diam lebih baik

Saturday, March 19, 2011

dalam mengharungi onak dan badai kehidupan, hati mesti mau kering. naluri mesti perlu sentiase switch on. jangan sesekali tertutup. segale masalah perlu dikaji dengan teliti. kotak pemikiran perlu ligat berfikir. kaki dan tangan perlu ligat bekerje. badan perlu sentiase dalam keadaan bersedia. telinge perlu sentiase peka. mate perlu sentiase mengawasi setiap tindak tanduk yang berlaku disekeliling. tapi mulut jangan pernah dibiar bicare.

amacam? berbunge-bunge tak intro gua kat atas tu? hahah. terase jiwang semacam je pagi-pagi ujung minggu ney. mane taknye, minggu ney penuh ngan pelbagai cabaran, pelbagai tohmahan, pelbagai rintangan. sesekali dapat muhasabah diri, memang sampai ke Sabah kesedaran yang diperolehi. motif Sabah? hohoh.

lepas suboh yang hampir kegajahan pagi tadi <-- kes lupe nak set jam. dush~, otak aku tetibe ligat pikir pasal beberape kejadian dalam minggu ney. kate orang, kalau lepas subuh tu, dok diam-diam atas tikar sejadah, muhasabah diri, then tetapkan hale tuju, tu baru contoh insan yang cemerlang. aku cube meniru. harapannye, dapat lah jadi insan cemerlang tu. jangan jadi insan temberang sudah la yob. hohoh.


dah sudah merapu, sekarang kembali ke jalan yang benar. kenape aku cakap diam lebih baik? bukan ke makin memburukkan keadaan nanti? entah lah. dari ape yang aku pernah bace, kalau kite berhadapan dengan masalah, jangan sesekali merungut. jangan sesekali melenting. kerane itu semua ketentuan-Nya dalam hidup kite. hidup perlu ade cabaran, perlu ade dugaan. tak buley sentiase gumbire, nanti diri jadi leka. lagipun sebagai umat ISLAM, kite perlu berpegang kepade rukun ISLAM dan rukun IMAN. rukun ke-6 dalam rukun IMAN ialah percaya kepade qada' dan qadar. 

semalam terbace dalam satu entri ney, jangan sesekali kite mengkeji, mengherdik mahu pun mengeluh apabile berhadapan dengan dugaan dalam hidup. sebabnye, tu dah macam menghina qada' dan qadar yang telah ditetapkan oleh sang PENCIPTA yang telah menetapkan segale kejadian dan dia Maha Mengetahui akan segalenye. kalau nak iman tu kukuh dan semakin bertambah dari hari ke hari, berpegang kepade rukun ISLAM yang lima dan rukun IMAN yang enam tu. jangan sesekali berpaling.

kadang-kadang, bile berhadapan dengan masalah, mulut mule la nak mengomel. ade saje yang hendak dimaki. emosi melampaui rasional pemikiran. tak bagos uh beb. ade jenis yang bile dijentik sikit, mule lah melenting. baran tak sudah. macam aku la tu. dush~ 

sebenarnye, bile berhadapan masalah, perlu diam. biar otak yang berjalan. biar berpeluh dia bekerje memikirkan jalan penyelesaian. take your time dude. biar mase menentukan segalanye.<-- ciplak lirik lagu. ngeh2~ tak semua masalah buley diselesaikan kalau mulut tak reti diam. hati pulak, perlu sentiase berpaling kepada-Nya. mintak petunjuk, mintak pertolongan. kerane dia Maha Mendengar dan Mengasihi akan hamba-Nya yang mentaati dan mengingati-Nya.

jadi, lepas ney, same-same lah kite bermuhasabah diri. kaji baek buruk diri. dunie dah semakin uzur. bencane sane sini semakin berleluase. dah tak lame lagi beb. hari yang dinanti semakin menampakkan tande akan kewujudannye. tingkatkan amal yang semakin menipis. mudah-mudahan kite diberkati. =)

p/s: saje merapu di pagi hari. moge ade intipati yang bergune kepade diri kite semua =)

*ilustrasi dicedok dari google.

0 orang sedang menCONTENG dinding: