perlukan 'follow up'

3 orang sedang menCONTENG dinding

Friday, August 12, 2011

nama-nama seperti Fahrul Razi Kamarudin, Mohd Nursalam Zainal Abidin, Reuben Tharapayan Kathiripillai dan Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha'ari agak asing di kalangan peminat bola sepak kebangsaan. patah lagi, nama-nama ni tak tersenarai dalam team elit sama ada skuad Harimau Malaya mahupun Harimau Muda. tetapi kelibat mereka di Karnival Sukan Universiti Dunia(Universiade) di Shenzen, China mampu membuka mata dan mampu menjadi antara bualan terbaru di kalangan peminat bola sepak tempatan.

kejayaan mereka menghalang asakan team juara bertahan, Ukraine semalam dilihat sesuatu yang sangat positif. mereka mampu menyerap asakan demi asakan team Ukraine dan mampu menghasilkan gerakan-gerakan menarik harus diberikan pujian. barisan pertahanan dan tengah berjaya dikemudi dengan baik walaupun sesekali dilihat longlai terutama semasa jaringan kedua dijaringkan. kredit perlu diberikan kepada pemain-pemain tengah yang mampu memberi bantuan terhadap setiap gerakan sama ada serangan mahupun bertahan dan ia adalah sesuatu yang positif.

dan pemain sayap lincah, Fahrul Razi Kamarudin dilihat mampu memberi saingan yang lebih kuat terhadap beberapa pemain ternama seperti Amirulhadi Zainal jika dia diserapkan dalam skuad elit kebangsaan. sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh Datuk K.Rajagobal dan Ong Kim Swee untuk memantapkan lagi barisan serangan skuad elit. dan beberapa nama di barisan pertahanan seperti kapten skuad UiTM, Amirizwan Taj Tajudin dan gandingannya, Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha'ari mampu mengubati kepincangan barisan pertahanan skuad elit. dan kelibat Mohd Nursalam Zainal Abidin dan ReubenTharapayan Kathiripillai juga perlu diberikan perhatian kerana gerakannya mampu mengkucar kacirkan barisan pertahanan pihak lawan.

walaupun diundi dalam kumpulan 'maut' yang dihuni juara bertahan Ukraine, Brazil dan Rusia, dengan persembahan mantap semalam, aku yakin skuad ni mampu pergi jauh. dan aku mengharapkan persembahan yang lebih konsisten terutama dari segi stamina yang dilihat menurun pada babak kedua perlawanan. yang pasti, 'follow up' perlu dilakukan bagi beberapa nama yang disenaraikan. aku meletakkan harapan supaya nama-nama tersebut mampu memperkuat barisan skuad elit kebangsaan di masa akan datang. and good luck guys!! wa caya sama lu!!

ikhlas atau menunjuk-nunjuk?

2 orang sedang menCONTENG dinding

Tuesday, August 9, 2011

seorang makcik yang kelihatan uzur terbongkok-bongkok berjalan menuju ke pentas. di atas pentas menanti beberapa kenamaan yang sabar menanti. di tangan mereka beberapa bungkusan berupa 'sumbangan ikhlas' yang akan diberikan kepada makcik tersebut.


"senyum kat kamera makcik. masuk surat khabar esok ni"

snap...snap...snap

"adeh, berpinau mato den ney hah. laen kali jangan la pakai flash kot ye nak amek gambau pun. ekau ney betul lah."

esoknye, 

"orang kaye menghulurkan sumbangan ikhlas kepada penduduk kampung"

nah, masuk paper. satu malaya tau kau bagi sumbangan 'ikhlas'. itu yang kau kata ikhlas? atau sekadar menunjuk-nunjuk kekayaan kau semata-mata? 

kot ye nak beramal pun, tak perlu dicanang satu dunie. itu macam gaye kau, dah jadi riak. elok-elok niat tu dah berjaya menarik minat Raqib untuk mencatat pahala di bahu kanan, dengan pantas Atid menghalang untuk mencatit dosa kat bahu kiri kau. itu yang kau mau?

p/s: trend orang sekarang. PATUT diubah.

aku RESPECT mereka sebab...

0 orang sedang menCONTENG dinding
suatu hari;

member: apasal lah lagu korea ney tajuk dalam ENGLISH, tapi lirik bahasa KOREA. tak kelas langsung.
aku: biaq pi la depa. at least dorang bangga dengan bahasa ibunda diorang. tak macam orang kita, bahasa sendiri kucar-kacir, bahasa dan budaya orang kita sanjung dan kita junjung. 



gua bagi salute sikit...
aku bukan kipas susah mati or kipas takleh off lagu-lagu korea. segala lagu yang mampu menembusi gegendang telinga hingga menerobos ruang jiwa, aku layan. for me, tajuk cuma sebagai impak commercial. tu pasal aku RESPECT dorang sebab mereka bangga dengan budaya dan bahasa mereka untuk dikomersilkan sehingga menjadi produk memperkenal negara mereka. bukan macam kita yang hanya tau MENIRU.

p/s: tak payah nak agung sangat bahasa orang, kasik 'up' bahasa kita dulu baru 'up'kan bahasa dorang. itu macam baru gua RESPECT beb.

budak dulu dan budak sekarang [PART 1]

2 orang sedang menCONTENG dinding

Sunday, August 7, 2011

situasi bila kena marah;

BUDAK DULU  bila kena marah...

mak: kau ni kenapa degil sangat? *sambil cubit di lengan*. eeee...geram aku!!
budak: wuu~ *nangis teresak-esak* sakit mak..ampun tak buat lagi...sakitttt~ wuuwuu~

tu budak dulu, kalau BUDAK SEKARANG macam mana?

mak: kau ni nape degil sangat? *sambil cubit di lengan*. eeee...geram aku!!
budak: see you in court!!
mak: ....

p/s: camno nak ajau budak ney agak eyh?

tipikal #4

3 orang sedang menCONTENG dinding
situasi: bulan puasa
waktu: 7.10 p.m
lokasi: meja makan


brader: bila nak masuk waktu maghrib ney, lambat betul...hmmm


situasi: selepas bulan puasa
waktu: 7.15 p.m
lokasi: padang bola

"Allahuakbar Allahuakbar..."

brader: eh, korang nak ke mane? lek luu, lom gelap lagi ni. last goal lah wey.
geng: cun gak. jom.


p/s: hari biasa, waktu maghrib pun kau langgar. bila masuk puasa, waktu masuk lambat sikit dah merungut. ubah weyh!!

bunuh lepas tu kerat? best kot...nak try?

0 orang sedang menCONTENG dinding

Thursday, August 4, 2011

sedih dan kesian. tu gambaran perasaan aku bile tengok berite tadi. ape dah jadi dunie sekarang. nyawa macam sampah. takde harga. boleh buang ikot suke. rase nak bunuh, bunuh je lah. nak nampak sarcasm lagi, kerat-kerat mangsa tu. baru legend. sape berani buat?

"kau sejak bila ganti kerja malaikat maut dok cabut nyawa orang tanpa sebarang perintah?"

getus hati aku.

yang lebih menyayat hati, sorang disahkan sebagai wanita mengandung, dan sorang lagi kanak-kanak lingkungan 5 tahun. 


"apa salahku, apa salah ibuku"

petikan lagu Cari Jodoh dendangan Wali band. *aku pangkah indon songs, tapi ni pasal tetibe die melintas hormat depan aku, sumbat je la kan..haha*. baris tu aku gambarkan sebagai perasaan budak yang kene kerat tu. sebab budak seusie tu aku rase takde ape dose pun untuk dibunuh sedemikian rupe. kot ye nakal sangat, takkan sampai ibunya turut dibunuh dan dikerat?

aku memang tak nampak apa sebab relevan untuk seorang yang waras melakukan kerja sedemikian. manusia diciptakan berakal, istimewa tu beb, tapi sayang tak ramai yang bijak menggunakannya ke arah kebaikan. elok dicampak bagi anjing makan.


dan yang pasti, semenjak due menjak ni aku tengok kes bunuh seperti dah ada kickstart untuk menjadi wabak. sudah mula nak merebak ke seluruh negara. so, hati-hatilah dengan orang disekeliling anda. tak mustahil kita mangsa seterusnya. 

dah bagus sangat?

6 orang sedang menCONTENG dinding

Wednesday, August 3, 2011

situasi 1: di sekolah
hari ni aku dengan penuh dedikasi mengikut arahan bonda terchenta menghantar adik ke sekolah. sampai kat kawasan sekolah, adik aku turun. aku terperasan sekumpulan budak sekolah lebih kurang umur adik aku, dalam lingkungan 13-14 taun. lelaki. pergerakan yang agak lambat. kereta aku sukar untuk bergerak akibat terhalang dari pergerakan ala kura-kura mintak penyepak sulung. 

tinnnnnnnnnnnnnnn!!

hambek kau. hon sekali. aku dulik ape kalau depan sekolah taley kasik bunyik itu hon. kumpulan tadi memandang aku dengan penuh rasa ketidakpuasan hati yang sangat membara. jelas terpancar dari wajah jambu sekor-sekor. apa aku dulik, kau halang jalan aku, nak aku bersopan? boleh jalan.

tetiba, aku perasan salah seorang dari mereka mengangkat tangan and....middle finger up. wah kau, pailang naa. mentang-mentang kau ramai, ingat aku goyang. muka jambu nak tunjuk pailang dengan aku. kau kencing pun tak abes tos lagi nak lagak samseng. cheh!!


situasi 2: bazaar ramadhan
wah. semua sedap. mission fail mencari nasi kerabu faveret. arghh. tension. takpe, mission diteruskan mencari juadah laen. 

tetibe terpandang seseorang. budak tadi!! yang menayangkan jari tengah berkurapnye tengah hari tadi. dengan family. gile baek depan parents kau. aku perhati je perangai die. memang tak ley blah. lakonan yang mantap. boleh geng dengan player singkapur yang kuat berlakon tu. boleh menang oscar awards. 

"kau ramai-ramai memang pailang, depan family pijak semut pun semut boleh kata hai kat kau sambil lambai-lambai tanda tak mati"

budak sekarang pandai berlakon depan parents. berlakon baek. kat sekolah, perangai kurang sikit dari setan. gua ingat lu bagus sangat tadi. cheh!!

jangan buat main

4 orang sedang menCONTENG dinding

Monday, August 1, 2011

jam baru pukul 7.10..lebih kurang 5 minit lagi nak berbuka puasa. due sahabat sedang khusyuk menyiapkan assignment yang masih banyak perlu diselesaikan. 

brader A: eh, dah buka la weyh.
brader B: ko biar betul. aku tak dengar azan pun lagi ni.
brader A: betul. dah masuk waktu dah ni.
brader B: iyelah. *lalu meneguk air mineral dari botol di sebelah mejanya*

tetibe...

brader A: hahaha. aku gurau je bro. ade 5 minit lagi. kikiki~
brader B: wak lu~ ko tau tak ko dah buat aku terbatal puase?
brader A: eh, iye ke? aku bergurau je der. mane tau sampai boleh terbatal puase. sorry bro.
brader B: ... 

tetibe di kala fajar mula melabuhkan tirai di ufuk barat, teringat pesan ustaz aku time zaman sekolah menengah dulu. mase tu tengah bincang pasal perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. die pesan, dalam ISLAM ni, kalau kita was-was dalam sesuatu perkara, kita amek situasi 'sebelum'. 

contohnya pasal air wudhuk. kalau kita was-was kita dah terbatal atau belum, kita assume as belum batal dan boleh meneruskan ibadah yang ingin dilakukan. begitu gak dengan kes kat atas. tak pasal-pasal member kite tu terbatal puasa sebab belum waktunya untuk berbuka puasa. dah rugi seharian menahan diri dari lapar dan dahaga. padahal tinggal 5 minit je lagi. rugi kan? so, jangan buat main dengan perkara-perkara macam ni.

perkara kecil yang mampu mengurangkan pahala puasa kita

3 orang sedang menCONTENG dinding
bulan Ramadhan ni seperti yang kite ketahui, merupekan bulan yang penuh barakah. bulan yang penuh dengan limpahan pahala. dan seperti yang kita ketahui, setan-setan yang cukup anti dengan anak-anak Adam ni telah dirantai bagi memudahkan kita melakukan ibadah dengan hati yang tenang tanpa gangguan dari mereka.


tapi iyelah, kita ni manusia. mane terlepas dari melakukan kekhilafan dalam hidup. bende-benda kat bawah ni sebenarnya ada antara kita yang terlepas pandang bila masuk bulan puasa yang mana jika dilakukan, maka berkuranglah pahala yang kita cuba kejar.

mengeluarkan kata-kata kesat
benda kalau dah jadi habit, susah nak dikawal. dan jika kita gagal mengawal, maka berkurang lah pahala puasa kita. rugi kan?

riak
maybe ramai yang tak sedar. tapi ayat-ayat seperti di bawah mampu mengurangkan pahala puasa kita.

"hari ni aku puasa, korang macam mana?"
"korang buka apa hari ni? aku pergi buffet kat hotel sekian-sekian je"
"baru selesai mengaji, korang dah?"

ni aku cedok dari laman muka buku tahun-tahun sudah. yang pernah aku terlihat dan aku ingat sampai sekarang. nasihat aku, kalau beramal, jangan riak. sebab akan menimbulkan rasa kurang senang dari orang laen. dan kalau korang buka sedap-sedap pun, jangan lah riak, sebab maybe kat luar sane ade je yang berbuka dengan roti dan air kosong sahaje dan apa perasaan mereka bila terbaca ayat-ayat tersebut? tak ke menimbulkan rasa iri hati. tak pasal pahala selambak yang korang kumpul seharian tinggal seciput je nanti.

membuka aurat
ni benda common. kalau kita dok jalan-jalan kat bazaar, kita boleh nampak macam-macam trend pakaian orang nak pergi bazaar. kalau yang lelaki, pakai short, tayang bulu kaki kat awek-awek time jalan-jalan kat bazaar. yang awek free hair, terus ber'free hair' di bulan puasa. cube lah try pakai tudung bila keluar. kot-kot sampai seru untuk terus pakai tudung lepas ni.

bermesra-mesraan di tempat awam
ni untuk couple-couple kat luar sane tu. ada jenis yang tak leh renggang satu cm pun. jenis nak berkepit sane sini. pergi carik makanan kat bazaar, berpimpinan tangan. sedangkan memegang tangan yang bukan muhrim tu kan hukumnya berdosa. dah rugi pahala satu hari.

melihat benda-benda haram
kat tv tu banyak bende-benda tak elok ditunjukkan time-time puasa ni. pelakon seksi-seksi, penyanyi menari tarian yang mampu menggoyang iman, macam-macam lagi lah. puasa bukan hanya menahan diri lapar, tapi keseluruhan deria perlu dijaga. mulut, mata, telinga...semua lah.

ni antara yang aku sempat fikirkan lah. sama-sama kita saling mengingatkan sesama umat. aku pun kadang-kadang terkhilaf jugak. manusia kan. so, sama-sama lah kita kurangkan yang mana perlu dikurangkan, tambahkan yang mana perlu ditambahkan. korang sanggup kejar sale sane sini, takkan taknak kejar sale pahala time-time bulan puase ni kan?

p/s: kalau ada yang nak tambah, letak kat komen ye.