kembali ke tujuan sebenar please...

0 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, November 20, 2011

berkaitan dengan tajuk di atas, ianya berkaitan dengan sikap sesetengah orang dalam bersukan. sukan adalah medium kepada pengeratan silaturahim antara manusia. itu tujuan utama kenapa sukan dianjurkan. tujuan yang dilihat sangat murni.


tetapi sayangnya, kalau kita lihat kepada situasi hari ini, tujuan tersebut telah lari entah ke mana. para penyokong mahupun pemain terlalu fanatik dengan team mereka sendiri, atau lebih dikenali sebagai semangat assabiyah melampau. ejek-mengejek, hina-menghina telah dijadikan tradisi. ada sesetengah kes, lagu kebangsaan sesebuah negara tidak lagi dihormati malahan dihina dan dicaci, dan yang paling memalukan, ianya berlaku di peringkat antarabangsa. kenapa jadi begini? tepuk dada, tanya sama itu iman.

sampai bila tradisi ini akan terus berlarutan? kita hidup bermasyarakat. hidup bermasyarakat memerlukan toleransi dan sikap saling hormat-menghormati. jika perkara ini terus berlarutan, tidak mustahil peperangan boleh tercetus. minda perlu diolah supaya sesuai dengan norma kehidupan bermasyarakat. kalau tujuannya hanya untuk suka-suka, tak perlulah sampai menyakiti perasaan orang lain. cukup sekadar saiko cara permainan sudah. tak perlu berlebih-lebih. tak perlu terlalu kasar dan fanatik.


p/s: sedih dengan sikap negara jiran yang terlalu biadab.

anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kebuluran

0 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, November 15, 2011

cerita beberapa hari lepas. pasal seorang 'dermawan' di negara kita. digambarkan sebagai seorang yang berhati mulia sebab sanggup menghulurkan sejumlah 10,000 USD kepada sebuah sekolah di salah sebuah wilayah kepulauan di Amerika Syarikat. 

"bapak sengal. rakyat kat luar sibuk dibantu. sibuk diberi simpati. mereka miskin kita bantu. kan elok duit tu digunakan untuk membantu membasmi kemiskinan tegar kat dalam negara kita ni"

terdengar kata-kata sinis berkenaan di corong telinga aku semalam. aku hanya mampu tersenyum. mengangguk mengiyakan. ada betulnya apa yang diluahkan. macam kata pepatung yang tertera di ruangan tajuk untuk di 'ctrl-c-ctrl-v' kan di sini iaitu anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kebuluran. 

negara dikatakan semakin mendaki arus kemajuan. tetapi kadar kemiskinan tegar di negara kita masih lagi di tahap yang boleh dikatakan masih ramai. 

pembangunan di luar bandar juga masih lagi di takuk yang lama. jurang ekonomi luar bandar dengan bandar sebenarnya masih lagi kelihatan ketara. jadi apa yang member aku tu nampak sebagai satu pembaziran ada asasnya. apa relevannya jumlah 10,000 USD itu disalurkan keluar kalau ianya boleh digunakan untuk membantu meringankan beban rakyat sendiri? wallahualam~

untunglah~

0 orang sedang menCONTENG dinding
kalau kita berada di Somalia, nak carik makan punya lah susah. paling kesian kalau tengok kanak-kanak mereka. badan tinggal tulang dan kulit dengan kepala yang besar, terbaring menangis dikerumuni lalat. nampak lemah tak bermaya.

tetapi berbeza di negara kita, makanan yang sedap-sedap berlambak-lambak di merata tempat. nak makan apa pun boleh dapat. berlebih-lebih. sampai tak termakan lalu dicampak di dalam tong berplastik hitam. terbazir tanpa rasa syukur. rasa tak sedap sikit, berhenti makan.

"puihh. lauk tak sedap. macam ni ke nak berniaga?" ayat lazim kalau makanan yang dimakan tak menepati selera.

"terasa nak makan McChicken lah hari ni," status dinaikkan di laman sosial tanda craving akan makanan yang diidamkan.

untunglah jadi rakyat negara yang sedang mendaki arus kemajuan ni. makanan boleh dibuang-buang kalau rasa tak sedap. tekak sentiasa cerewet memilih makanan. 

hari ni, keluar dalam paper, 

"rakyat Malaysia paling ramai obes"



nah, title yang disandang. bangga tak? nak bangga lagi?

"...paling ramai obes di Asia Tenggara menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan yang keenam tertinggi di Asia Pasifik..."

amacam? rasa bangga? 

untunglah kan jadi rakyat Malaysia. cakap banyak tak guna, masing-masing ada otak untuk berfikir. renungkan~

sumber diubahsuai daripada KOSMO.