sensitif.

si sahabat terus berduka. runsing memikirkan perjalanan yang sedang ditempuhi. hendak dibiar, takut terlanjur. hendak ditegur takut kehilangan. sudahnya, diri sendiri merana kerana perangai si sahabat. keceriaan yang dahulunya dikongsi kini hilang. tapi yang pelik, dalam merana masih terus membesar. kuat makan barangkali. biarkan. 

lumrah kehidupan. suasana yang disangka cerah berpanjangan, bertukar gelap dalam sekelip mata. siot, sapa lak gatal tangan gi matikan lampu ney? haram jadah. gila. siang-siang hari idupkan lampu.

tetapi, moralnya perlu jelas. mencari sahabat sejati bukannya semudah mencari seorang kawan. kawan boleh dicari dengan sekali jumpa. jumpa kat tepi jalan, bus stop barang kali, bertegur sikit-sikit,  dah jadi kawan. sahabat? yang sanggup bersusah bersenang bersama-sama itu memang payah dicari. makan tahun barangkali. makan lagi. badan tak besar jugak, tapi badan orang lain yang membesar tak susut-susut. hampeh. mengarut lagi. siot~

dah sampai penghujung entri. masjid sudah memanggil. maklumlah, penghulu segala hari. juga tarikh keramat yang telah lama dinanti. sebab? carik sendiri. hati gembira sebab sudah merdeka. exam dah habis. bangang. kantoi sudah~
*sila klik di sini untuk entri sebelum ney kalau malas nak belek kat menu sebelah tu.

0 orang sedang menCONTENG dinding: