apa ada pada dunia mereka?

2 orang sedang menCONTENG dinding

Saturday, April 30, 2011

jari-jemari tetibe rase gatal nak menaip. otak tibe-tibe berserabut dengan beberape idea untuk menulis. kisah itu dan kisah ini. tetapi filter harus digunepakai. kalau tak, entri kali ney mahu panjang berjela-jela sampai orang muak nak membace. setuju? good. hahah.

sebagai mukadimah, aku nak tanye kat sini berape ramai di antara kalian yang berminat untuk belajar bahasa selain dari bahasa ibunda korang? sile angkat tangan. kaki jangan nak mengade angkat. makan penyepak jap lagi karang. ok, dah-dah, turun, turun. masam weyh. hahah.


sekarang ney tengah musim demam. demam korea. aku bukan nak condemn hangpa yang dok minat kat depa ney bagai nak rak. siap berlumba-lumba melayan cerita-cerita depa, especially bagi kaum hawa. untuk pengetahuan, den pun melayan gak kadang-kadang. tapi idok le fanatik cam setengah orang tu. pada yang terasa, den mintak maaf la yo. hambek, kejap utara, kejap nogori. layann~ 1Malaysia. ~dang~

memang tak dapat dinafikan mereka membawa arus baru dalam industri hiburan dunia. mereka berjaya membawa pengaruh yang sangat kuat kepada beberapa negara di dunia. bagi kaum hawa, ramai lah yang cair ngan ke'handsome'an jejaka-jejaka mereka. yang kaum adam lak, taknak mengalah. suke tengok kecomelan awek-awek dorang pulak. den lah tu. kui..kui..kui~

ok, cukup karutan dan carutan di atas. kita beralih ke point utame. tapi sebelum tu, nak tunjuk something kat korang. mintak sediakan plastik pada mereka yang mudah loya terutamanya ibu-ibu mengandung. pada mereka yang ada penyakit kronik macam sakit jantung ka, mintak sediakan ubat siap-siap. kot la tiba-tiba kena serangan jantung lak. dah sedia? ok, saksikan.

kumpulan 24:7
kumpulan Gula-gula

amacam? comel dan kacak-kacak tak? untuk yang belum tahu, ni adalah kumpulan tempatan yang bakal menembusi dunia hiburan tanah air. sekali pandang ada macam band dari korea kan? link ni dan link yang ini  tok korang tengok gambar-gambar selanjutnya. tak terdaya aku nak upload kat sini. ade yang terlalu...err....jijik untuk diupload. sorry to say. 

korang nampak pengaruh yang telah dibawa mereka? sampaikan ada anak tempatan yang sanggup mengabdikan diri dalam fesyen dan gaya mereka untuk muncul di kaca tv. ooooooeemmmmgggiiii. geli aku nak tengok.

tu dari segi hiburan. dari segi bahasa? ramai antara fanatik korean ney yang sanggup ke kelas bahasa untuk belajar bahasa korea kan? mana yang dah sedikit fasih, dan-dan tu la nak berlagak tulis kat wall facebook masing-masing ayat-ayat dalam bahasa korea. bukan gua nak condemn ke pe. dari sudut positif, aku lihat perkara ney bagus tok mereka menambah penguasaan bahasa mereka. iye lah, realiti alam pekerjaan sekarang memerlukan tenaga mahir yang boleh bertutur dalam lebih dari satu bahasa. 

tapi yang tak bestnya, korang dok sibuk belajar bahasa dorang, bahasa kita apa jadi? berape ramai kat sini yang dapat A1 o A+(ikot format baru) masa SPM untuk subjek Bahasa Melayu sila angkat tangan? satu, dua, tiga...oooo, ley tahan gak lah ramainya. konon. korang bahasa sendiri pun payah nak skor, nak belajar bahasa orang pulak. aku bukan nak dengki coz tak reti dan tak paham. tapi dalam korang dok sibuk belajar bahasa dorang, korang perlu gak mantapkan penguasaan bahasa resmi negara kite ney. sama gak kesnya dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang sibuk dilaungkan oleh kerajaan. memang bende ney bagus. tapi penguasaan Bahasa Melayu juga harus seiring. baru orang respect. 

lagi satu den nak kobar kat ekau, kat luar sane tu, ramai anak jati Malaysia yang tak selesa bertutur dalam bahasa resmi kite ney. konon la kolot coz Bahasa Melayu ney tak segah penggunaan Bahasa Inggeris. pergi lah mamp pada yang berpendapat sedemikian. tolong sedau diri anda tu mempunyai IC negara Malaysia. 

ok, aku rase dah cukup panjang entri kali ney.so, akhir kalam, carik identiti diri sendiri, jangan biarkan diri dijajah oleh pengaruh dari luar yang bakal merosakkan maruah kite sebagai rakyat negara berdaulat. renungkan dan selamat beramal =)

*kepada si cinta hati, jangan terase..keh2~

*p/s gambar dicedok dari http://beautifulnara.com/

wajar atau tidak? (PART 1)

2 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, April 29, 2011

kembali menulis. kali ney berkaitan dengan kewajaran pengeluaran kompaun ke atas peniaga yang menjual makanan ringan di luar kawasan sekolah. wajar atau tidak?


aku rase bende ney perlu dipertimbangkan semula. bukan kate aku nak sokong penjualan makanan ringan yang langsung tak memberi khasiat kepada warga negara amnya dan golongan pelajar khususnya. tetapi beberapa persoalan timbul dalam otak karat aku ney, hanya berpandukan kepada beberapa fakta yang perlu dikaji dengan lebih teliti.

antaranya:

peniaga kedai di kawasan perumahan
golongan ini juga seharusnya dipantau sekiranya kerajaan serius untuk memberhentikan penjualan makanan ringan di kalangan pelajar. mungkin di luar pagar sekolah berjaya dipantau, tetapi di kawasan rumah pula bagaimana? adakah dengan gagal mendapatkan stok di luar pagar sekolah seperti biasa, mereka tidak berkeinginan untuk mendapatkan stok di kedai-kedai berhampiran dengan rumah mereka? jika peniaga yang diklasifikasikan sebagai penjaja ini, yang berniaga di luar pagar sekolah dikompaun, adakah ianya kelihatan adil untuk mereka sedangkan para peniaga lain di luar sana menjual benda yang sama sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan atau amaran seperti yang diterima mereka? perkara ini perlu dikaji dengan lebih teliti.

mata pencarian
pernah terfikir, para penjaja ini berniaga untuk mencari sesuap nasi untuk anak bini di rumah? jangan tidak percaya, sesetengah daripada golongan mereka memperolehi wang untuk menampung kos pembelajaran anak-anak mereka hingga ke menara gading dengan menjadikan menjaja makanan ringan sebagai mata pencarian seharian mereka. jika khidmat mereka dihentikan, bagaimana denga mata pencarian mereka? apa langkah yang dilakukan pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memantau para penjaja ini untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang ditampung oleh para penjaja ini?


sikap ibu bapa
peranan yang dimainkan oleh ibu bapa pula bagaimana? ada sesetengah ibu bapa yang prihatin dengan segala makanan yang diambil oleh anak-anak mereka. mungkin langkah mengkompaun para penjaja ini mendapat sambutan dari kalangan golongan ini. tetapi bagaimana pula dengan golongan ibu bapa yang seperti tidak kisah tentang pemakanan anak-anak mereka? ada segelintir ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka makan makanan ringan tanpa sebarang pemantauan. mungkin perkataan 'segelintir' itu yang membuatkan perkara ini dipandang enteng. peranan ibu bapa di rumah adalah sangat penting dalam membentuk kesihatan anak-anak yang mapan. 

fast food
ini juga perlu diambilkira dalam menilai langkah yang lebih proaktif dan efektif dalam menangani masalah kesihatan yang dihadapi golongan pelajar kita dewasa ini. mungkin perkara ini dilihat sebagai tidak relevan kerana ia bukan budaya kita di timur. tetapi dalam tidak sedar, perkara ini telah menjadi 'trend' yang semakin popular di kalangan pelajar sekolah sebaik sahaja keluar dari pagar sekolah. majoritinya dihadapai oleh para pelajar di kawasan bandar terutamanya kawasan metropolitan yang pesat membangun seperti Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan berhampiran. ia juga satu budaya yang tidak sihat. kenapa tidak dikompaun juga?


point-point di atas merupakan antara perkara pokok yang perlu diperhatikan oleh pihak berwajib dalam menangani masalah kesihatan terutamanya obesiti dalam kalangan pelajar. berdasarkan itu, langkah yang lebih efektif dapat dilaksanakan tanpa memudaratkan/merugikan mana-mana pihak. mungkin para pembaca ada pendapat yang lagi bernas untuk dikongsi bersama. moga kita dapat bersama-sama merenung sikap kita dalam menangani permasalahan ini. 

iklan jabatan kesihatan =P

p/s: macam agak serius tapi tu lah ape yang aku dok pikir bile bace pasal kes ney =)

keburukan bangun lambat

5 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, April 17, 2011

selamat pagi tok semua readers yang dah bangun setakat ney. bangun-bangun pagi ney terase sunyi, biase la pagi ujung minggu. masing-masin stil dok membingkang kat atas katil. mau ke tengah hari gak la rasenye selagi tak kene jirus ngan air sebaldi. ni memang tabi'i orang kite. nak-nak generasi mude, den pun tak terlopeh, selalu je kene hambat ngan omak den pasal bangun lambat kat umah. yang peliknye, kat kolej boleh je bangun awal. .:gedik. dush3~


tapi ney memang masalah besar bagi sebilangan besar masyarakat kite. berape punye besar daa. kalau semalam aku bercerite mengenai *keburukan tidur lambat*, kali ney nak bercerita lak pasal keburukan bangun lambat. sape kat sini ade tabi'i ney angkat tangan macam saye *sambil pusing-pusing tangan macam Usop Wilcha =P. banyak tengok DVD budak ney. ~dang~ uish, ramai bona gamak eyh. dah-dah, turun tangan. yang mane memang tak ade tabi'i ney, bagus; yang mane tak ngaku tu, lu pikir lah sendiri. dah besar panjang, akai ada kan? sendiri pikir lah ye dak?

umum mengetahui mengenai keburukan bangun lewat. ayat paling common bile bangun-bangun dari tidur:

"ko ney matahari dah tegak atas kepale baru nak bangun."

standard punye ayat kan? tapi dalam dok hari-hari kene bebel tu, tak wujud pun kesedaran tok berubah keesokan harinye. ariney kene bebel, esok buat lagi. macam takde efek. takkan dah besar panjang pun nak mak tibai korang ngan getah paip cam mase korang kecik-kecik dulu kot?

sembang banyak-banyak pun tak gune. terus ke point utama berkait ngan tajuk kat atas tu. bangun lewat ney puncenye:
1. tidur lewat
2. rase malas yang meluap-luap tiap kali nak bangun
3. mindset yang telah diset ke mode bangun lambat

melalui pembacaan yang telah berlangsung sepanjang jangke hayat yang telah dikandung badan aku ney, ni beberape kesan buruk bile seseorang tu suke bangun lambat:

1. rezeki tak lekat: ni common nye fakta. selalu korang bace kan? tapi memang betul la. orang yang bangun lambat ney rezeki memang susah nak datang and lekat kat kite. tu pasal ramai yang dok tanam anggur lepas graduat. owpsss =)
2. hidup kurang bersosial: yang ney aku rase sebabnye korang tidur lambat, time-time manusia dah nak bangun baru korang nak tidur, pas tu, bangun lak time-time orang tengah busy ngan aktiviti harian masing-masing. so,aktiviti korang dah tak selari ngan aktiviti orang keliling korang. tol tak?
3. hidup jadi tak teratur: tabi'i tidur lewat ney memang punce terbesar lah aku rase. bile tidur lewat, bangun pun lambat. bile dah bangun lambat, bagi mahasiswa/i, mood nak g kelas tu makin malas. pas tu, mule gelabah bile attendance tak cukup tok masuk final exam. kan dah gelabah tak pasal-pasal.
4. effect kat kesihatan: bagi yang memang jadual harian kol 8 dah memang kene terpacak kat depan office, bile korang terbangun lambat pagi tu, ape korang rase? gelabah kan? rase dunie ney sempit. mase tak cukup pe sume. mule lah kelam-kabut bersiap nak g office. kene lak jem time-time tu. mule lah nak marah-marah. aku rase ni antare punce-punce kenape ramai golongan mude kene sakit jantung. pagi-pagi badan tak sempat panas, temperature dah sampai top. mane tak meletup enjin(jantung) korang tu.
5. tak laku: yang ney tok gadis-gadis kat luar sane yang suke bangun lambat. saham korang kompem-kompem jatuh mendadak. ye la, mak mentua mane nak tengok menantu yang diharap menjage anak die nanti gaye ghope itu? bangun lambat, rumah kompem-kompem tak terjage, makan pakai suami kompem-kompem tak terurus.


tu antare yang sempat aku survey lah. yang mane tertinggal, sile lah tambah dalam komen korang yep.

p/s: kalau ade yang terasa, mintak ampun banyak-banyak =)

*sumber ilustrasi *Google*

tidur lewat dan keburukannya

5 orang sedang menCONTENG dinding
before melelapkan mate malam ney, tetibe ad lak idea nak menaip entri pasal keburukan tidur lewat. mesti ramai yang dah biase kan? ni memang suatu kebiasaan bagi umat manusia terutama pelajar. golongan ney selalu stay up sampai lewat pagi. kononnya nak study la, nak siapkan assignment la. tujuan utame tu dah bagus. tapi pernah tak terfikir akan keburukan yang bakal badan kite hadapi dan alami dengan tabi'i kite ney?


menurut kajian, badan kite akan memproses nyah-toxin dalam badan semasa kita tidur. berikut merupekan kronologi proses yang dialami oleh organ dalaman badan kite di malam hari:


Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
jadi, tak elok kalau kite tidur terlalu lewat kerana akan merencatkan proses semulajadi yang akan dilakukan oleh tubuh badan kite. tidur yang ideal bagi seorang manusia ialah 8 jam. maybe tu timing yang baek tok badan melakukan proses dengan sempurna. tapi bile berlebihan, akan efek kepade kesihatan. jadi, beringat la ye geng.

p/s: sekarang da melewati kol 12, time to sleep. nyte!! ~dush~
sumber artikel dari *SDKD* dan ilustrasi dari *Google*.

bibik dan telefonnya

0 orang sedang menCONTENG dinding

Saturday, April 16, 2011

layan lawak sat malam-malam bute ney. heheh~


Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)



agak-agak berape lame bibik ney pengsan yep??hahah~




sumber *kahkahkah.info*

gembira dulu sedih kemudian

0 orang sedang menCONTENG dinding
memang lumrah kehidupan. kadang tu kite rase diri happy semacam je sehari. tapi at the end of the day, 'kesedihan' mula datang bermaen 'cak-cak'. betul kate orang-orang tue, kalau gembire tu, jangan gembira sangat, nanti last-last kite bersedih dan kecewa.


kate orang tue kadang-kadang ade betulnye. ye lah, mereka lagi banyak makan garam dari kite. maybe gula susah nak dapat kot time tu. kite yang mude ney siap dapat macam-macam penyakit pasal gule berlambak-lambak dalam zaman kite ney. yang sakit kencing manis lah, obesiti lah, sakit buah pinggang lah. ok, cukup mengarut.

manusia selalu lupe. selalu leka dan alpa. selalu perlu diingatkan. selalu perlu dinasihatkan. tapi manusia juge keras hatinya untuk menerima teguran dan nasihat. selalu optimis dengan pandangan sendiri tanpa menghirau pendapat orang laen. optimistik tu bagus, tapi biar pada tempat dan masa.

jadi, kalau kite mule rase happy tak hengat dunie tu, beringat-ingat lah yep. happy jangan over lak. nanti bile dirundung kesedihan, takdir yang disalahkan. memang tak patut. kegembiraan membuat kite leka. bersederhanalah  penyelesaian terbaek. 

Lelaki Jadi Bodoh Bile Tengok Perempuan Cantek

0 orang sedang menCONTENG dinding
Tajuk macam tak ley belah kan? Tapi tu lah kenyataan yang harus ditelan. Ni bukan sekadar cakap-cakap kosong. Tapi dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan saintis yang tak de keje kat barat. Jangan terkejut ye wahai kaum adam. =)



Kajian meliputi 209 orang berlainan jantina. Mereka dibekalkan gambar dari berlainan jantina – yang lelaki dibekalkan dengan gambar wanita, begitu juga sebaliknya – kesemua gambar berlainan kategori – ada gambar yang menarik dan sebaliknya . Mereka diberi pilihan ganjaran antara $15 dan $35 esok atau $50 dan $75 pada masa akan datang.

Hasil kajian mendapati, lelaki apabila diberikan gambar awex yang huduh a.k.a tak cun, lelaki membuat pilihan yang lebih rasional dengan memilih ganjaran yang lebih tinggi. Tetapi apabila diajukan dengan gambar mereka yang ‘hot’, cun melecun tak hengat, mereka menjadi lebih tidak rasional dengan memilih ganjaran yang rendah. Gelabah. Realitinya lelaki memang cepat berubah. Demmm. Kantoi bodo je. =p


Hasil kajian juge mendapati, wanita tak terkesan dek faktor ketampanan dan kehandsome-an lelaki ketika membuat keputusan. For me, naseb je semua tu. Kajian tak relevan. Saje nak menjatuhkan air muke seorang insan bergelar lelaki. Hahah *gelak dengki*


Ape-ape pun bergantung kepada si pembawa diri. Kalau elok bawaknye, elok la jadinye. Kalau salah pembawakannye, burok la jadinye. Lelaki hidung belang je yang berperangai macam ney. Ye dak??? Keh2~

* sumber Berita Harian

comes to the end~

0 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, April 15, 2011

dah lame rasenye tak update ini blog. yang selalu update, cool blog. hahah. ape kan daye, takde mase. plus takde idea nak tulis pe. terok..terok...terok~


alhamdulillah. berakhir sudah sem kali ney. sem yang penuh dengan suke dan duke. again. at the end of the sem, pun macam-macam perkare yang berlaku. dah kene start belajar untuk final. gap seminggu. tapi yang bestnye, bile tengok tabi'i pelajar kite ney. pantang masuk study week, abes kelas last, berdezup pikul beg kiri kanan balek rumah. macam dah setahun tak balek rumah gamaknye. mane yang dok area borneo, memang makan ati je lah tengok gelagat mereka-mereka ney. kadang tu pulak, ade yang tak sempat abes kelas, dah mintak izin nak balek rumah. yang mase beli tiket pun macam dah takde mase laen nak dibeli. time-time kelas lak yang tinggal. alasan~

yang pasti bulan April memberi kenangan terhebat dalam jiwe.~ jiwang jap ~. tarikh keramat, 14/4 sentiasa dalam ingatan. kisahnye *yang ini* pernah ak citer dalam ini blog. tak perlu nak dirungkai sekali lagi. karang ade yang banjir kilat kat kolej ney. hohoh.

harapan dan doa aku panjatkan untuk kalian yang mengenali diri ini agar memperolehi kejayaan dalam final yang bakal ditempuhi. siapkan segale peluru, senapang dan segale keperluan untuk ke medan perang. toyol dan segale macam jin yang korang bela tu, mintak dilepaskan. jangan dah nak exam ney korang *ngangkung* mintak tok bomoh jin terbaek nak bawak masuk exam. ak tembak sorang-sorang dengan senapang gajah. hahah~

jangan buat perkare tahyul mahyul ye kawan-kawan?! =)

akhir kate, majulah sukan untuk negara. hahah~ gud luck guys!! =)

serious aku JEALOUS!!

0 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, April 3, 2011

hohoh. memang aku tengah jeles. sebabnye, bia dirahsiakan. ngeh~ tapi atas kejayaan orang laen.


" der, bukan entri lu yang sebelum ney kate jangan bandingkan diri ngan orang laen ka?"

memang la bro. tapi entah kenape aku rase jeles. jeles sebab mereke semua berjaya. tapi aku? masih ketinggalan. banyak yang masih perlu diperbaiki. baru same level dengan mereka. 

yang pasti, aku hanye jeleskan mereke punye kejayaan secare positif. ye....secare positif. positif macam mane? tu yang kite perlu renungkan. ngeh~

melihat kejayaan mereke membuat aku terase untuk lebih bekerja keras. lebih komited. lebih fokus. mendengar nasihat. itu paling penting. tak pernah terlintas dalam hati untuk mencemburui kejayaan mereka sampai rase nak condemn mereka. tu kan rezeki mereka. setaraf dengan usaha yang telah mereka curahkan. aku? perlu lebih lagi. baru ley berdiri setanding dengan mereka.

yang jelas, kejayaan mereka memberi satu semangat baru untuk aku lebih maju. maju dalam ape jua yang aku kerjakan. =)



*gambar dicedok dari GOOGLE. kalau ade yang berkaet ngan mane-mane blog, mintak halal ye =)

syukur~

0 orang sedang menCONTENG dinding

Saturday, April 2, 2011

Lame dah rasenye tak menaip. Senang citer, dah lame gile tak update ini blog. Busy oo. Minggu yang penoh dengan pemerahan tenage dan otak. Mane taknye, test bertalu-talu kene hadapi. Assignment ley tahan gak melambak-lambak macam kat pasar lambak. Tu pun sempat delay lagi pasal test. Iyalah delay pasal test. Malas sebenarnya kan? Haishhh. Yang lebey sadis, stadi bagai nak rak, tapi tem exam blur, kabur, tak ingat pape. Wadafish. Rezeki takde kot. Takpe lah. Redha. Lagi pun stadi last minit. Sape suroh ye dak??hohoh~

Kali ney takde pe nak dicerite sangat. Cume dalam minggu ney, banyak quotes baru yang aku terbace kat wall facebook. Sempat lagi membuka “muka buku” selaen notes yang melambak depan mate. Mane tak blur time exam. Afiq…..afiq. terok naa perangai.

Dalam banyak-banyak yang aku terbaca, paling aku suke, adalah yang ney:

“jangan pernah kite membandingkan diri kite dengan manusia lain, kerana dengan cara itu, kite tidak akan pernah rase bersyukur”

Paham maksud die? Mule-mule terbaca, aku dah rase terkesima. Suka ngan quote ney. Betul ape yang cube disampaikan dalam ayat tu. Kite dijadikan memang tak akan perfect. Sape-sape kat dunie ney pun tau. Memang dah tahap cliché dah.


Pernah rase diri banyak yang kurang dari orang laen? Selalu? Bahaye tu bai. Anda dah tergolong dalam manusia yang tak bersyukur. Setiap manusia dijadikan ade kekuatan and kelemahan mereka sendiri. Bile seorang manusia tu cube mambandingkan diri mereka dengan orang laen, maka banyak lah kekurangan yang akan kita dapat detect. Sebabnye, ape yang kite nampak dari orang laen tu, mostly adalah kelebihan mereka kan? Bile dibanding dengan diri kita, kompem-kompem diri terase hina dan semakin rendahnye diri menyembah bumi.

Tak kurang juga yang terlalu membangga diri di atas kelebihan yang mereka perolehi. Ramai gak spesies ney yang aku dok perhati. Yang ney memang tak tahu nak masuk dalam golongan mane ntah ney. Bile Nampak orang tu takde ape yang die ade, dikutuknye tanpa berfikir panjang. Hello kawan. Kelebihan yang diperolehi tu hanye pinjaman. Pinjaman yang hanye sementara. Sekali Dia nak tarik balik, selamanye korang akan hilang kebolehan yang korang ade tu. Ni semua cume satu bentuk ujian oleh sang pencipta, untuk melihat sama ada manusia tu bersyukur atau tidak. Jelaslah mereka yang suka membangga diri tu rendah imannya. Subhanallah~

Tak kurang jugak yang bersifat dengki. Ni memang tabiat yang tak elok. Sebabnye, bile melihat diri tu banyak kekurangan, tengok lak orang laen banyak kelebihan, mule lah nak dikutuk bagai. Ade kelebihan salah, ade kekurangan salah. Dunia…dunia.

Sebab tu manusia digalakkan untuk bersederhana. Bersederhana dalam ape jua tindakan. Tak perlu nak medabik dada dengan kelebihan yang tak seberape, tak perlu nak merenung tanah di atas kelemahan diri. Percaya pada diri dan sang pencipta. Sentiasa ingat, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tak perlu nak dibanding dengan orang laen. Then, cuba terbitkan rase bersyukur dalam diri. Renungan untuk kita bersame. Wallahualam~